10.CERMIN

1.7K 132 6
                                    

Hari ini hari ahad. Keluarga Sherry pergi ke asrama untuk menghantar abangnya, Shawn. Di dalam kereta, mereka asyik berborak sehingga tiba di asrama.

Shawn: abang gi dulu yea

Shawn salam ibubapanya dan terus mengangkat begnya. Tiba²...

Sherry: mama, papa, akak sakit perut lah. Nak gi tandas sekejap.

Mama: okey, cepat sikit ya. Shawn, tunjukkan kakak kat mana tandas. Mama dah lupa

Shawn: kat tepi kantin sekolah. Tandas tu buruk sket

Sherry:oh, okey

Shawn: jap..

Sherry:ish, ada apa? Orang tak tahan dah ni..

Shawn: kat tandas nanti, jangan tenung cermin tu lama² tau. Nanti...

Sherry: buang masa lah! Dah lah!

Sherry terus berlari untuk ke tandas. Shawn hanya menggeleng kepala dan terus masuk ke aspura. Dia tahu karenah Sherry yang jenis tak dengar kata

Di tandas

Sherry: ah~ leganya...  Nak bela tudung lah. Rasa cam kedepan sangat ni

Kat tandas tu ada Sherry sorang je. Dia rasa sedikit seram kerana tandas tu nampak usang sikit. Dia pun merenung cermin. Cermin itu berbingkai  hitam.

Sherry: bila tengok muka aku kat cermin ni, rasa cam cantik pula aku ni.

Sherry mula berangan depan cermin. Dia mengangkat tangan kanannya dan membuat peace. Tiba²...

Sherry: eh? Kenapa kat cermin tu angkat tangan kiri sedangkan aku angkat tangan kanan. Ke imaginasi aku? Cuba sekali lagi lah.

Sherry mengangkat tangan kiri tetapi kat cermin tu angkat tangan kanan pula. Tiba² wajah sherry kat cermin tu berubah jadi buruk dan cuba keluar dari cermin tu

Sherry:AAARRGGHHHH!!!! HANTU !!!

Hantu: kau datang tepat pada masanya... Sekarang... Biar engkau pula gantikan tempat aku... HAHAHA

Sherry: TIDAK!!!!!

**********

Mama: lamanya Sherry gi tandas

Papa: cuba awak pergi tengok

Mama: ha, tu pun dia. Panjang umur

Sherry: mama.. Papa

Papa: kenapa lama sangat? Chair red bear red ke?

Sherry: ya, papa. Salah makan agaknya

Papa: okeylah, jom balik

Ditandas...

Sherry terperangkap di dalam cermin. Dia mula menyesal kerana tidak dengar cakap abangnya. Rupanya, cermin itu berpuaka.

Sherry: tolong keluarkan aku~

Griezzy Horror Story (SCHOOL)Where stories live. Discover now