25. MANTERA

1.2K 83 2
                                    

Najwa, Husna, Linda dan Fasya sedang berbual di kantin sekolah sambil menikmati makanan yang telah dibeli. Ada mee goreng, nasi lemak, nasi minyak dan roti planta.

Najwa: korang teringin nak tengok hantu tak?

Fasya: ofc lah aku teringin. Selama ni asyik dengar orang cerita pasal hantu je. Aku pun nak ada pengalaman juga. Dapat tengok sekali pun jadi lah

Linda: betul tu. Lepas tu boleh lah update kat wattpad

Husna: erm, kenapa tiba² je kau tanya soalan tu?

Najwa: begini... Sabtu minggu lepas aku pergi library kat Kampung Banana. Aku nak pinjam novel Ain Qaisara. Tiba² aku ternampak sebuah buku buruk dekat rak belakang sekali.

Linda: lepas tu? Apa kau buat?

Najwa: aku tringin nak tau jadi aku pun baca lah buku tu. Dalam buku tu ada tertulis satu mantera tau! Aku pun salin mantera tu. Kalau kita baca mantera tu kita boleh lah nampak dia

Husna: erm.. Tak syirik ke?

Najwa: tak pun.. Ala, kita cuba sekali je

Fasya: kita nak baca mantera tu kat mana?

Najwa: malam ni ada kelas tambahan, jadi kita baca lah kat bawah pokok mangga, belakang sekolah.

Fasya: bereh!!

Malam itu di rumah Najwa...

Najwa: okey, mantera dah ada dalam beg. Semua settle!

Najwa pun pergi ke sekolah dengan menaiki basikalnya. Jarak sekolah dengan rumahnya dekat maka tak hairan lah kalau waktu malam pun dia nak naik basikal untuk ke sekolah. Hari ni dia dah janji dengan rakan²nya supaya datang sejam lebih awal sebelum kelas bermula. Apabila Najwa tiba di perkarangan sekolah, rakan²nya yang lain sudah tiba di situ sambil melambaikan tangan kepada Najwa

Husna: hey, bawa tak mantera tu?

Najwa: mestilah aku bawa. Jom kita gi belakang sekolah

Di belakang sekolah...

Suasana pada malam itu sunyi sepi. Bulan pula terlindung di sebalik awan. Suasana yang sunyi itu tidak diendahkan oleh 4 sahabat itu. Mereka terus membaca mantera tu

WARNING!!!

Mantera ni jangan baca kuat². Walaupun rekaan tapi kalau niat tak betul, dia mungkin akan muncul.

MUNCULLAH KAMU WAHAI JEMBALANG
KAMI TERINGIN MELIHAT WAJAHMU
MUNCULLAH KAMU WAHAI JEMBALANG
KAMI MAHU KAU MENUNJUKKAN DIRIMU

Fasya: boleh caye ke ni?

Linda: entah lah

Najwa: jom kita cuba sekarang

Mereka pun baca serentak mantera itu. Tiba² mereka dapat merasakan angin kuat. Mereka rasa seram sejuk.

Husna: erm.. Korang.. A.. Aku takutlah

Linda: rasanya mantera tu memang berhasil!!

Fasya: korang ada dengar sesuatu tak? Aku dengar bunyi mengilai!

Bunyi mengilai mula kedengaran. Bunyi itu datang dari belakang pokok tempat mereka duduk. Mereka mula berdebar. Tiba² kelibat putih muncul di hadapan mereka. Bau harum mula menegakkan bulu roma mereka ber4

Kelibat itu berambut panjang, matanya merah menyala dan wajahnya pucat lesi dan sudah berkedut. Kukunya panjang bewarna hitam.

?: hihihi! Kau.. Nak sangat tengok aku kan?

Mereka tidak menunggu lama lalu mereka melarikan diri seperti lipas kudung. Mereka tidak menoleh belakang kerana terlalu takut.

Mereka masuk ke dalam kelas 3Dinamik dan menyorok di dalam stor kelas itu. Nafas mereka mula tercungap²

Linda: ha..habis lah kita! Kita dah nampak dia. Apa patut kita buat?

Husna: Najwa, ada tak mantera untuk hantar balik benda tu? Aku tak nak dia hantui kita lagi! Sumpah aku dah serik

Tiba² mata Najwa membulat. Semua memandang Najwa yang tiba² buat muka terkejut.

Fasya: Naj, jangan cakap yang kau terlupa nak bawa mantera pulangkan dia...

Najwa: tak, a..aku lupa nak salin mantera pulangkan dia

Fasya,Linda,Husna: APA!!???

Linda: OMG.. Habis lah kita. Maknanya kita ni boleh nampak dia setiap masa ke?

Najwa:y..ya

Fasya: aduh.. Eh korang, aku terbau wa..

Husna: shh! Jangan tegur

?: rupanya.. Korang ada di sini..

Suara itu datang dari belakang Najwa.

Semua: AAARRRGGHHH!!

mereka pun keluar dari bilik stor itu. Fasya menoleh belakang. Kelibat Najwa tidak kelihatan.

Fasya: Husna, Linda. Mana Najwa?

Linda: Bukan dia kat belakang kita ke tadi?

Husna: adui, masalah betul! Kalau kita tak baca mantera tu, semua ni takkan terjadi.

Mereka mula menyesal dan mula mencari Najwa. Mereka sudah melaporkan kepada guru tetapi Najwa tidak muncul juga. Ibubapa Najwa risau dan buat laporan polis namun, ianya sia² sahaja.

Najwa tidak ditemui dan dia hilang tanpa jejak. Sejak dari hari itu, Husna Linda dan Fasya boleh melihat benda itu dan selalu dikacau. Mereka cuba mencari buku yang diceritakan oleh Najwa. Tetapi, buku tersebut tiada walaupun sudah dicari berkali². Pengawas perpustakaan pun tidak tahu bahawa buku itu wujud.

Griezzy Horror Story (SCHOOL)Where stories live. Discover now