67. DREAM

631 60 0
                                    

Dalam kelas, waktu pagi sebelum cikgu masuk

Ewin: hey Atiqah!

Aku menoleh ke belakang. Kelihatan Ewin berlari ke arah ku dalam keadaan gembira. Entah apa lah yang dia happy sangat tu

Me: ada apa?

Ewin: hari ni birthday kau kan so aku ada hadiah untuk kau. Jap

Aku mengangguk dan rasa sedikit terharu. Yela, kawan sendiri ingat birthday aku sedangkan aku sendiri pun tak ingat yang hari ni birthday aku. Ewin mengambil hadiah dalam begnya dan memberikan kepadaku

Ewin: nah, jangan lupa guna tau

Me: wah, jaket! Aku dh lama nak beli jaket jenis ni. Dah la mahal.Thanks Ewin!

Kataku sambil memeluk Ewin dengan erat. Jaket tu mahal tapi Ewin sanggup belikan untuk aku. Sumpah aku terharu gila dengan dia

Ewin: heh kita kan kawan baik. Setakat jaket tu apalah sangat

Me: kau beli kat mana jaket ni?

Ewin terdiam seketika dan senyumannya hilang sekejap. Kemudian dia senyum balik kat aku

Ewin: er aku beli kat KL. Aku pun tak ingat nama kedai tu

Me: oh

Balik je dari rumah, aku terus try pakai jaket yang Ewin bagi. Jaket yang bewarna kelabu berjalur hitam dan berjenama Kuma segera ku sarungkan.

Me: cantik lah! Ewin ni pandai betul pilih. Cam tau2 je kelabu dan hitam ni warna kegemaran aku

Aku simpan balik jaket tu dan nak pakai petang nanti. Yela, petang ni aku ada kelas tambahan. Cuaca pula sejuk jadi sesuai lah kalau aku pakai jaket ni

Petang tu, aku pergi sekolah dengan mengayuh basikal. Aku dapat merasakan yang tengkuk ku gatal jadi aku garu lah. Tapi, makin garu, makin bertambah gatalnya!

Tiba je di sekolah, aku terus masuk kelas dan duduk di tempat aku kelihatan ada beberapa orang pelajar baru datang. Kulit aku rasa sangat panas dan gatal

Aku menyingsing lenganku dan... Aku lihat lenganku melecur dan berdarah. Aku pergi ke tandas dan lihat diriku pada cermin tndas. What? Kulit aku penuh dengan nanah dan ianya sangat gatal!

Aku tak tahu apa puncanya. Badanku juga penuh dengan nanah dan aku menangis dan tahan sakit. Sesekali keluar sedikit darah pada kulitku.

Aku terjatuh atas lantai. Ianya sangat menyiksakan dan aku ternampak kelibat seorang perempuan mndekatiku

Dia melihatku dari jauh

Me: to..tolong!

Dia langsung tidak menghiraukan aku dan ketawa mengekek.

?: heh padan muka kau

Katanya lantas keluar dari tandas sambil ketawa. Tiba² aku terbangun! Fuh, rupanya itu hanyalah mimpi ngeri. Aku lihat jam loceng di atas meja. Oh dah pukul 6.00

Terus aku mandi, solat dan pergi ke sekolah. Sampai je kat kelas, aku letak beg dan duduk atas kerusi sambil termenung. Aku memikirkan tentang mimpi tadi

Ianya rasa seperti reality! Ah, itu hanyalah mimpi. Mungkin itu hanyalah mimpi ngeri dan lamunan aku terhenti tatkala aku terdengar namaku dipanggil dari pintu kelas

Ewin: Hey Atiqah!

Me: ada apa?

Ewin: hari ni birthday kau kan so aku ada hadiah untuk kau. Jap

Dialog Ewin lebih kurang sama macam dalam mimpi aku tadi. Tapi aku cuba fikir positif, mustahil mimpi aku tu benar

Ewin: nah, jangan lupa guna tau

What? Jaket? Jaket tu jenama Kuma dan bewarna kelabu berjalur hitam! Sama macam dalam mimpi tu. Lama juga aku terpaku sampai Ewin mengerutkan keningnya

Ewin: pakailah jaket ni. Mahal tau aku beli. Aku tahu ni kegemaran kau

Heh, aku takkan diperbodohkan oleh Ewin. Walaupun dia kawan baik aku tak semestinya aku kena percayakan dia even dia tengah bodohkan aku sekarang. Apa yang aku boleh buat ialah menolak sahaja hadiahnya walaupun dia memujuk supaya aku menerimanya

Tak semua benda kita kena terima dan tak semua benda kita kena tolak. Aku tak mahu kejadian ni sama macam apa yang aku mimpi

Griezzy Horror Story (SCHOOL)Where stories live. Discover now