PRANGG!!!
Bunyi kaca pecah mengejutkan mereka berdua. Mereka menoleh kearah Shin dan Shiro yang terkebil kebil dan ditempat mereka ada kaca pecah. Emma dan VY pula ternganga. Seluruh kantin pula tergamam.
"P-pahal?!" soal Clara. Mana dia tak hairan kalau semua orang tengah pandang mereka berdua pelik.
"A-aku tak mimpi kan?" VY menampar mukanya sendiri.
"Tak. Kita tak mimpi. Kirito.." Shiro tak dapat meneruskan ayatnya.
"DIA GELAK??!!!!" satu kantin menjerit menyebabkan Kirito dan Clara menutup telinga masing masing.
"Woi! Jerit macam nak mampos pahal??!" marah Kirito.
"Aku gelak je pun nak kecoh." sambungnya lagi.
"Gila tak kecoh?! Kau mana pernah gelak. Senyum pun tak pernah!" kata Emma.
"Tak pernah senyum? Hari hari dia senyum la." kata Clara.
"WHAT?!!" sekali lagi satu kantin dipenuhi jeritan semua pelajar.
"SAKITLA TELINGA AKU!!" marah Clara. Dia menggosok telinganya. Rasa macam nak nangis je. Dia pantas keluar dari kantin. Takde mood.
"Adui!! Korang ni la!!." pantas Kirito megejar langkah Clara dengan risau.
~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~
Clara memandang pemandangan di hadapannya kini. Dia sekarang di rooftop.
"Clara..." Clara menoleh. Kelihatan Kirito menuju kearahnya. Dia menoleh semula kehadapan. Kirito duduk disebelahnya.
"Kau okey?" soal Kirito. Clara mengangguk.
"Sakit lagi ketelinga kau?" Clara menggeleng.
"Maaf la dorang jerit dekat kau."
"Kenapa dorang cakap kau tak pernah senyum dan gelak?" Kirito menghela nafas.
"Sebenarnya , selepas kematian ayah masa aku umur 6 tahun , aku jadi murung. Aku tak pernah senyum dan gelak. Nak nak lagi sebab ayah aku kena bunuh. Gila aku tak mengamuk. Sejak dari situ aku jadi dingin dekat semua orang kecuali keluarga aku."
Clara terdiam. Rasa bersalah pula.
"Maaf. A-aku tak tahu." kata Clara bersalah.
"Takpe. Lagipun aku berubah sikit dah sekarang. Sebab kau."
"Sebab aku?"
"Yup. Because of you I've change. You really make my day , girl. You make me smile and laugh everyday. Without you , I will not be like this right now infront of you."
Clara agak tersentak. Dia menunduk malu dan mukanya terasa membahang.
"Kau blushing ke tu... Kenapa pipi merah merah? Nak cendol?" usik Kirito.
"Shut up!" Clara menekup mukanya. Kirito tergelak.
Dalam diam , Clara menyimpul senyuman manis.
"Malu , tapi senyum." Kirito menggosok kepala kerudung Clara kasar.
"Ish kau ni! Habis rosak kerudung ngan rambut aku." dia membetulkan rambut dan kerudungnya yang serabai. Kirito tersenyum melihat perangai Clara.
YOU ARE READING
[C] Aishar World: The Lost Powers
FantasyBeautiful And Perfect Book Cover By @ummulemonade Kisah Seorang Gadis. Misteri. Pendiam. Berani. 3 Sikap Membawa Tanda Tanya Kepada Semua Orang. Misteri Tetapi Menarik. Pendiam Tapi Lincah. Berani Tapi Menakutkan. Dibuli. Dihina. Diejek. Menjadi Rut...