22. BILIK MUSIC

1.1K 88 12
                                    

Shawn Mendes sangat suka bermain alat muzik. Dia pandai bermain gitar dan piano. Suara dia pun merdu dan dia juga pandai menyanyi. Bila dia nyanyi je, semua tepuk tangan dan sorak. Kalau aku menyanyi, pecah cermin tingkap semua dan orang akan baling bekas pensel kat aku💀

Okey, straight to the point!

Suatu hari di bilik muzik...Cikgu Zayn memanggil Shawn.

Shawn: ada apa cikgu panggil saya?

Cikgu Zayn: kamu pandai nyanyi dan pandai bermain alat muzik kan? Cikgu nak minta tolong sikit ni

Shawn: tolong apa?

Cikgu Zayn: nanti ada jamuan perpisahan sempena pengetua nak pencen. Jadi cikgu nak awak nyanyi lagu stitches. Boleh?

Shawn pun pelik. Apa kena mengena lagu stiches tu dengan perpisahan pengetua? Dia pun mengangguk tanda setuju.

Cikfu Zayn: good. Lepas waktu sekolah nanti awak boleh lah berlatih di sini. Saya tak kunci pintu. Datang pukul 2 ptg ok?

Shawn: okey

Petang itu, Shawn masuk ke dalam bilik muzik. Cikgu Zayn tak datang lagi jadi dia pun mahu mengambil gitar di dalam stor. Ada kertas di atas gitar itu dab kertas itu tertulis DON'T TOUCH. Shawn tidak mempedulikan kertas itu lalu dia mengambil gitar itu lalu memetik gitar tersebut

Shawn: got a feeling that i'm going under
But i know that i'll making out alive
If i quit calling you my lover
Move on~🎶🎵🎶🎵🎶🎵🎶🎵🎶🎵

Tiba² dia terasa seperti ada sesuatu sedang perhatikannya. Shawn menoleh ke belakang. Dia ternampak seorang perempuan berpakaian sekolah sedang memerhatikannya dengan pandangan yang tajam. Rambutnya bewarna coklat tetapi serabai. Matanya bewarna merah, bajunya lusuh dan berbau busuk

Hantu: bagi.. Ba..lik gitar aku!!!

Shawn terketar ketar dan dia tidak melepaskan gitar itu

Hantu:.AKU NAK GITAR AKU!!!

Hantu itu berlari dan menerkam Shawn. Shawn terjatuh. Hantu itu mencekik Shawn dengan kuat. Shawn cuba meminta tolong tetapi tiada siapa yang mendengar. Tiba² pintu dibuka dan hantu itu hilang

Cikgu Zayn: SHAWN!! Apa dah jadi ni?

Shawn: CIKGU! Mujur cikgu datang. Ta.. Tadi ada perempuan cekik saya dan dia nak gitar ni

Cikgu Zayn: kenapa main gitar ni?

Shawn: er...Tak boleh ke?

Cikgu Zayn: ni sebenarnya gitar Sally yang meninggal tahun lepas. Dia meninggal dalam bilik ni masa tengah main gitar ni. Lepas tu, sesiapa yang main gitar ni akan kena kacau dengan dia. Gitar ni ditinggalkan di sini je. Kamu tak baca ke kertas tu?

Shawn: saya baca.. Tapi saya tak endahkan kertas tu

Cikgu Zayn: lain kali ikut arahan

Shawn menangguk lalu tunduk. Dia melihat gitar itu. Di sisi gitar itu ada perempuan tadi. Perempuan itu merenungnya sambil tersenyum ngeri.

The end

Griezzy Horror Story (SCHOOL)Where stories live. Discover now