Hana memerhati pintu pejabat abangnya. Jam di tangan menunjukan pukul 12 tengahari menandakan waktu makan tengahari bagi pekerja pejabat mereka. "Mana along dengan angah ni? Aku dah lapar ni dengan perut ni dah buat konsert" aku mengambil beg tangan dan berlalu ke arah pejabat Haziq.
Sewaktu dia melalui laluan untuk ke arah pejabat Haziq dia terdengar suara orang berbisik daripada arah tangga seperti sedang marah.Tanpa disedari sesiapa dia mencuri dengar perbualan tersebut.
" Kau ni kenapa lembab sangat buat kerja! Kau tau tak diorang dah bising kat aku! Bila kau nak dapatkan fail projek tu?!" marah lelaki itu kepada rakannya.
" Aduh kau ingat senang ke nak masuk bilik Datuk Ungku Azman?! Tambahan pula dia ada anak lelaki yang duduk keluar masuk bilik dia. "ujar lelaki itu membela dirinya.
" Dah aku tak nak dengar lagi semua benda ni, yang pasti sekarang kau kena buat kerja cepat jangan nak buang masa aku, duit aku dah bagi kerja tak nak jalan pula! " ujar lelaki itu mula berlalu pergi.
Hana yang sedar lelaki itu ingin keluar, cepat-cepat dia berlari ke arah bilik abangnya. Haziq yang terkejut dengan kehadiran Hana secara tiba-tiba.
" Cik Hana kenapa ni main redah je masuk pejabat saya ni? " ujar Haziq merenung muka Hana. Dia yang baru tersedar dengan perbuatannya melihat ada Haziq bersama staf pejabat iaitu Mila.
" Maaf sangat-sangat Encik Haziq saya tak sengaja" ujar Hana belum sempat dia memulas tombol pintu ada satu suara menghalang perbuatanya.
" Biasalah Encik Haziq kalau staf baru memang suka buat besar kepala " ujar Mila sinis. Hana yang ingin bersuara tapi melihat pandangan Haziq menyuruhnya keluar.
" Apa benda perempuan ni?! Ada masalah apa dengan aku. Kalau tak disebabkan along tadi memang dah lama makan penampar perempuan tu aku rasanya" desis Hana baran.
" Yo.. Hana dah kenapa ni? "
" Angah tak ada apa-apa jom kita pergi lunch berdua nak tak? "
"Habistu along macam mana pula? Sekejap Hana tunggu sini, angah pergi panggil" ujar Haris berlalu masuk pejabat Haziq.
❤❤❤
Mereka bertiga makan bersama." Along si Mila perangai dia memang macam tu ka? Suka kata kat orang geram pula Hana dibuatnya " soal Hana kepada Haziq apabila dia teringatkan kejadian tadi.
" Entah la along tak tahu sangat "
" Kalau along tak halang Hana tadi dengan pandangan mata along tadi memang lebam la pipi si Mila tu! "ujar Hana geram.
" Patutlah tadi Hana muka monyok pasal Mila? Hahahaha... Mila memang macam tu mulut dia lancang sikit ala kalau Hana tak tahan sangat tampar ja sekali, nanti dia diam lah " ujar Haris dengan ketawa tanpa henti. Dia tersenyum seakan setuju dengan cadangan Haris.
" Kau Haris tak payah gatal nak ajar benda merapu kau bukan tak tahu Hana ni bukan boleh percaya sangat nanti dia buat sungguh kacau bilau satu office" larang Haziq mencantas laju cadangan Haris.
" Dah jangan nak bercakap pasal hal ni, sekarang along ada satu benda nak beritahu korang berdua tapi mummy dengan daddy dah tahu awal pasal benda ni jangan nak tanya pula" ujar Haziq dengan senyuman penuh makna.
" Ya apa dia cepat sikit, apa perkara nak diceritakan dan diberitahu " ujar Hana kalut dengan perkara yang ingin disampaikan oleh Haziq.
" Budak ni cuba sabar lah sikit " ujar Haziq yang sedang menyedup minumanya.
" Betul cakap Hana tu, along nak beritahu apa ni?! Janganlah nak buat saspen pula " ujar Haris yang turut juga tidak sabar.
" Okay straight to the point, along nak kahwin, surprise! " ujar Haziq dengan sekali lafaz.
YOU ARE READING
CIK KALUT ENCIK HANTU ( Slow Update )
Romantik'Cik Kalut atau namanya UNGKU HANA BATRISYA BINTI UNGKU AZMAN. Umur Hana 23 tahun tapi perangai macam budak darjah 3 pening kepala abang- abangnya nak menjaga adik perempuan seorang tapi macam ada sepuluh rasanya 😒 ' 'ENCIK HANTU atau namanya MEGA...