43.FAKTA SUSUK

836 62 2
                                    

Apa itu susuk?
Susuk tu memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan/wajah bagi mendapatkan sesuatu kelebihan

Kebaikan
Muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dan sebagainya.
Kalau umur dah masuk 40an, dia tetap kelihatan seperti anak dara

Jenis susuk

👻susuk emas
👻perak
👻berlian
👻besi
👻raksa
👻mutiara

Dan lain²

Kebiasaannya, ramai memilih susuk emas dan berlian kerana dikatakan susuk ini lebih mustajab

Cara

Masukkan susuk di tempat yang kita mahukan. Kalau mahu cantik, cucuklah pada muka seperti di dahi, pipi, dagu, bahagian kening dan lain lain

Susuj juga boleh dipakai pada anggota badan. Kebiasaannya susuk akan ditanamkan pada bahagian peha, dada dan lain²

Pantang larang (bergantung kepada jenis susuk yang dipakai)

💀MAKANAN

tidak boleh makan pisang seperti pisang emas, pisang tanduk, pisang abu dll

❤tidak boleh makan makanan yang bercucuk seperti satey, bebola ikan yang dicucuk guna lidi dan seangkatan dengannya

❤labu air

❤daun kelor

💀PERBUATAN

❤tidak boleh melintas di bawah tali kain

❤tidak boleh lalu di bawah tangga atau rumah

❤tidak boleh lalu bawah pohon kelor

❤tidak boleh minum air penawar

Sekiranya pantang larang tersebut dibuat secara tidak sengaja mahupun sengaja, susuk itu tidak akan berfungsi lagi. Ada yang mengatakan bahawa jika terlanggar pantang larangnya, pemakai akan mendapat akibat yang buruk seperti muka menjadi hodoh dll.


S

ebab orang menggunakan susuk

👰Ingin tampak cantik
💑Ada orang yang dicintai
💵Ingin kaya raya
👵Wajah kurang menarik
💃Hendak memikat

Susuk ini boleh didapati pada bomoh. Bomoh haruslah mengajar pemakai cara hendak membuang susuk itu. Kalau tidak, buruk akibatnya.

Namun, haruslah diingatkan bahawa pemakaian susuk ini adalah HARAM dalam agama islam. Ini kerana ianya syirik dan memudaratkan

Kalau ada memakai susuk, segeralah buang susuk tersebut

Apabila pemakai hampir mati (nazak), nyawanya sangat susah untuk keluar. Ada yang mengatakan bahawa wajah si pemakai menjadi sangat hodoh dan bernanah pada bahagian tertentu

Hendak membuang susuk ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ianya mengambil masa yang sangat lama. Susuk juga boleh diketahui dengan mengXray wajah\badan pemakai. Kita boleh melihat dengan jelas di mana susuk itu ditanamkan

Oleh itu, janganlah tamak sangat dengan kecantikan kerana kecantikan ini tidak kekal. Kalau sudah mati, bukan kecantikan yang akan ditanya malah amal kebaikan yang akan ditanya

Wow, jadi ustazah pula. Baiklah, salam maulidurrasul. Banyakkan berzikir dan berselawat kerana orang yang paling dekat dengan Rasulullah S.A.W adalah orang paling banyak berselawat


Assalamualaikum...

Griezzy Horror Story (SCHOOL)Where stories live. Discover now