TLP 29 ~ Vampire Dan Putus

8.7K 543 45
                                    

Clara mengeluarkan kunci rumah.

Memandangkan rumahnya agak terpencil jadi senang lah.

Pintu dibuka.

Mereka melangkah masuk.

Tiada yang berubah.

Aunty mahu kenangan di dalam rumah ini kekal selamanya. Clara membuka kerudungnya.

"Welcome to my house."

Yang lain terpaku. Rumah Clara memang besar. Lagi besar dari rumah dorang.

Sebenarnya dari awal dorang dah terpaku.

Clara berdiri di hadapan sebuah gambar yang tergantung di dinding.

Gambar nya dengan Aunty.

Air mata Clara bertakung. Muka wanita di dalam gambar itu dipegang.

"Clara rindu Aunty." Katanya lirih. Dia perlahan lahan jatuh. Kedua dua kaki dipeluk. Esakannya keluar.

Yang lain pantas meluru kearahnya.

"Sabar Clara. Kami faham perasaan kau." Kata Emma.

Clara tersenyum.

Air mata dikesat.

Emma dan VY menolong gadis itu bangun.

"Ada 7 bilik dalam rumah ni. Semuanya di tingkat 2. Tingkat 1 pula ialah tempat berehat." Kata Clara.

Masing masing pantas naik ke bilik masing masing.

Clara baring di atas katilnya. Malam semakin larut.

Rumah masih bersih. Baru 2 hari Aunty pindah.

Perut sudah diisi semasa perjalanan kesini.

Matanya semakin berat. Akhirnya dia tertidur.

Dream

"Ni mesti kuasa Water dengan Nature ni." Kata Clara.

"That's right!!" Clara menoleh. Dua orang lelaki yang berambut hijau dan biru laut sedang tersenyum kearahnya.

"Nama aku Shizen." Kata kuasa Nature AKA lelaki berambut hijau.

"Aku pula Kazu." Kata lagi seorang.

"Jadi maksudnya aku boleh guna kuasa aku la kannnn???"

"Iye." Jawab mereka berdua.

"Jadi korang jadi gelang juga ke apa?"

"Tak. Aku jadi subang dekat telinga kanan kau. Kazu pula subang belah kiri." Kata Shizen.

"Dah kami pergi dulu!!"

Reality

Clara membuka matanya.

"ARGHHH!!" Jeritnya.

"Shhh.... Kau nak bangunkan yang lain ke?" Kata Kirito.

Clara menjerit sebab buka buka mata sahaja Kirito berada di hadapannya. Jam dikeling.

2 pagi.

"K-kau buat apa kat sini? Pergi lah bilik kau!"

"Aku tak leh tidur la. Tempat baru." Ujar Kiriro.

"Kau ni... Tidur jela."

"Dengan kau boleh?"

Memerah muka Clara.

"Kau nak mampos ke hah?!!"

"Shhhhh... Nanti yang lain bangun."

Clara menggigit bawah bibir.

[C] Aishar World: The Lost PowersWhere stories live. Discover now