BAB 8

10 1 0
                                    

Pusing ke kiri , tak selesa.Pusing ke kanan , tak selesa juga. Myung Eun bagaikan cacing kepanasan di atas katil. Otaknya ligat memikirkan kejadian petang tadi. Apa yang berlaku sebenarnya? Bukankah Chan Joo dan Joon Soo baru saja berkapel sekarang? Habis tu, kenapa dia bersama Minkyung dalam kereta tadi? Siap berpeluk bagai tadi. Mesranya pun lain macam saja. Myung Eun menggigit bibir. Adakah.....adakah...haa??? Mata Myung Eun sudah membulat. Dia sudah tak boleh tidur dah! Jarum jam dah pukul 3 pagi. Adakah..Joon Soo itu buaya darat yang suka mempermainkan perempuan? Dan dia juga adalah playboy? Myung Eun sudah mula membuat kesimpulan sendiri. Ya itulah dia! Depan Chan Joo,bukan main lagi melayan perempuan itu tapi dalam diam mempunyai hubungan rahsia dengan Minkyung. Myung Eun mengetap bibir , geram kerana mempermainkan perasaan sahabatnya ,Chan Joo. Macam mana dia mahu menjelaskan perkara ini kepada Chan Joo? Huh, sekarang sudah akhir tahun. Mungkin selepas ini,mereka akan berlainan institusi dan jarang berjumpa lagi. Bila agaknya dia nak bagitahu? Myung Eun menggumam sendirian. Ya, dia perlu bagitahu Chan Joo secepat mungkin. Kalau tidak, Chan Joo akan menyesal seumur hidupnya kerana mempercayai lelaki itu bulat2.

Pagi cuti yang indah.
Apalagi , kalau tidak mandi sungai , memancing juga sangat bagus pada pagi2 yang sejuk lagi hening ini. Tepat jam 8 pagi, Myung Eun sudah awal2 keluar bersama Minhyuk. Mereka menjemput Bunny dan Chan Joo datang sekali. Yuki pula tak dapat datang sebab ikut ayahnya hantar abangnya ke kolej di Seoul. "Eh,awak bawak baldi sekali.Penatlah letak ikan dalam guni...", Bunny merungut. Baldi yang ada di tepi rumah, dicapai oleh Myung Eun. Mereka bergerak ke sungai yg biasa mereka mandi-manda. "Sungai Yang Disayangi" Ya , itulah nama sungai.

Myung Eun meletakkan joran dan menghalangnya dengan kayu supaya tidak jatuh. Dia sudah pun memasang umpan di setiap joran. Dia sudah mahir memancing.Ni semuanya ilmu yg diturunkan oleh datuknya. Mana ada anak muda Korea yang minat memancing sekarang!Menari tahu lah. Selain memancing, dia juga gemar membela kambing dan menanam pokok di kebun. Itulah rutin hariannya di rumah. Myung Eun mengambil tempat di sebelah Chan Joo lalu duduk bersila di situ. "Saya nak bagitahu awak sesuatu ni", kata Myung Eun tiba2 menyedarkan Chan Joo yang sedang tersenyum. Dia segera menoleh ke arah Myung Eun yang duduk di sebelahnya. Sebaliknya,lelaki itu tidak memandangnya tapi lebih gemar memerhati Bunny dan Minhyuk yang sibuk berebut umpan. " Apa?", tanya Chan Joo kehairanan melihat sikap Myung Eun kebelakangan ini.Lain saja mood dia hari ni. "Agak2 awak percaya tak apa yang saya bagitahu ni?"  "Awak tak bagitahu lagi manalah saya tahu" . Myung Eun menghela nafas panjang. Susahnya nak bagitahu! "Hmm..awak dah rasmi kapel dengan Joon Soo ke?" , tergugup2 Myung Eun menyuarakan suaranya. Chan Joo memandang Myung Eun, lama. Kenapa tanya pulak ni? Apa kes ni? Chan Joo mengangguk. "Ya,dua hari lepas.Kenapa?". Chan Joo sudah tak berpuas hati bila Myung Eun mula menunjukkan riak wajah yg kurang senang. "Awak janji takkan marah saya selepas dengar ni?Perkara ni saya tak tipu.Saya nampak dengan mata saya sendiri", ujar Myung Eun bersungguh2. " Ya,saya janji.Apa dia?" .Chan Joo sudah tidak sabar. Mamat ni pulak asyik nak berteka-teki dengannya saja..

Chan Joo pulang ke rumah dengan wajah muram dan sugul.Seperti muka orang kilang yang buat parti mogok depan kilang bila lambat masuk gaji.Ya,macam tu lah wajahnya sekarang. Dia terus masuk ke bilik tidur nya lalu merebahkan diri di atas katil. Bagaikan tidak percaya apa yg didengarnya dari mulut Myung Eun. Adakah semua itu betul? Takkanlah dia tak percaya kan Myung Eun pulak.Sudah 13 tahun dia berkwn dengan Myung Eun,lelaki itu tak pernah menipunya. "Saya nampak Joon Soo keluar dengan Minkyung petang semalam.Mereka naik kereta.Saya tak tahu pula mereka nak pergi mana.Tapi..dia betul2 cintakan awak ke?" . Itulah apa yg dilaporkan oleh Myung Eun pagi itu. Chan Joo mula berasa sangsi.Mustahil juga Joon Soo seperti itu.Mungkin dia cuma menghantar Minkyung kemana2 kan?Joon Soo itukan baik orangnya,suka membantu orang lain. Chan Joo mula menyedapkan hatinya. Dia cuba membuang jauh2 apa yg dicakapkan oleh Myung Eun. Ya,tinggal 2 minggu saja lagi dia akan berada di Korea. Selepas ini,dia akan berpindah ke New York. Dia akan melanjutkan pelajaran terus disana dalam bidang fesyen. Itulah impiannya.

"Maafkan saya Myung Eun.Bukan saya tak percayakan awak tapi.."  "Tapi apa Chan Joo?", soal Bunny tiba2. Semua kawan2nya sudah tahu akan perkara itu. Chan Joo menekur lantai. Dia melepas nafas yang panjang dan terasa berat. "Saya tetap kena percayakan dia dan.."  "Dan apa?", Myung Eun yang dari tadi diam mula bersuara. Myung Eun sudah berjauh hati dengan Chan Joo kerana tidak mempercayainya. Dia tak kisah tapi terpulang pada Chan Joo jika tidak mahu ditipu. Minkyung juga sudah tak nampak batang hidung. Entah2 tgh enjoy dgn  Joon Soo agaknya! "Joon Soo akan belajar dan pindah ke New York beberapa hari lagi." Chan Joo bersungguh2 menerangkannya. "So?", Bunny bertanya lagi,pelik. Yalah,apa kaitannya dengan kita pula. "Saya pun ikut sama", ujar Chan Joo sedikit takut. Semua yg ada di situ terkejut bukan kepalang sambil memandangnya dengan riak wajah kurang percaya. "Serius awak ikut dia?Tapi kenapa?", tanya Myung Eun lagi. Chan Joo mengangguk laju. "Kebetulan ibubapa dia akan berpindah ke sana dan ibu saya juga akan pindah kesana juga.Jadi kami akan naik flight yang sama"  "Awak dah tak sayangkan kita semua ke?", lirih bunyi Yuki bertanya. Chan Joo menggeleng laju. "Gila tak sayang!". "Habistu?"  "Jangan risau!Awak semua tetap sahabat yg saya kenang sampai saya mati!Percayalah!", ujar Chan Joo. Dia ternampak Myung Eun yang mula bangun meninggalkan nya. Apalah yg difikirkan lelaki itu agaknya ya??? 

MARRY IS A CRAZY THINGWhere stories live. Discover now