24. LINK

1.2K 105 18
                                    

Aku Billie. Aku ingin berkongsi satu pengalaman mengerikan yang pernah aku alami. Sumpah, aku takkan ulanginya lagi

Cikgu Einsten melantikku menjadi penjaga bilik komputer kerana aku mahir bab cyber. Aku menerima tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Cikgu Einsten. Tugas aku mudah sahaja iaitu selepas waktu sekolah, aku kena pastikan semua komputer dalam keadaan baik dan kalau komputer rosak atau bermasalah, aku kena baiki.

Pada suatu hari, aku kena baiki komputer sebab komputer tersebut rosak. Sedang aku cuba membaiki komputer tersebut, aku mencari mouse di dalam meja tersebut. Tanganku meraba² ke dalam meja tu kemudian aku tersentuh kertas. Aku ambil kertas dan tetikus dalam meja tu

Kertas itu kecil sahaja. Oleh kerana perasaan ingin tahuku melonjak² maka aku pun membaca isi pada kertas itu. Rupanya, pada kertas itu ada tertulis satu link. Aku berasa teruja dan aku ingin search link itu setelah selesai membaiki komputer

Me: yeah, siap pun! Sekarang ni aku nak search link ni

Jariku lincah menaip link tersebut pada papan kekunci. Akhirnya, aku berjaya menjumpai isi dalam link tersebut! Tepuklah sikit...

Aku mula scroll sambil membaca dengan pantas. Aku memang tidak suka baca artikel panjang² sebab bagi aku ianya leceh. Kemudian ada satu gambar yang menarik perhatianku

Aku tekan gambar itu. Aku memang terkejut apabila melihat seorang lelaki berambut coklat mati dalam keadaan kepala dipenggal. Kemudian, ada tulisan di bawah imej itu

Mangsa pertama... Siapakah mangsa yang seterusnya?

Me: ish, siapalah pemilik blog ni? Teruk bebenor!

Aku pun scroll lagi kemudia aku terjumpa seorang perempuan hamil mati tergantung. Aku pun beristighfar(deep:-p

Mangsa ke2.. Siapa pula mangsa seterusnya? Just wait and see

Me: gila ke dia ni?

Aku pun scroll laju². Rupanya byk mangsa yang telah dia bunuh. Kemudian, aku terjumpa imej terakhir

Imej itu menunjukkan gambar seorang lelaki memakai hoody bewarna hitam, pakai mask tengkorak dan memegang mesen gergaji di hadapan sebuah sekolah. Aku cuba baca nama sekolah tu

Rupanya... Itu adalah sekolah FLYING TIGER HIGHSCHOOL!! Itu sekolah aku tau tak? Dan yang paling aku terkejut, dia baru je hantar imej tu. Kat bawah imej tu dia ada tulis

Ada seseorang sedang melihat blogku dan aku tahu disinilah lokasinya. Aku akan membuat kejutan untuknya

Aku terkejut dan mula terketar². Aku terus bersembunyi di dalam tandas wanita. Aku takut lalu aku call polis dan memberi alamat sekolahku.

Tiba² pintu tandas ditendang dari luar

GUNG! DANG! KEBUNG!

Me:a..apa patut aku buat ni? Adakah ajalku telah tiba? Dahla solat tak cukup, puasa tak ganti lagi.. Tudung pun kelaut. Huhuhu.. Aku taubat...

Tiba² pintu tu pecah. Lelaki berhoody itu menerjah ke dalam tandas wanita. Dia melihatku

?: kau yang usya blog aku kan? Haha, kau lah mangsa seterusnya. Aku dah bawakan mesen gergaji yang tajam. Hahaha

Me: AAARRRGGHHH! TOLONG!

?: tiara siapa dapat menolong kau.

Lelaki itu menghidupkan mesen gergajinya dan berlari ke arahku. Aku tak tau nak lari mana, dah lah dia duk depan pintu utama tandas! Aku hanya mampu menjerit dan menangis je tapi tu pun tiada gunanya. Kemudian mesen gergaji itu terkena kat lenganku dan lengan ku luka

Tiba² seorang anggota polis ternampak kami ber2 dan dia mengacukan pistol kat lelaki tu lalu menembak lelaki itu sebanyaj 4 das tembakan. Tembakan itu terkena kat belakang lelaki itu. Lelaki itu jatuh dan mati di situ. Phew.. Selamat

Sejak hari itu, aku letak jawatan dan tak nak guna komputer lagi. Phobia tau tak? Mujur polis sempat datang kalau tak habis aku dicincang hidup² dengan mesen gergaji tu.



Griezzy Horror Story (SCHOOL)Where stories live. Discover now