42.MAKCIK KARIPAP's

989 60 6
                                    

Lan, Amir, Daus dan Pa'an merupakan pelajar tingkatan 5 yang suka membuli orang. Namun begitu, kegiatan mereka langsung tidak diketahui oleh cikgu

Hal ini kerama mereka pandai simpan rahsia dan mengugut orang lain supaya tidak memberitahu guru. Malah, pengawas juga takut pada mereka

Tubuh mereka besar. Pandai silat dan karate pula tu. Semua budak tak berani melawan mereka apatah lagi menghampiri mereka

Pada suatu hari...

Cikgu Amin: Hari ini kita ada seorang pelajar baru dari RMSM. Budak bijak nih. Ha, perkenalkan diri kamu

Rizal: baik cikgu. Nama saya Muhammad Rizal Aqimie bin Muhammad Razil Kimi. Saya berasal dari Pahang. Korang boleh panggil saya Rizal atau Qimie. Selamat berkenalan

Pelajar berkaca mata petak itu memperkenalkan dirinya di hadapan pelajar. Tubuhnya kecil dan nampak seperti budak nerd.

Daus,Lan, Amir dan Paan melihat pelajar itu dengan ekor mata sahaja.

Lan: Huh, nampak seperti budak noob saje

Amir: kan? Dah la kurus kering! Sekali jentik ni mesti berterabur semua tulang

Pada waktu rehat, Rizal tidak turun ke kantin. Dia hanya membaca buku sahaja. 4 sahabat itu berasa geram dengan Rizal

Mentang² budak RMSM, nak tunjuk rajin lah tu. Paan menuju ke arah Rizal lantas melempar bukunya. Rizal terkejut lalu menoleh ke arah Paan

Paan: bajet ar kau ni. Suka sangat baca buku!

Daus: daripada baca buku lebih baik kau beli karipap untuk kami. Dapat pahala

Rizal takut berhadapan dengan 4 sahabat itu. Sudah lah semua berbadan besar seperti KingKong. Dia pun menurut sahaja

Rizal: baikla... Er.. Nak beli berapa?.. Kat mana?

Amir: kejap

Amir menyuruh rakanyya yang lain membuat bulatan. Mesyuarat tergempar lah tu. Rizal pula memerhati sahaja dengan membuat muka seposen

Amir: jom kena kan budak nerd tu

Daus: bereh

Paan: tak perlu.. kita suruh dia pergi beli karipap kat blok D

Daus: kat sekolah kita mana ada blok D

Paan: lembab! Kan kita nak kenakan dia.. Biar dia tercari² blok tu. Padan muka dia

Lan: baguih baguih!

Amir: Rizal, mai sini jap!

Rizal: ke..kenapa?

Amir: kau pergi kat blok D pastu beli karipap untuk kitorang. Beli 10 okey.

Lan: kau belanja kami, Rizal. Ye lah, ko kan kaya

Daus: betul tu. Dahla pakai jam Roleks

Rizal: b..baiklah..

Rizal berjalan perlahan. Dia sangat takut

Paan: TERHEGEH HEGEH CAM BEROK MOK YEH! JALAN LAH CEPAT!!

Suara lantang Paan membuatkan Rizal terkejut lantas dia mempercepatkan langkahnya. Semua ketawa terbahak bahak apabila melihat reaksi Rizal

Amir: Hahaha, lawaklah! Kau memang sesuai jadi cikgu disiplin

Daus: betul tu. Hahaha

Beberapa minit kemudian...

Rizal: Assalamualaikum.. Nah karipap

Semja terkejut macam beruk mok yah apabila melihat plastik yang mengandungi karipap. Dengan perasaan hairan, Paan mula membuka mulutnya

Paan: mana kau beli karipap ni? Kat kantin ke?

Rizal: kat blok D lah. Ambillah

Daus: ini mustahil! Ni mesti kat kanti, kan?

Rizal: tak, dekat blok D. Tadi masa saya beli karipap ni, saya jumpa seorang nenek yang menjual karipap..

Flashback

Faizal menuju ke blok D. Blok itu sangat usang dan penuh dengan daun kering. Dah lah tiada langsung kelibat pelajar di situ. Dari jauh dia ternampak seorang nenek menjual karipap. Bajunya lusuh, mukanya pula berkedut

Rizal: Assalamualaikum, nek.. Saya nak beli karipap 10

Nenek: wslm, cu... Macam mana kamu boleh sampai ke sini?

Rizal hairan mendengar kata² nenek itu

Rizal: sebenarnya kawan saya suruh saya beli karipap di sini. Erm, dah lama ke makcik jual karipap?

Nenek: boleh tahan juga.. Nah karipap

Rizal: ini bayarannya....

Nenek: tak usah lah cu... Nenek kasi free je. Pesan kat kawan kamu tu lain kali jangan buli orang lagi. Tak baik. Kalau diorang degil, biar makcik settlekan

Rizal: oh, okey

Rizal pun turun daei blok D. Apabila dia menoleh semula kebelakang. Blok tu sudah tiada. Dia terus naik ke kelas

Habis flaahback

Lan: kau..biar..betul?

Rizal: buat apa saya nak tipu. Ini dia karipap tu

Paan: aku tak percaya! Mesti kau reka cerita kan? Nak kena budak ni

Tiba² 4 sahabat itu ternampak seorang nenek di belakang Rizal. Wajahnya sangat menyeramkan. Rambut serabai, mata terbeliak.

4 sahabat iru terus belari sambil menjerit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

4 sahabat iru terus belari sambil menjerit. Sejak dari hari itu, setiap kali mereka ingin membuli, pasti mereka akan ternampak kelibat itu













Oleh itu, jangan lah kita membuli orang yang lebih lemah dari kita




Nah author belanja video makcik ni. Comel molek mokcik nih😹

Sweet dream...

Griezzy Horror Story (SCHOOL)Where stories live. Discover now