[END FLASHBACK - (10 TAHUN KEMUDIAN/SEKARANG)
Chan Joo terkebil-kebil seorang diri didalam biliknya. Bila mengingatkan kenangan lama, dia tersenyum sendirian mengenangkan betapa seronoknya dia memiliki kawan2 yg begitu ambil berat dan prihatin terhadapnya. Cuma..dia saja yang bodoh tidak menyedari semua kebaikan itu. Dia mengeluh. Dia tahu Myung Eun begitu dingin dengannya sejak berjumpa hari tu disebabkan salah dia juga. Chan Joo mengeluh sendiri. Ya, mmg salahnya.
Keesokannya , Chan Joo mengikut kata hati nya untuk pergi bertandang lagi ke rumah Puan Jihye. Dia mahu meminta maaf kepada Myung Eun dan juga Minhyuk. Chan Joo memarkir keretanya di suduh rumah Puan Jihye. Kebetulan, Puan Jihye yang sibuk membuat Kimchi bersama kakaknya Puan Jioh serta kakak Myung Eun iaitu Nara juga ada bersama anak tunggalnya, Kang Joon juga ada. Dia tak sedar pula bila Nara juga sudah pun berkahwin dan mempunyai seorang anak. Apa taknya, dia tinggalkan Korea sudah 10 tahun lamanya. Sudah tentu dia tak tahu apa2. Puan Jihye yang menyambut tetamunya itu segera membasuh tangan dan menjemput Chan Joo masuk. Chan Joo akur dan dgn berhati2 dia duduk di atas kerusi di rumah kedai milik Puan Jihye itu. Tak ada yg berubah pun. Masih sama dgn 10 tahun yang lepas. Chan Joo melilau ke sekitar rumah. Tiada kelibat Myung Eun dan Minhyuk pun. Mana mereka ya? "Apa hajat kamu datang kesini nak?", tanya Puan Jihye mesra. Chan Joo tersengih. "Saya datang ni nak jumpa Myung Eun dan Minhyuk makcik.Mana mereka ya?", soal Chan Joo ingin tahu. "Laa ..kamu lambat datang la.Budak berdua tu baru malam tadi bertolak balik ke Seoul", kata Puan Jihye lalu ketawa. Chan Joo terkedu.Balik Seoul? Mereka tinggal di Seoul?Sejak bila pula ni.. "Buat apa makcik?" "Kerja la Chan Joo.Hospital tu kadang-kadang tak cukup tangan doktor2 nak kendalikan pesakit.Banyak sangat.Lebih2 hujung minggu.Hmm terpaksa lah budak berdua tu balik malam tadi". Panjang lebar Puan Jihye memerangkannya sambil tangannya ligat menuangkan Chan Joo air teh. Chan Joo terkedu. Hospital? Apa yg cuba disampaikan oleh Puan Jihye? Dia tak berapa nak faham. "Mereka berdua kerja di hospital?", soal Chan Joo macam orang bodoh. "Yalah,Myung Eun dan Minhyuk tu baru lagi jadi doktor kat situ.Itupun punya susah supaya ditukar kesitu.". Chan Joo terkesima. Jadi,selama ini Minhyuk dan Myung Eun menghabiskan masa 10 tahun itu dgn memasuki bidang perubatan dan menjadi doktor? Chan Joo benar2 tidak percaya. Dia menghela nafas berat. "Hmm tak apalah makcik kalau macam tu.Saya nak gerak dulu nak cari mereka ni.Haha..Terima kasih makcik", kata Chan Joo meminta diri sambil berpura2 ketawa.Padahal dalam hati sudah sentap seribu. "Yalah..hati2 memandu..", pesan Puan Jihye. "Eh,kejap!Kamu kata nak cari mereka kan?", sambungnya lagi. Chan Joo pantas mengangguk. " Mari sini sekejap"
Chan Joo melihat alamat yang ditulis dalam secebis kertas itu. Itu ialah alamat rumah apartmen Myung Eun dan Minhyuk tinggal yg diberikan oleh Puan Jihye.Puan Jihye sungguh baik!Chan Joo terharu dan kemudiannya dia mengeluh. Mereka semua sudah berjaya. Dia juga mendengar khabar bahawa Bunny dan Yuki juga sudah membuka kedai kek bersama2 di Seoul. Minkyung pula? Chan Joo mendengus bila teringat kan perempuan bertopengkan syaitan itu. Tinggal dia seorang saja yang terkapai2. Hmmm..Perlu kah dia ke Seoul? Ya...dia perlu mencari kerja dan mencari Myung Eun juga. Dengan yakin,dia menghidupkan enjin untuk terus pulang ke rumah dan ingin packing baju untuk ke Seoul. Malam ini juga dia pergi. Seoul, i'm coming!
Chan Joo pergi seorang diri ke Seoul. Dalam pukul 2 pagi jugalah dia baru sampai Seoul. Mdngantuknya..Malam ini dia perlu menyewa hotel sebelum dia pergi ke alamat apartmen ini untuk menyewa disitu pula. Chan Joo kemudiannya berhenti di sebuah hotel berdekatan dan membawa sepasang baju tidur,barang kelengkapan mandi dan baju yg ingin dipakainya esok pagi lalu dibawanya ke lobi hotel untuk menyewa bilik. Matanya sudah tak tahan nak tidur dah ni. Huh..
Chan Joo merebahkan badannya di atas katil hotel itu. Empuknya tilam..boleh 3 hari 2 malam dia tidur ni..Tak sampai 10 minit, dia terlelap sendirian.
Cahaya mentari menusuk masuk ke dalam mata Chan Joo yang terpejam rapat. Chan Joo terbangun bila pedih matanya terkena silau matahari yg kuat melalui langsir tingkap yg terbuka luas. Chan Joo menepuk dahi. Baru dia sedar malam tadi dia terlupa nak tutup langsir. Dia mengeluh sendirian. Penat punya pasal sampai terlupa semuanya.Nasib dia ingat kunci pintu bilik kalau tak ,tak tahulah nasibnya. Sudahlah dia itu perempuan,sorang2 pulak tu. Chan Joo kemudiannya bangun dan mengambil kelengkapan mandi dan menuju ke bilik air. Dia mahu segera pergi ke apartmen itu.Chan Joo memandu dengan tenang. Pagi2 macam ini, banyak betul kereta dan lalu lintas sangat sesak. Maklumlah, orang nak pergi kerja awal pagi. Dia saja yang tercongok sorang2, tak kerja2 lagi. Chan Joo memasuki sebuah perkarangan apartmen berdasarkan alamat di atas kertas itu.Menurut Puan Jihye, apartmen itu sangat murah dan dalaman rumahnya juga sangat bagus. Chan Joo tersengih sendirian. Akhirnya dia berjaya menjumpai apartmen yg dicarinya. "APARTMEN UNTUK PENJAWAT AWAM DAN ORANG BEKERJA" . itulah yang ditulis di atas sebuah papan tanda sewaktu dia mula2 masuk ke situ. Ini ialah apartmen untuk org bekerja..Patutlah murah.
Sebarang urusan penyewaan telah dilakukan oleh Chan Joo di lobi apartmen itu. Dia menarik nafas lega.Dia segera mencapai kunci rumahnya. Dia mendapat rumah di tingkat 4 ,no 3. Chan Joo membawa sekali semua baju dan kelengkapan nya sekali. Sesekali dia menyanyi riang. Dia tak tahu kenapa dia begitu gembira sekali bila dia sampai di apartmen itu.Mungkin sebab dia begitu teruja hendak bertemu Myung Eun dan Minhyuk. Setelah sampai di depan pintu rumahnya, dia segera memasukinya dengan senyuman yang tak pernah lekang di bibir.

YOU ARE READING
MARRY IS A CRAZY THING
RomantiekChan Joo pulang ke Korea dan ingin berjumpa dengan sahabat2 yg dikenalinya sejak berumur 5 tahun lagi ketika zaman persekolahan dulu A.K.A kelab teater iaitu Myung Eun,Minhyuk, Bunny, Minkyung dan Yuki selepas dia menetap di New York selama 10 tahun...