50. CHALLENGE

888 88 0
                                    

Faizal: korang, jom main kad UNO. Sape kalah, kita denda dia

Kimi: okey, jom!

Faizal, Kimi, Adam dan Irfan mula bermain kad UNO. Mentang² cikgu tak masuk kelas, boleh pula diorang main kad UNO. Walaupun Irfan merupankan pengawas, dia tidak langsung mengambil tindakan

Kawan sendiri kan, buat apa mahu ambil tindakan?

Adam: Aduh! Aku kalah lah!

Irfan: hahaha noob betul kau ni main kad

Adam: diam lah kau. Kau menang pun sebab nasib je tu

Adam mula berasa geram kerana dia diketawakan oleh rakannya. Pantang betul, kalau kalah je mesti nak gelak

Kimi: nampaknya kita kena denda si Adam ni. Kau kena terima cabaran ni tau Adam

Adam: ish ye la. Apa?

Kimi: hari tu aku dengar ada orang cerita yang kalau kita berada di atas bumbung vangunan tepat pukul 12 malam, kita akan bertembung dengan hantu

Kimi mula bercerita. Semua mulai teruja kecuali Adam.

Adam: dah tu? Mana challenge nya?

Kimi: challenge nya ialah.. Kau kena pergi ke bumbung bangunan seorang diri malam ini. Kami akan tengok saje di padang sekolah

Faizal: yup! Kalau ada hantu, kau kena lompat sambil goyang tangan. Kalau tak de, kau buat tanda 'pangkah' guna tangan

Faizal dan Kimi mula memberi cabaran kepada Adam. Adam hanya terdiam dan mengangguk lesu

Adam: ish ye lah. Korang ni menyusahkan betullah! Tak leh ke bagi challenge yang lain

Irfan: tak. Challenge ni lebih menarik dan ianya sangat mudah. Apa2 pun kau kena datang malam ni

Irfan mengingatkan Adam yang mula memuncungkan bibirnya. Adam hanya mengangguk sahaja

Malam itu, pukul 11.50

Adam: ish mana diorang ni! Janji nak datang! Entah² diorang sengaja je

Irfan: Adam!

Jerit Irfan sambil melambaikan tangan kearah Adam yang duduk di atas bangku. Faizal dan Kimi juga datang sekali. Mujur mereka datang kalau tidak memang teruklah mereka dimarahi oleh Adam

Adam: sampai pun korang! Aku ingatkan korang tak datang

Kimi: mestilah kami datang. Hah, ingat tak isyarat kita?

Adam: mestilah aku ingat. Er.. Korang boleh tak teman aku naik?

Soal Adam. Sebenarnya dia berasa takut untuk naik seorang diri. Dalam keadaan yang gelap gelita itu, apa2 pun boleh berlaku

Faizal: no no no! Kau kena naik sendiri. This is challenge

Irfan: hmm.. Kalau takut cakap saje lah. Loser

Irfan mula mencabar adam. Adam yang rasa dicabar terus menyahut cabaran rakannya itu

Adam: aku bukan penakut!

Irfan: buktikan!

Adam: okey aku akan buktikan kat korang

Adam mula masuk ke dala. Kawasan sekolah dan menaiki tangga untuk ke bumbung bangunan sekolah. Akhirnya, dia tiba juga di situ. Dia melihat sekeliling

Adam: hmm.. Tiada apa pun. Agaknya itu hanyalah cerita rekaan sahaja. Mana ada hantu dalam dunia ini

Adam bermonolog sendirian di atas bumbung bangunan. Kemudia dia membuat isyarat pangkah kepada rakannya.

Tiba² rakan2nya melompat lompat sambil menggoyangkan tangan masing². Adam mula berasa hairan masih membuat tanda pangkah

Adam: apa masalah diorang ni? Aku buat tanda pangkah, yang diorang terkinja kinja cam beruk mok yeh ni dah kenapa?

Adam masih tidak faham maksud kawan2nya. Kimi mula menjerit dari bawah

Kimi: ADAM! BAIK TURUN CEPAT! ADA HANTU DI SITU

Adam yang terdengar kata² Kimi itu mula menoleh ke belakang. Kelihatan kelibat seorang perempuan di belakangnya

Matanya terbeliak memandang ke arah Adam. Bajunya sedikit koyak dan berbau busuk. Mukanya penuh dengan kesan luka yang dalam. Adam kaku di situ. Dia tidak dapat turun kerana hantu itu semakin dekat dengannya

Adam:ha..ha..hantu...

Hantu itu segera menerkam Adam dan jeritan Adam mula kedengaran. Irfan, Faizal dan Kimi mula berlari pulang ke rumah. Hari ini merupakan hari yang paling mengerikan

Esoknya...

Faizal: wey.. Aku risau lah dengan Adam tu. Agak2 dia selamat tak?

Kimi: mana lah aku tau.

Irfan: ni semua salah kau, Kimim kalau kau tak cabar dia macam tu mesti dia masih ada

Kimi: aku pula! Kita semua yang salah tau tak. Kau jangan nak salahkan aku je. Apa2 pun kita semua bertanggungjawab kalau apa2 terjadi kat Adam

Tiba², Cikgu Zarina masuk ke dalam kelas dan memberikan pengumuman ringkas

Zarina: assalamualaikum. Hati ini rakan sekelas kamu iaitu Adam ditemui mati dalam keadaan kepala terpisah dari badan. Diminta semua pelajar berhati2 ketika berada di mana2 saja

Kimi:kha...khabar angin.. Tu..benar

Pengumuman itu mendebarkan jantung 3 sahabat itu. Tidak sangka.. Challenge yang dibuat bertujuan untuk bersuka suka berubah menjadi malapetaka.

Hai semua
Terima kasih kerana baca dan vote
cerita ni sampai dapat ranking 1 dalam hantu
Wow, tak sangka pulak
Nanti author update fakta yang special

Just wait....

Griezzy Horror Story (SCHOOL)Where stories live. Discover now