"Kan aku dah cakap aku tak nak!!"
Clara ditolak sehingga jatuh oleh Kirito. Makanan di pinggan jatuh ke lantai rumah.
"Aku tak perlukan perempuan jalang dalam rumah ni faham?" Kirito tersenyum sinis sebelum meninggalkan Clara bersama yang lain.
Semuanya berubah. 100%.
Hanya disebabkan fitnah.Flashback
Baru beberapa hari di Academy selepas Battle berlangsung , Academy digemparkan dengan satu gambar.
Gambar dimana Clara sedang mencium pipi Luke.
"W-wei aku boleh jelaskan!" Clara menahan kawan kawannya.
"Kau nak jelaskan apa lagi hah perempuan?!" Clara tersentak. Shin yang selalunya ceria bertukar kasar.
"K-korang takkan faham. Aku..""Keputusan aku muktamad. Kami tak perlukan perempuan perangai setan macam kau!!" Kata VY sebelum meninggalkan Clara bersama yang lain.
Kepala Clara berpusing hebat. Mutiaranya jatuh.
Terus sahaja dia berlari. Hala tujunya tidak tentu.
Perasaan marah , sedih dan kecewa bercampur.
Dia berhenti sehinggalah dia sampai di sebuah sungai.
"Kawan patut mempercayai sesama sendiri. Tapi kenapa sorang pun tak percayakan aku?" Rintihnya perlahan.
"Apa salah aku? Kenapa semua ni berlaku? Baru aku nak merasa nikmat berkawan , semuanya pergi. Salah ke aku nak bahagia?" Perasaan nya tidak terkawal.
Rantai pemberian Kirito dipegang.
"Walaupun jasad aku meninggalkan kau , tapi hati aku akan tetap bersama..."
Rantai itu dibuka. Dipandang ia sehingga mutiaranya muncul lagi.
"Kau tipu aku.. KAU TIPU AKU!! ARGH!!" Halilintar dilepaskan disekelilingnya.
"KENAPA?? AKU TAK BOLEH PERCAYAKAN SESIAPA LAGI!! SEMUANYA HILANG!! HILANG!!" Bagai orang gila dirinya sekarang.
Tapi mereka tidak tahu penyeksaannya.
End Flashback
"Huhh.." Clara memandang makanan itu. Diam diam dia mengunakan kuasanya untuk membersihkannya.
Baru kejadian itu berlaku semalam. Dan hari ni sahaja dah kucar kacir.
Dengan ketiadaan Pengetua dan Luke menyebabkan semuanya... Musnah..
Clara menuju ke biliknya. Pintu dan tingkap semuanya dikunci. Langsir ditutup sekali.
Dia betul betul penat. Penat mempercayai orang yang memang tidak akan percayakan diri sendiri.
"Aku tak boleh.."
~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~✳~
3 hari berlalu. Dan 3 hari jugalah Clara mengurungkan dirinya di dalam bilik. Tidak pernah sesekali pun dia ke Academy.
Dan hari ni semua pelajar wajib mengikuti sebuah kem. Dekat sebuah hutan.
Clara mengeluh. Tadi mereka semua sudah di teleport kan ke tapak perkhemahan. Dan semua memandangnya bagai hendak tembus.
"Kau pandang aku lagi , aku tak jamin kau masih boleh nampak lepas ni." Kata Clara dingin.
YOU ARE READING
[C] Aishar World: The Lost Powers
FantasyBeautiful And Perfect Book Cover By @ummulemonade Kisah Seorang Gadis. Misteri. Pendiam. Berani. 3 Sikap Membawa Tanda Tanya Kepada Semua Orang. Misteri Tetapi Menarik. Pendiam Tapi Lincah. Berani Tapi Menakutkan. Dibuli. Dihina. Diejek. Menjadi Rut...