SC1 ~ Orang Baru?

9.3K 472 77
                                    

Beberapa Bulan Selepas Itu

"Pemenangnya Kirito!!"

Kirito dengan muka selamba pergi kearah kawan kawannya.

"Tahniah Kirito!!" Kata mereka.

Kirito hanya mengangguk.

Perangainya jadi seperti dahulu. Tidak senyum malah ketawa.

Masak? Itu pun jarang jarang.

Asyik dengan muka kosong serta dinginnya.

"Minggu depan hari pertabalan Senior Luke dengan Riani. Lepastu ada perlawanan sempena tu. Kau nak ikut?"

Luke dan Riani bakal ditabalkan menjadi Putera dan Puteri Fairy dan juga..

Pemerintah Light Land. Ya. Memangggg muda.

Kirito berfikir sejenak sebelum mengangguk.

"Jom lah pergi makan. Lapar." Sambung Emma.

Mereka berjalan ke Cafeteria.

Tanpa disangka , seorang gadis berambut ungu dan bermata biru gelap terlanggar Shiro.

Gadis itu terjatuh dan kertasnya bertaburan.

"M-maaf saya tak sengaja!!" Pantas sahaja kertas kertas serta fail fail dikutip semula.

"Err.. Takpe lah."

Shiro membantu gadis itu bangun.

"Maaf saya terlanggar awak. Saya betul betul tak perasan."

"Takpe. Kitorang tak kisah. Nama awak siapa?" Soal VY.

"Sh-Shamiko. Boleh panggi saya Miko. Er.. Saya nak tanya , bilik Pengetua dekat mana ye?"

"Jom kami bawa--"

"Biar aku tunjuk. Jom." Kirito berjalan ke bilik Pengetua sambil menarik lengan Miko.

"Dah pahal budak tu? Tak pernah pernah. Demam ke apa?"

"Entah. Jomla gi dulu."

"Err awak tangan saya.. Sakit.."

Kirito melepaskan tangannya.

"Maaf."

Miko mengangguk. Mereka berjalan ke Bilik Pengetua.

Tiada suara.

Sehingga..

"Kau dari mana?" Kirito menyoal.

"S-saya dari Wind Kingdom."

"Kenapa kau gagap?"

"Err..." Muka Miko membahang.

Kirito tersenyum sinis.

Badan Miko disandarkan pada dinding. Kirito mendekatkan mukanya ke muka Miko. Tangan diletakkan di dinding.

Muka Miko semakin membahang. Mata dipejam rapat.

"Comel.."

Kirito menjauh.

"Cepat lah. Kau nak pergi bilik Pengetua ke tak?"

"Er.. Y-ya."

Dan mereka menyambung perjalanan mereka.

~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~

Miko berjalan seorang diri.  Ingin pergi ke kelasnya.

Tetapi lngkahnya terhenti apabila sekumpulan murid lelaki menghalang jalannya.

Zack , Hans , James. Tak mampos lagi rupanya.

"K-kenapa? Saya nak pergi kelas saya.. Tolong ketepi."

"Alah.. Awek cantik! Takkan tak nak cuba." Kata Zack. Dia memegang tangan Miko.

"Ish.. Lepaslah. Saya jerit ni."

"Jerit? Jeritlah. Semua orang dekat dewan la. Jerit lah!'

Miko menunduk. Seperti mahu menangis rasanya.

"Lepaslah!"

Miko menarik tangannya.

"Alahh kejap je takkan tak boleh?" Ujar Hans sinis.

Tiba tiba , Miko merasakan tubuhnya ditarik kebelakang dan lehernya dipeluk seseorang.

"She's mine. Blah."

Mereka menjeling Kirito.

"Jangan harap lain kali kau akan lepas."

Mereka meninggalkan tempat itu.

Miko pantas meleraikan pelukan dilehernya.

"Te-terima kasih."

"Jumpa dorang terus lari."

Kirtio melintasi Miko dan pergi.

Sempat dia mengusap kepala gadis itu.

~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~

Miko berada di tengah tengah gelanggang. 

Ya hari ini dia akan berlawan untuk melayakkan diri untuk masuk ke kelas teratas.

Dan lawannya tak lain tak bukannnn

The Baby

Tak insaf lagi ye betina betina ni. Kana cemburu Miko jalan ngan Kirito tadi.

Dasar lo goblok punya bocah.

"You kan yang jalan dengan boyfriend I tadi? Tak tahu malu!"

"Err... Hello! Ni pertandingan bukan pembalasan dendam." Kata Miko.

"Siap you!"

Kana , Erika dan Azura menyerang Miko serentak. Miko mengelak.

"Ihh geram lak aku."

Pantas mereka diperangkap di dalam puting beliung.

"Lain kali jangan nak buat spekulasi sendiri."

Puting beliung itu dihilangkan.

Mereka bertiga terjatuh. Masing masing kepeningan.

"Pemenangnya MIKO!!" Semua bersorak.

Miko hanya tersenyum. Tanpa sedar Kirito mengukir senyuman.

"Intresting."

~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~

510 Words

Anduu nak ada Special Chapter lagiii

Ambil kau makan

Kirito dah jumpa pengganti ke?

Sincerely,
Waina1973

[C] Aishar World: The Lost PowersWhere stories live. Discover now