BAB 5

18 3 0
                                    

"Apa yg meriah sangat ni?!Saya nak tengok jugak!", jerit Myung Eun dari belakang Chan Joo bersama geng kerabatnya,Minhyuk,Bunny,
Minkyung dan Yuki.Akulah...budak sekor ni mmg tak tahu malu! Jerit sesuka hati.Busybody pulak tu! Chan Joo mendengus,geram. Biarlah budak perempuan kat sana tu bising2.Sebok pehal?
" Weh nak join jugak!". Sudah..Minhyuk pun mengikut.Jadi sudah tentu lah geng perempuan yg lagi 3 ekor tu pun ikut sama. Chan Joo menepuk dahi dan segera mengikut langkah kawan2nya itu ke tempat perempuan2 yg sedang sibuk mengusha org😒.

"Saya tak sangka sekolah kecik mcm ni pun,.masih ada org nak pindah belajar kat sini", ujar Minhyuk selepas penat mengusha tadi.Bagi lelaki,bukannya ada apa2 pun. Just ada seorang pelajar baru yg lagaknya mcm anak perdana menteri je yg baru masuk. Bagi girl pulak, of course la terjerit2 mcm kena rasuk hantu JUON sebab hensem sangat.Termasuk 4 orang perempuan yang mengusha tadi tu.Chan Joo, Bunny , Ellin dan Minkyung dah mcm org gila takde tempat tinggal tadi. " Tah, punya banyak sekolah.Kenapa sekolah ni?Huh!",Myung Eun pulak merungut. Ada aje budak berdua ni x puas hati. "Woi!Yang korang berdua ni emo pehal?", marah Minkyung pulak." Hensem gila kot!",sambungnya lagi. Myung Eun dan Minhyuk hanya mencebik. "Playboy tu.." Laju saja tangan Chan Joo menampar bahu Minhyuk. Ni lagi sekor,cakap tak igt dunia! "Chan Joo, betullah tu.Muka dia tadi pun dah macam ada pengalaman..",tokok Myung Eun pula. " Pengalaman apa?!" Chan Joo dah naik angin. "Pengalaman ehem ehem ehem tu la"
PEKKKKKK!!!!  Kan dah kene tamparan peluru berpandu di tengah belakang Myung Eun. Itulah cakap tak pandang kiri kanan. Ingat tengah bawak motor ke apa,pandang depan je..

"Ahhh..Hensemnya.."
"Untung la dpt duduk sebelah dia"
"So handsome,i got pregnant.."
Itulah perkataan yg selalu keluar dari mulut student perempuan lepas pelajar baru tu pindah dlm kelas tu. Dahlah terpaksa duduk sebelah Chan Joo yg masih ada tempat kosong lebih. Kalau Myung Eun dan Minhyuk ada, pasti membebel lagi dua ekor tu. Nasib lain kelas. Chan Joo mengerling budak baru di sebelahnya. Hmmm..boleh tahan! Not bad. Semua cita rasa perempuan sudah perfect untuk lelaki itu. Dan..namanya ialah...Han Joon Soo. Wow! Nama pun sedap,muka pun ok! Chan Joo tersengih sebentar.Sibuk mendescribe budak Joon Soo kat sebelahnya tu sampai cikgu pot pet pot pet kat depan dah tak dilayannya. Ehh! Kenapa ni? Adakah aku suka kat budak ni? Chan Joo memegang dadanya.Bukan main lagi berdebar nya. Kalah org yg nak luahkan perasaan. Weh, kenapa ni?!

"Eh awak tersenyum sorang2 ni dah kenapa?", tegur Myung Eun sebaik saja berjumpa dgn Chan Joo selepas tamatnya waktu persekolahan .Dah macam beruk dapat bunga pulak duk tersengih sorang2. " Salah?" Chan Joo mendengus geram. Orang senyum salah, tak senyum kata jual mahal pulak. "Mana ada salah.Tak cakap apa-apa pun" Myung Eun mencebik. Asyik nak marah dia saja.Hmm.. "Ada happy news ke ni?", tanyanya lagi. Senyuman di bibir Chan Joo kian melebar.  " Mana ada.Biasalah, takde homework hari ni" "Ohh..ehh,disebabkan awak free kan,jom lepak rumah saya malam ni". Chan Joo mengangkat kepalanya..Hmm..baru malam ni cadang nak bermesej dgn budak baru Joon Soo tu.Pagi tadi, dia sempat berbual dgn Joon Soo dan meminta nombor telefonnya. " Errr..saya nak study malam ni.." "Haa?Kelas awak exam ke?" Chan Joo semakin panik bila Myung Eun memandangnya dengan pandangan pelik.Dia taknak Myung Eun syak apa2 pulak. "Takde exam.Cuma esok ada test." "Seriuslah?Assignment kan baru habis.." "Sorry lah ya" Myung Eun kemudiannya mengangguk perlahan2. "Ada apa kat rumah awak malam ni?"  "Sambut birthday Bunny.Bunny yang buat kek birthday dia sendiri"

Bunny meniup lilin dengan sekali tiup. "Wah awak dah genab 17! Belanja kami makan ayam goreng esok noona!",jerit Myung Eun sambil membawa sedulang cawan untuk dituang air. " Tak adil betul korang ni.Dari hari tu , saya nak baju apron kat kedai tepi jalan tu, korang tak beli pun!",jerit Bunny pulak. Haihh..memang diorang ni suka cakap menjerit2.Boleh berdarah telinga kalau duk sebelah. Minhyuk mencebik. "Saya belanja awak gambar Joon Soo", ujar Minkyung tiba2. Semua yg ada kat situ terus memandang Minkyung. Minkyung sekadar tersengih. " Seriuslah? Nak !" Bunny dah gembira bukan kepalang lagi. Minkyung segera membuka phone nya dan menghulurnya pada Bunny. "Tengok ni." Bunny tengok gambar2 dlam tu dengan mulut terlopong. "Ahh hensemnya.Untunglah siapa dapat jadi yeoja chingu dia!Saya pun nak..", rengek Bunny pula.
" Weh Bunny,kau jangan nak mengada2.Tu haa masih ada stok lagi kat sini",ujar Myung Eun lalu memuncung ke arah Minhyuk yang sedang melantak kek. "Woi kenapa saya?!", jerit Minhyuk pulak.Agaknya semua memilih!
Bunny mencebik. "Taknak saya.Saya nak Joon Soo je", kata Bunny lalu mengambil setiap pinggan untuk memasukkan makanan. Myung Eun sudah ketawa pegang perut apabila melihat Minhyuk dah terang lagi bersuluh kene reject. "Awak jangan gelak ligat sangat.Karang ada yang tak tidur malam", kata Minkyung. Giliran Minhyuk pulak ralit gelak. " Haihh korang ni..sekarang saya tak faham situasi sekarang.Apa yg berlaku?". Yuki dah blur tahap nak mati. Myung Eun kemudiannya mengambil tempat di sebelah Minkyung. "Dari mana awak dapat gambar Joon Soo tu?Nak tengok.." Myung Eun dengan selambanya merampas phone Minkyung dari tgn tuannya. "Patutlah ramai gegirl suka..Pandai candid rupanya", ujar Minhyuk yg datang dari planet mana tah tiba2.Myung Eun segera mengangguk. " Haah,kita mana pandai tangkap gambar macam ni.Tangkap untuk passport bolehlah",ujar Myung Eun. Pada pendapatnya, Joon Soo dah macam model sambilan je.Kalau nak dibandingkan Joon Soo dgn dia dan Minhyuk mmg macam langit dgn bumi lah. Dia mana tahu candid2 macam tu! Setakat ambil gambar diri tegak mcm tiang rumah tu boleh la. Tak dinafikan budak Joon Soo tu bakal budak hot di sekolahnya nanti.

MARRY IS A CRAZY THINGWhere stories live. Discover now