Ruang tamu rumah kediaman milik Datuk Ungku Azman bergema dengan suara gelak ketawa apabila mendengar tentang cerita Hana yang kemalangan.
Ruang tamu rumah milik Datuk Ungku Azman bertemakan klasik mewah dan sentuhan warna emas yang menarik.
" Ha gelak la lagi gelak puas-puas! Seronok la tengok chess ni sakit. Mamat buta tu yang salah tapi semua boleh gelak pulak kat chess mana boleh macam ni " cebik Hana bila satu keluarganya ketawa bila Hana cerita tentang kejadian yang menimpanya.
" Macam mana kita orang tak gelak memang kita orang dah tahu sangat dengan perangai chess yang cuai " kata along sambil menahan daripada ketawa buat kali keberapa pon dia dah tak tahu.
" Daddy selalu pesan apa ingat tak? Chess ni cuai sangat lepas tu mula nak salah kan orang kalau betul Chess yang salah macam mana? " kata Datuk Ungku Azman panjang.
" Entah la Daddy stress tau tak memang chess tau bukan salah chess muktamad titik noktah !" ujar Hana dengan mempertahankan dirinya.
" Ok dah-dah stop cerita pasal hal ni " kata Mummy nak elak daripada adanya pergaduhan kecil antara mereka.
Hana mula mendapatkan idea untuk menukar topik cerita kepada topik yang lebih menarik.
" Kalau macam tu kita cerita pasal along la mummy, tanya along bila dia nak tunjuk menantu kat mummy dengan daddy" kata Hana dengan sengihan di mukanya
Berubah riak muka Haziq bila Hana kenakannya dengan sebut isu perkahwinan.
" Ya la kan mummy ni teringin sangat nak menantu bila la mummy nak dapat cucu pulak ye? Kalau anak teruna mummy tak nak kahwin lagi? " kata Datin Salma sambil memandang kedua anak bujangnya.
" Ala mummy ni nanti-nanti je le kita orang ni sibuk dengan hal pejabat lagi" Haris laju mengelak mummynya soal kan tentang isu kahwin.
" Mummy apa susah cari je isteri untuk dorang ni " kata Hana sambil ketawa kuat.
Haziq dan Haris mula memandang sesama sendiri dan mula bergerak ke arah Hana. Hana mula menjadi kalut bila along mula menarik rambut panjangnya tanpa belas kasihan malah angah turut memukul badanya dengan bantal kecil yang berada di sisi Mummy.
" Mummy!!!!!!!!!!! Daddy!!!!!!!!! Budak dua ekor ni buat chess " jerit Hana kuat.
Along dan angah berhenti memperlakukan perbuatan mereka terhadap Hana malah mereka melihat belakang antara satu sama lain. Cuba mencari sesuatu tapi Hana tidak pasti benda apa.
" Angah cuba kau tengok kau ada nampak aku ada ekor tak? " Soal along kepada angah.
" Eh tak dak la pulak along aku pon tak da ekor kat mana ekor kita? Hilang ke? " soal angah kembali yang membuat mummy dan daddy ketawa terbahak-bahak tanpa henti.
" Korang kalau nak buat lawak bodoh baik pergi sebelum chess tumbuk korang! " jeling Hana geram.
" Sudah jangan nak bergaduh mummy dah nak masak makan tengahari Hana jom tolong mummy" kata Datin Salma sambil bangun daripada sofa.
" Baik mummy lagi bagus Hana tolong mummy daripada layan teruna tak laku ni " kata Hana sambil menyindir abang-abangnya.
Along dan angah mula hendak memukul Hana sekali lagi tapi pantas dielak oleh Hana malah Hana sempat menjelirkan lidah tanda protesnya.
❤️❤️❤️
Di pejabat ILHAM Holding. Rayyan sedang bertungkus lumus menyemak beberapa dokumen penting untuk diserah kepada bos besar, siapa lagi kalau bukan papanya.
Rayyan seorang yang komited terhadap kerja malah tidak mencampurkan hal peribadi dan hal kerja. Menyebabkan dia dipercayai oleh papanya untuk menyandang jawatan CEO ILHAM Holding.
Bunyi ketukan di pintu menyebabkan Rayyan memberhentikan kerjanya.
" Masuk! " laung Rayyan kuat.
" Maaf Encik Rayyan, Cik Mia nak berjumpa dengan Encik Rayyan sekarang. Cik Mia ada diluar sekarang " ujar setiausahanya iaitu Kak Hamidah.
" What Mia datang pejabat?. Ishhh perempuan ni berapa kali aku cakap jangan datang kalau nak jumpa tu jumpa kat luar sudah lah" dengus Rayyan marah.
" So macam Encik Rayyan ? " soal Kak Hamidah.
" Kalau macam tu akak panggil ja la , kalau saya larang kang dia merajuk pula. " Kata Rayyan.
"Ok baiklah akak keluar dulu ye Encik Rayyan " kata Kak Hamidah kembali.
Mia masuk ke dalam biliknya dengan memakai pakaian yang agak seksi menyebabkan Rayyan mula kurang selesa.
" Sayang kenapa i call you tak angkat? " soal Mia geram sambil tangannya diletakkan di atas bahu Rayyan.
" Apa you ni kan berapa kali i cakap kalau nak jumpa kita jumpa kat luar. Tak perlu you datang pejabat i and lagi satu you ni datang pejabat i pakai seksi macam ni dah kenapa kalau papa i nampak macam mana i nak jawab nanti? " kata Rayyan sambil lepaskan tangan Mia yang berada di bahunya.
" Habis tu bila you nak beritahu family you tentang hubungan kita? Sampai i pon kena jumpa you sembunyi- sembunyi " balas Mia kuat sakit betul hatinya bila Rayyan buat main-main tentang hubungan cinta mereka selama 2 tahun .
" I belum ready nak beritahu family i apa kata you balik dulu . Nanti kita bincang pasal hal kita, i banyak lagi kerja tak siap ni sayang " pujuk Rayyan lembut supaya Mia mengikut arahannya.
" Ok baiklah i balik tapi you ingat! Jangan nak lupa pula yang you perlu beritahu family you tentang hubungan kita " kata Mia berharap Rayyan tidak lupa janji dia sebelum ini.
" Ok i janji i akan beritahu family i " kata Rayyan senyuman manis kepada Mia. Hati Mia rasa bahagia bila Rayyan mula berjanji kepadanya.
" Ok la you i pergi dulu ye i ingat nak pergi shopping dulu bye. I love you sweetheart" kata Mia dengan lambaian di tangan.
" Love you too" kata Rayyan perlahan.
Sewaktu Mia ingin membuka dan keluar daripada bilik Rayyan kakinya tersadung dengan karpet yang bergulung menyebabkan ia jatuh seperti nangka busuk. Menyebabkan staf yang berada di situ ketawa malah tiada siapa yang sudi membantu . Mia yang berasa malu dan mula bangun dengan cepat malah dia menjerit dan berkata.
" Ehhh!!!!!! You all jangan nak gelak sangat ye tak reti nak buat kerja lepas tu gelakkan orang pulak nanti i bagitahu boyfriend i baru you all tahu kang! " jerit Mia kuat dengan gedik sekali.
Mia mula berlalu pergi dengan hati yang panas. Tetapi tidak bagi staf Ilham Holdings yang gamat dengan gelak ketawa tanpa berhenti.
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
Ok please comment and vote untuk author
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️
YOU ARE READING
CIK KALUT ENCIK HANTU ( Slow Update )
Romance'Cik Kalut atau namanya UNGKU HANA BATRISYA BINTI UNGKU AZMAN. Umur Hana 23 tahun tapi perangai macam budak darjah 3 pening kepala abang- abangnya nak menjaga adik perempuan seorang tapi macam ada sepuluh rasanya 😒 ' 'ENCIK HANTU atau namanya MEGA...