Clara membuka mata perlahan lahan. Sekarang sekitar jam 3 pagi. Pagi masih muda.
Dia ingin mengiringkan badannya dan terasa seperti ada yang memeluk pinggangnya.
Pantas sahaja Clara menoleh kebelakang.
"K-kirito.." Kejadian malam tadi berulang kembali.
Mukanya membahang.
Dia mengalihkan badannya menghadap Kirito.
Muka bersih jejaka itu dipandang. Meneliti setiap sudut.
'Apa kau dah buat dengan aku , Kirito?' Desisnya didalam hati.
"Dah puas tenung aku?" Mahu tercabut jantung Clara apabila mendengar suara Kirito.
Kirito membuka matanya perlahan lahan. Mulutnya tersenyum sinis.
"Dah puas?" Clara memandang tempat lain. Mukanya membahang.
"Malu la tu." Usik Kirito.
"Kau ni!" Dada Kirito ditumbuk perlahan. Kirito tersenyum.
Pelukan dieratkan.
"Aku gurau je la." Clara menggigit bibir.
"Kau goda aku ke apa?"
"Huh?" Clara blur.
"Bibir tu. Asal gigit? Goda aku?"
"Perasan! Mana ada!"
"Goda ke tak tapi aku tetap tergoda."
"Bongok!"
Kirito tergelak kecil.
"Kirito...."
"Ye?"
"Andai kata aku pergi dari dunia ni... Kau akan tunggu aku tak?"
"Apa kau merepek ni?"
"Bukan... Aku rasa ada sesuatu akan jadi nanti. Cepat atau lambat aku tak tahu. Cuma.. Kalau aku dah takde dalam dunia ni , kau akan tunggu ku tak?"
"Mestilah! Jangan tanya lagi soalan macam tu! Aku tak suka!" Kirito memeluk Clara erat.
"Maaf... A-aku..."
Kirito melepaskan pelukan. Pipi Clara dipegang.
"Tolong jangan tanya lagi soalan macam tu. Kau nak tinggalkan aku ke? Nak tinggalkan kawan kawan kita? Nak tinggalkan dunia ni ke?"
Clara menggeleng.
"Aku tak nak tinggalkan kau , kawan kawan kita dan dunia ni. Aku sayang semuanya." Clara membenamkan kepala di dada Kirito.
"A-aku sayang semuanya...." Air matanya jatuh.
Tubuh Kirito dipeluk erat.
"Janganlah nangis..." Kata Kirito lembut.
"A-aku takut..."
Kirito membalas pelukan Clara erat.
Bilik itu hanya diisi dengan tangisan Clara.
~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~
"Semua dah siap?" Soal Kirito.
"Dah. Jom lah mula." Kata Shin.
Mereka meneruskan perjalanan ke Mining Cave yang terletak di gunung yang berada lebih kurang 20 kilometer dari kampung itu.
"Wei. Korang ada jumpa Netsu dengan Hariken tak?" Soal Shiro.
"Tak. Nape?"

YOU ARE READING
[C] Aishar World: The Lost Powers
FantasyBeautiful And Perfect Book Cover By @ummulemonade Kisah Seorang Gadis. Misteri. Pendiam. Berani. 3 Sikap Membawa Tanda Tanya Kepada Semua Orang. Misteri Tetapi Menarik. Pendiam Tapi Lincah. Berani Tapi Menakutkan. Dibuli. Dihina. Diejek. Menjadi Rut...