68.BILIK RAWATAN

703 54 10
                                    

Chinese New Year special
Edition

Hari Jumaat, kat pdg sekolah

Lucy: Tangkap bola ni, Hannah!!!

Jerit Lucy dan membalingkan bola jaring tersebut kepada Hannah. Hannah melompat dan mengambil bola tersebut. Tiba² kawannya, Rozel terlanggar Hannah dengan kuat dan dia terjatuh

Hannah: ouch!

Terdapat calar pada Lutut Hannah. Kakinya juga patah. Rozel dan yang lain memapah Hannah dan membawanya ke bilik rawatan.

Hannah baring di atas katil bujang yang bercorak bunga. Cikgu Kelly dan rakan² nya membalut kakinya dengan berhati2. Kemudian, Cikgu Kelly call parents Hannah tetapi parents Hannah outstation kat London selama seminggu

Maksudnya, Hannah akan pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Rumah dia bukannya jauh mana pun, dekat je. Rozel berasa serba salah dan dia terus meminta maaf

Rozel: maafkan saya, Hannah. Saya tak sengaja langgar awak

Hannah: gencana.......(its okey)

Balas Hannah sambil menahan sakit. Walaupun Kakinya patah tetapi dia tidak menyalahkan rozel. Yela Rozel bukannya sengaja. Setiap orang pasti ada buat salah

Rozel tersenyum dan berasa lega kerana Hannah tidak memarahinya. Dia mencuci luka pada lutut Hannah dengan ubat supaya tidak dijangkiti kuman

Rozel: Hannah, saya pergi dulu ye. Waktu PJK dh nak habis ni

Lucy: ya. Awak rehatlah dulu Hannah. Kami akan bagitau cikgu yang awak cedera. Don't worry

Hannah: terima kasih

Lucy dan Rozel keluar dari bilik rawatan. Begitu juga dengan Cikgu Kelly. Bilik itu terletak di tingkat bawah sekali dan bilik itu juga jarang digunakan. Hanya Hannah sahaja yang ada dalam bilik itu.

Hannah termenung dan dia pun terlelap
****

Pakcik guard sekolah itu sedang berjalan di hadapan bilik rawatan. Dia pelik kerana bilik itu tidak berkunci. Tanpa banyak soal, pakcik guard itu terus mengunci. Dia tidak tahu yang Hannah berada dalam bilik tu!!
****

Hannah terjaga dari lenanya. Badannya terasa penat. Dia melihat jam di tangannya. What? Dah pukul 2!

Hannah: oh no, sekarang ni semua pelajar dah balik! Er, aku kena keluar dari sini

Hannah bangkit dan cuba untuk berjalan walaupun kakinya sakit. Tiba² dia terjatuh kerana keadaan badannya yang tidak stabil

Dia cuba mengesot ke arah pintu utama bilik rawatan tersebut. Perlahan pun takpe asalkan dapat juga keluar! Kini dia berada di hadapan pintu dan cuba untuk memulas tombol pintu itu.
Malangnya, tombol itu tidak dapat dipulas kerana pintu tersebut berkunci

Hannah: alamak, macam mana ni? Sekarang ni semua dah balik dari selolah. Aku kena cari jalan!

Hannah menjerit sekuat hati. Manalah tahu kot2 ada lagi manusia di sekolah tersebut. Dia tidak mahu tinggal di sekolah itu sepanjang cuti raya cina

Hari ni merupakan hari last kat sekolah sebelum cuti raya cina. Kalau dia tak dapat keluar that means dia akan terperangkap dalam bilik tu selama 9hari! (Termasuk sabtu dan ahad)

Hannah: aku kena buat sesuatu!

Bermacam2 cara Hannah cuba untuk menyelamatkan diri. Dia dah menjerit tetapi tiada sesiapa pun yang dengar. Kini dia tersandar pada dinding bilik sambil menangis mengenangkan nasib diri yang ditimpa malang

Dah la tingkap kat bilik tu tinggi. Dia pula tidak boleh berdiri sendiri kerana kakinya yang patah. Tiada sesiapa yang tahu bahawa dia berada di situ. Rakannya pula sudah pasti lupa bahawa dia di situ

****

6 hari kemudian Di rumah Rozel

Rozel: hai Lucy!

Lucy: hai Rozel! Ada apa?

Rozel: dah lama aku tak nampak Hannah. Kaki dia sakit lagi ke?

Lucy: mestilah kan kaki dia patah. Eh kejap!

Tiba² Lucy teringat sesuatu. Matanya membulat sambil menekup mulutnya

Lucy: bukankah dia.. Ada kat bilik rawatan

Rozel: sudah pasti dia dah balik kat rumah

Lucy: aku rasa tak sedap hatilah. Jom kita pergi ke sekolah

Rozel: why?

Lucy: aku rasa Hannah ada kat situ. Jom lah

Walaupun kedengaran amat mustahil jadi Rozel pun ikut sahaja tanpa banyak soal. Mereka pergi dengan menunggang basikal. Setibanya di kawasan sekolah, mereka terus menuju ke arah bilik rawatan yang terkunci

Lucy: bilik ni berkunci lah

Rozel: hmm mesti dia dah pulang ke rumah. Jom balik

Lucy: jap, cer tengok tu! Suis kipas terbuka

Kata Lucy sambil menjengkek bagi melihat keadaan di dalam bilik melalui tingkap yang tinggi

Lucy: aku rasa Hannah ada kat sini

Rozel: ish mustahillah!

Lucy: jom masuk, kau kena ikut aku

Lucy membuka kunci itu dan terus masuk ke dalam. Tiba² dia terpaku dan mejerit terkejut. Rozel turut menjerit. Kelihatan tubuh Hannah pucat dan berulat sedikit. Mata Hannah terbuka luas tetapi jasadnya tidak bernyawa lagi. Bau pula tersangatlah busuk

Tubuhnya mulai mereput sedikit. Lucy menangis dan begitu juga Rozel. Tiba² pintu bilik yang terbuka tertutup dengan sendiri. Rozel berlari ke arah pintu tersebut dan cuba untuk membukanya tetapi tidak boleh!

Rozel: alamak macam mana ni?

Ergh..ergh..

Kedengaran bunyi yang pelik datang dari jasad Hannah. 2 sahabat menoleh ke arah Hannah yang terbaring di atas katil bujang

 2 sahabat menoleh ke arah Hannah yang terbaring di atas katil bujang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata Hannah kini merenung ke arah mereka. Senyuman pada bibirnya meleret dan jari jemari salehnya bergerak gerak. 2 sahabat terpaku

Lucy: Han.. Hannah? You.. Still alive?

Soal Lucy sambil terketar ketar. Rozel pula menyorok di belakang lucy kerana takut. Tiba² lampu dalam bilik itu berkelip kelip dan terpadam sendiri

Lucy dan Rozel: WAAARRRGGGHHH!!!

ZZAP! ZZAP!
****

Cuti raya cina dah habis dan semua mula kembali ke sekolah dan memulakan pelajaran seperti biasa. Cikgu Kelly masuk ke dalam bilik rawatan kerana dia tertinggal mekapnya kat situ

Bila dia buka sahaja bilik itu, kelihatan mayat Lucy dan Rozel terbaring kaku di atas lantai. Badan mereka berlumuran darah. Tangan dan kaki mereka terpisah dari tubuh badan. Mayat Hannah pula berada di atas katil dan berwajah pucat lesi

Cikgu Kelly segera menelefon polis bagi menjalankan siasatan. Apabila polis tiba, mereka tidak dapat menemui sebarang bukti pembunuhan 2 sahabat itu. Malah ini dikategorikan sebagai kes mati mengejut. Sejak dari hari itu, sesiapa yang duduk di bilik rawatan akan diganggu oleh roh Hannah

Griezzy Horror Story (SCHOOL)Where stories live. Discover now