86. VIDEO SUMPAHAN DI YOUTUBE

669 42 9
                                    

Author tak nak hantar video tu jadi korang cari la kat youtube. Author tak nak hntr sebab author tak nak bertanggungjawab kalau sesuatu terjadi kt korang. Yela, author kn sayang korang.. Wek!

Pernah tengok tak video yang bertajuk "wpkepkw"? Video ini terdapat di Youtube dan dikatakan bahawa video ini mempunyai sumpahan. Tajuknya memang kedengaran agak pelik dan merapu namun kandungan video tersebut amat menyeramkan

Ada orang tidak menemui video itu namun ada sesetengah orang berjaya menemui video tersebut. Kalau korang tengok video tu, video tu kelihayan sangat kabur.

Namun, apa yang seramya ialah ada kelibat misteri berdiri di hadapan kamera dan dia sedang mendengus perlahan kemudian mendengus dengan kuat sehingga lah video itu tamat

Readers: Apa yang seramnya?

Well, ia akan tunjuk bila korang akan mati. Ada yang mengatakan bahawa selepas menonton video tersebut, korang akan dirasuk atau mati terus di situ

Ada spekulasi mengatakan bahawa video tersebut dibuat oleh government sebagai eksperimen tetapi eksperimen tersebut gagal. Tak tahu lah eksperimen apa yang diorang cuba buat. Malah ada yang kata video itu hanyalah hoax (palsu)

Percaya atau tidak, itu hak korang. Oh ye, korang cari lah kat Youtube atau kt mana2 aps. Sekali lg author ulang tajuk dia ialah wpkepkw

Selamat mencuba!! Oh ya kalau korang dh tengok share la kt komen pastu mengucap syahadah dulu. Mana la tau tetiba... Korang mati ke. Hehehe

Griezzy Horror Story (SCHOOL)Where stories live. Discover now