20. MAKCIK GAYAH

1.2K 97 14
                                    

Kat sekolah aku ada sorang makcik kantin ni. Dia baik sangat² dan sangat sporting. Ramai pelajar dan guru suka dengan dia. Nama makcik ni ialah Makcik Rogayah

Tapi aku pelik lah. Dah 3 bulan dia tidak ada kat kantin. Aku mula rindu makcik tu. Aku rasa mungkin dia dah berhenti kerje kerana atau dia ada masalah tertentu

Mira: eh, lama aku tak nampak makcik Gayah

Laila: baru perasan ke?

Mira: dah lama dah aku perasan. Tapi aku saje je tanya korang.

Me: entah lah

Tiba² Suzana datang kat kitorang. Dia berlari sepantas the FLASH. Tudungnya senget kerana dia berlari laju sangat. Suzana ni memang kalut orangnya.

Suzana: malam ni... Malam ni ada kelas tambahan!!.

Laila: tu je ke? Aku ingatkan benda apa tadi.

Laila meluku kepala Suzana. Suzana hanya tersengeh lalu membela tudungnya yang senget

Malam itu..

Cikgu: okey, sampai sini sahajalah kelas kita malam ni. Korang boleh balik. Ingat, hati² bila balik nanti. Waktu malam ni bahaya tau

Semua: baik cikgu

Akhirnya... Kelas tambahan waktu malam dah habis! Bolehlah aku balik dan tengok cerita Antman! Aku. Mira dan Laila tunggu di bustop. Kemudian, kereta LambongGini tiba di bustop

Mira: oh, mama aku dah sampai. Aku balik dulu ye. Bye!

Me&Laila: bye

Lepastu kereta Mercedes pula tiba. Laila bangun sambil melambaikan tangan kat aku.

Laila: bye, Nureen. Jumpa kat sekolah esok

Me: okey

Aku menghela nafas panjang. Haih, sekarang ni tinggal aku seorang sahaja di bustop. Aku harap daddy aku datang cepat sikit sebab aku nak tengok antman.

Tiba²  seorang wanita dalam lingkungan 50 an menghampiriku dan menegurku. Aku amat mengenali wanita itu

Makcik Gayah: ada kelas malam ke?

Me: makcik Gayah! Aah. Makcik, kenapa dah 3 bulan makcik tak ada kat kantin? Kitorang rindu sangat dengan makcik.

Makcik Gayah hanya tersenyum sambil memandang ku.

Makcik Gayah: nanti kamu akan tahu

Me: apa maksud....

Makcik Gayah: tu kereta kamu kan?

Me: ya. Terima kasih makcik.

Aku menyalami tangan Makcik Gayah. Tangannya berbau tanah. Aku tidak berani menyoal lantas aku masuk ke dalam kereta Ferrari milikku.

Adik: akak cakap dengan siapa tadi?

Me: sebok ar adik ni!

Aku memang selalu marah adik aku even adik aku tak buat salah. Kesian pulak budak kecik tu.

Esoknya...

Me: semalam aku tengok antman. Best giler weh!

Laila: kan? realistik gila cerita tu. Boleh jadi kecil pastu boleh kembali ke saiz normal

Tiba² Suzana berlari ke arah kitorang dalam keadaan kalut macam ayam hilang anak

Mira: napa kau ni? Lari cam tak cukup tanah je

Suzana: Makcik.. Makcik Gayah dah meninggal minggu lepas. Mak aku bagitau pg tadi

Me: mustahillah. Semalam aku jumpa dia kat bustop. Siap berborak lagi

Suzana: betul. Takkan aku nak tipu pula, ngok! Kalau tak takde la aku lari cam cheetah ni..

Laila: innalillah.. Dia sakit apa

Suzana: sakit tenat

Aku termenung. Kalau dia meninggal minggu lepas, siapa pula yang menegurnya semalam?

Griezzy Horror Story (SCHOOL)Where stories live. Discover now