44.TERTINGGAL

849 78 3
                                    

Jam menunjukkan pukul 9.30 malam. Liya masuk ke dalam biliknya untuk menyiapkan homework yang telah diberi oleh gurunya.

Kalau tidak siap, pasti gurunya akan memarahi dirinya. Tak pun kena denda atau dirotan. Liya menuju ke arah begnya yang bewarna biru

Dia mencari buku latihan Geo nya tetapi tiada. Dia terus mencari lagi. Mustahil tiada. Seingatnya tadi dia sudah menyimpan buku latihan geo ke dalam begnya

Liya: ah sudah! Mesti tertinggal dalam meja ni! Aduh... Cuainya aku

Liya mula mengeluh. Dia melihat jam di dinding. Oh, pukul 9.35 rupanya

Liya: sempat lagi ni. Baik aku pergi kat sekolah sekejap untuk ambil buku tu

Liya menyarung tudung ungunya lantas meminta izin kepada ibunya.

Liya: ibu, Liya nak pergi sekolah sekejap. Nak ambil barang yang tertinggal

Ibu: ish kamu ni. Sekarang dah malam kan. Bahaya. Tak yah la

Liya: boleh la ibu nanti kena denda dengan cikgu

Liya mula merayu kepada ibunya. Ibunya menghela nafas panjang lantas membenarkan Liya ke sekolah walaupun hari sudah malam

Ibu: haih baiklah. Tapi hati² ya

Adik: nak ikut, kak

Liya: okey jomlah

Liya tersenyum lantas membuka pintu rumahnya. Dia menunggang basikal untuk ke sekolahnya. Adiknya pula duduk di sit belakang sambil memegang erat baju Liya. Mujur lah sekolah itu dekat sahaja. Basikal dikayuh dengan laju

Beberapa minit kemudian...

Liya: fuh, sampai pun

Adik: wow.. Ni ke sekolah akak? Besarnya

Liya: mestilah besar. Hihi. Jom ikut akak

Liya meletakkan basikalnya di tepi pagar dan meminta izin kepada pak cik guard untuk masuk ke dalam kawasan sekolah

Guard: masuklah, biar pakcik temankan

Liya: tak perlulah pakcik. Saya boleh ambil sendiri. Lagipun kejap je ni

Guard: suke hati kamulah

Liya berlari ke arah blok B. Dia menaiki tangga dan menuju ke arah kelasnya. Pintu kelas mula dibuka

Liya: fuh.. Mujur tak berkunci

Liya masuk ke dalam kelasnya lalu membuka suis lampu. Adiknya hanya mengekorinya dari belakang. Dia berasa sangat takut.

Lampu menyala tetapi nyalaan lampu tersebut sangat malap malah berkelip². Biasanya lampu tu okey je

Liya segera menuju ke arah mejanya dan mengambil buku geo di dalam laci mejanya. Liya menghela nafas lega lantas menutup lampu.

Tiba² dia terdengar bunyi kanak² kecil menangis berhampiran dengan kelasnya.

Liya: budak mana pula lah yang berkeliaran waktu malam ni?

Liya menoleh ke belakang. Kelihatan seorang budak perempuan kecil berpakaian merah menangis sambil menekup wajahnya. Rupa² nya adiknya yang menangis

Liya menegur adiknya yang menangis

Liya: adik, kenapa menangis?

Adiknya terus menangis tanpa menjawab pertanyaan Liya. Liya memegang tangan adiknya dengan erat

Liya: jom turun. Ala tak yah lah nangis. Nanti akak akan belanja kamu makan aiskrim

Adiknya menunduk. Liya memegang tangan adiknya lantas membawanya turun. Terasa tangan adiknya sangat sejuk seperti ais

Liya: adik.. Kenapa sejuk sangat tangan kamu?

Adiknya mendongakkan mukanya. Wajahnya penuh ulat. Darah memenuhi mulutnya. Matanya pula hanya 1 sahaja. Bau pula sangatlah busuk seperti bau bangkai

Liya terdiam lantas melepaskan tangannya. Rupa² nya itu bukanlah adiknya tetapi, itu adalah hantu yang menyamar menjadi adiknya!! Lantas dia berlari sepantas kilat sambil menjerit

Liya: AAARRRGGHHH!!!!

Liya sempat menoleh ke belakang. Hantu itu masih mengejarnya. Tangan habtu itu dihalakan ke arahnya. Kukunya panjang bewarna hitam

Liya menoleh semula ke hadapan. Dia terus menuju ke arah pondok guard

Liya: pakcik!! Pakcik!!

Guard: dah kenapa kamu ni? Berlari tak cukup tanah macam dikejar hantu

Liya: memang saya dikejar hantu pun pakcik. Dia..dia menyamar jadi adik saya...

Guard: adik kamu ada dengan pakcik. Dia taknak ikut kamu masuk kelas jadi pakcik suruh dia masuk dalam pondok ni

Adik: akak!

Liya: adik! Kenapa tak bagitau akak yang kamu nak duduk di si i dengan guard?

Adik: tadi adik nampak ada budak ikut akak. Pakaian dia sama macam adik. Dia pandang Adik lepas tu dia suruh adik diam. Adik takut jadi tu sebab adik dusuk dengan pakcik ni. Adik takut nak bagitau

Liya segera menuju ke arah basikalnya. Adiknya duduk di sit belakang. Liya mengayuh basikalnya untuk pulang ke rumah

Sungguh! Malam itu merupakan malam yang sangat mengerikan. Tiba², ada seorang budak menghalang di tengah jalan. Pakaiannya sama dengan adik Liya

?: nak ikut boleh?

Rupa² nya itu adalah hantu tadi. Kali ini wajahnya lebih mengerikan. Wajahnya hancur, dan dipenuhi darah bewarna merah pekat

Liya&Adik: WAARRGGGHHH!!!!

fuh!
Kasi author tiup sikit buku yang sudah berhabuk ni. Hahaha, sorry la lama tak update cerita. Bukan apa author sebok main game. Hehe..

Tapi jangan risau.. Author tetap akan update cerita. Tu pun kalau author free. Oh, btw thanks kepada yang membaca dan vote cerita ni. Wow dah sampai 2k yea

Okey tu jelah, adios

Griezzy Horror Story (SCHOOL)Where stories live. Discover now