Ya, Tae Woo anak makcik kantin tu takdelah nampak berstyle sangat tapi masih ada rupa paras untuk bercinta lagi.Chan Joo memerhati gerak-geri lelaki itu dari jauh.Kemudian, dia memghela nafas. Malam tadi,Myung Eun dah bagitahu Tae Woo yg dia akan berjumpa dgnnya. Dengan langkah perlahan, Chan Joo berjalan menuju ke arah Tae Woo yang ralit membuat kerja menjual.
"Apa perkembangannya?", soal Myung Eun sebaik sahaja ternampak muka muram Chan Joo yang baru sampai duduk di hadapannya itu.Chan Joo menggeleng. " Haa?Ingat awak geleng macam tu,saya akan faham?". Chan Joo segera memandang tajam Myung Eun di hadapannya itu.Ada jugak yg kene sekeh ni! "Saya tak terima dia", ujar Chan Joo lalu mengeluh. Manakala,Si Myung Eun pulak yang terperanjat bagaikan nak terkeluar biji mata tu.Macam dia pulak yg kene reject. " Kenapa tolak?" . Chan Joo hanya mengangkat bahunya. "Ish,awak jangan jual mahal sangat!Nanti tak laku!" . Chan Joo segera menjeling tajam.Ni betul2 nak kene sekeh ke apa ni? Cakap main ikut mulut je. "Saya rasa dia tak sesuai untuk hati dan perasaan saya.Bukan jual mahal lah!". Chan Joo mula memuncung. Myung Eun yg duduk di hadapannya hanya terkebil2 memandangnya dgn muka pelik lalu mengangguk perlahan. Apa yang diangguknya pun, tak tahu la..
Myung Eun dan Minhyuk bersiul2 kecil2 sambil berjalan pulang ke rumah.Hari-hari yang indah sebab semua kerja sekolah tinggal dalam loker tapi membosankan sebab tak tahu apa yg nak dibuat." Petang ni jom mandi air terjun". Tiba2 Minhyuk bersuara. Ajakan ini mengundang senyum lebar di bibir Myung Eun. Laju je budak tu mengangguk.
"Sejuk gila air kat sini!Aku rasa macam main iceberg", jerit Myung Eun dari bawah selepas terjun dalam air sungai yg ada air terjun di hulu kampung mereka itu. Nama pun Air Terjun Disayangi. Memang disayangi betul oleh penduduk kampung tu dan selalu dijaga kebersihannya.Menurut ketua kampung itu, air terjun itulah punca dan sumber air bagi penduduk Korea di daerah Songdo,Busan ketika pemerintahan Jepun dulu. Wah..Memang mereka sayang air terjun tu sehingga sekarang.
Giliran Minhyuk terjun pulak." Sejuknya..Menyesal saya tanggal baju tadi",kata Minhyuk. "Dah tahu kulit tu macam kulit bawang, tanggal baju lagi buat apa?" "Saya ingat airnya suam sikit sebab cuaca panas sekarang.Tapi panas2 pun rasa mcm dalam peti ais..". Minhyuk sudah menggigil. Macam2 aktiviti tak berfaedah yg dilakukan oleh 2 ekor tu termasuklah lumba renang Asia tak berdaftar dan acah2 atlet kuak renang kupu2 serta action terjun platform je lebih.
" Basah2 macam ni pergi mana la budak dua orang ni? Umur dah 17,tapi macam 7 tahun",bebel Nara sambil memgambil tuala untuk diberikan kepada dua ekor budak yang basah-kuyup kat luar tu. "Nah , ambil ni.Pergi mandi cepat!" Minhyuk dan Myung Eun berlari2 anak masuk ke dalam rumah dan menyerbu bilik mandi.Aktiviti yang indah yg boleh dilakukan pada masa lapang.
ANDA SEDANG MEMBACA
MARRY IS A CRAZY THING
RomanceChan Joo pulang ke Korea dan ingin berjumpa dengan sahabat2 yg dikenalinya sejak berumur 5 tahun lagi ketika zaman persekolahan dulu A.K.A kelab teater iaitu Myung Eun,Minhyuk, Bunny, Minkyung dan Yuki selepas dia menetap di New York selama 10 tahun...
