BAB 13

10 2 0
                                    

[END FLASHBACK]

Ketukan di pintu rumahnya mematikan lamunan Chan Joo tentang perkara 4 bulan lepas. Terkocoh-kocoh dia bangun bila pintunya tu hampir nak roboh dek diketuk oleh org luar. Siapalah agaknya ketuk sampai nak tercabut ni? Pintu dibuka. Tergamam sebentar Chan Joo melihat susuk tinggi lampai di hadapannya itu. Lengkap berkemeja putih lagi. Baru balik kerja agaknya. Yalah sekarang dah nak dekat pukul 10:00 malam. Myung Eun menghulurkan sebungkus makanan kepada Chan Joo. "Awak dah makan belum? Kalau belum,ambil ni", sambungnya lagi. Chan Joo bagaikan org bodoh menyambut huluran plastik makanan itu. Jauh di dalam hatinya jgn cerita lah..Terharu gila! "Terima kasih" "Esok awak sibuk?" . Chan Joo mengangkat kepalanya menghadap Myung Eun. Mestilah tak sebok! Dia bukannya bekerja pun. Kerja pun tak ada! Chan Joo menggeleng. "Tak.Kenapa ya?"  "Esok,keluar dengan saya nak tak?Saya bawak jumpa kawan2 lama. Awak tak rindu ke?", tanyanya lagi lalu menyiku bahu Chan Joo dgn sikunya. Chan Joo pantas mencubit lengan lelaki itu lalu ketawa. "Jangan kata tak rindu tau! Ehh,dia ni. Nak kena.Mari sini" . Laju je tangan Chan Joo menyekeh kepala Myung Eun lalu memukul belakangnya. Begitulah kelakuan di dalam persahabatan mereka dulu. Haihh,,andainya masa boleh diputarkan semula...

"Chan Joo!! Serius la tu Chan Joo? Sekejap, aku x percaya!", Bunny sudah terjerit2. Kedatangan Myung Eun dan Chan Joo ke kedai kek milik Bunny itu benar2 meriuhkan suasana. Diikuti pula dgn Yuki dgn Minhyuk yg sudah terkekek2 melihat Chan Joo. Yalah, ternyata Chan Joo masih kelihatan 10 tahun yg dulu. Takde apa yg berubah pun. Tak macam diorang.10 thn berlalu, perubahan yg drastik telah berlaku. Ada yg jadi doktor dan bukak kedai kek.Tak disangka betul.

Jam di kereta Myung Eun menunjukkan hampir 10 malam. Hari ini, mereka menghabiskan masa berlima. Chan Joo menyeka air mata yang mula mengalir di pipi. Semua rakan2 nya masih tak lupa akan dirinya. Dia menepuk dahinya sendiri. Jadi, selama ini dia sorang saja yg lupa kawan.Tak guna betul kau ni Chan Joo! Elok biar merempat sendiri.Bila dah kena musibah , baru nak datang balik. Apa jenis kawan kau ni haa? Dia mula bermonolog sendiri.  "Chan Joo"
Satu suara menyedarkan dia dari lamunannya. Dia menoleh. Kelihatan Myung Eun di sisinya.
"Awak nak balik dah ke?Atau..nak pergi makan lagi?", tanya nya lagi.  "Ish awak ni.Kek yang Bunny bagi banyak sangat.Perut ni haa kenyang lagi",seraya dia memegang perutnya yg sudah sedia maklum mmg sendat. Dah tak boleh isi apa dah, kalau tak meletup nanti.
"Okey..jom balik.Esok awak nak kerja pulak". Myung Eun masuk lalu mengajak Chan Joo duduk di tempat pemandu.  Chan Joo duduk seperti org bodoh. Bukan sebab lain tapi dia cukup tersentak bila dengar perkataan 'kerja' tu. Sebenarnya, dia mana ada kerja lagi. Dia balik dari New York pun dgn tgn kosong. Ini semua sebab peristiwa pahitnya sehingga dia sanggup berhenti belajar di New York. Chan Joo mendengus sendirian. Myung Eun yg disebelahnya sudah terpempam.  "Kenapa?Awak penat eh?" "Haa??".  "Tak...awak tu dah penat sangat ni.Okey2 kita balik rumah cepat", Myung Eun lantas menarik hand break dan membuka enjin kereta lalu menekan pedal minyak. Chan Joo kembali termenung. Apalah nasibnya..kehidupannya mula berubah selepas ditipu hidup2 oleh jantan tak guna tu. ..Saya..saya...saya...takkan maafkan awak ,Joon Soo.

Tangan Chan Joo menggeletar memegang segelas air kosong di atas meja. Dia yang sudah terbaring lesu di atas katil mula bangun untuk duduk. Tak selesa la pulak asyik baring je. Dia memegang dahi sendiri. Mak aihh..panasnya. Kau dah kenapa ni Chan Joo? Takkanlah terharu jumpa member2 lama semalam sampai demam petang ni..aduhai..lemah betul. Chan Joo mengeluh sendirian. Dia benar2 tak larat nak bangun. Kakinya rasa mcm diikat atas katil tu. Tak boleh nak berjalan sikit pun. Kepala pun dah rasa mcm mkn pil kuda dah. Terhuyung-hayang rasanya. Dia memicit pelipis2 dahi. Sedapnya kalau ada org yg picit ni kan..untungnya kalau org tu suami kita sendiri kan? Wuu bestnya..Chan Joo tersenyum sendirian. Ish kau ni Chan Joo, sakit2 pun masih ada lagi kegatalan kau eh..tak padan sakit. Angan2 nya terhenti bila ada org ketuk pintunya kuat dri luar. Kuat pula tu. Siapa agaknya ya? Myung Eun ke? Nak apa?.. Chan Joo mengeluh. Sudah la dirinya tak larat..ahhh..Daun pintu dibuka perlahan.  "Annyeong.." suara Chan Joo yg lesu kedengaran.  "Awak okey ke ni?" . Chan Joo tersenyum pahit lalu mengangguk.  "Ishh, pucat ni!" , suara Myung Eun naik seoktaf.Terkejut sebenarnya. Chan Joo berusaha untuk tersenyum. Agak2 la pun nak tipu. Yg diri di hadapan tu bukannya buruh buat bangunan tu. Itu doktor!  "Kenapa ya?Ada apa2 ke?", sedaya-upaya Chan Joo bertanya. Matanya sudah hendak tertutup rasanya. Tanpa menunggu balasan dari Myung Eun, Chan Joo dapat merasakan semua pandangan mula menjadi gelap-gelita. Semuanya seperti ingin memasuki sebuah tempat yg gelap dan kosong. Okey..dia rebah di situ..

Matanya dibuka perlahan.Kini, dia dapat melihat setiap sudut di situ. Serba-serbi putih. Dengan terkejutnya dia segera membuka matanya luas. Kepalanya berasa begitu berat sekali.Hebat sekali penangan pening kepala. Di mana aku ni?! Alam apakah ini? Ya Tuhan, aku tak mahu mati lagi! Dia mula resah disitu. Tiba2 rasa lengannya dipegang seseorang.  "Chan Joo! Chan Joo!" , suara itu mula memanggilnya. Kelihatan Myung Eun di sisinya. Lengkap dengan pakaian doktornya. Chan Joo mula sedar dari alamnya bila tengok papan tanda "Emergency Ward" di situ. Oh kat wad kecemasan rupanya. Dia menghela nafas lega. Tapi...kenapa aku kat sini?! Mcm mana aku boleh sampai sini?! Chan Joo kembali panik bila memikirkan hal tu dan Myung Eun datang bersama sedulang alat picagari untuk ujian ambil darah dan jarum pemasukan air.

Chan Joo diusung ke wad biasa. Huh, dia terpaksa masuk wad beberapa hari kerana demamnya masih belum kebah. Aduhai..cengeng betul.Demam sampai masuk hospital.huh. Chan Joo terbaring letih di atas katil wad. Ini kali pertama dalam hidupnya masuk wad seorang diri. Ibunya cakap,masuk wad umpama sebuah neraka. Lebih2 lagi bila merasai makanannya bila time makan dan pengalaman pada malam dinihari. Sungguh menyeramkan bila memikirkan hal tu. Eomma! Nak balik! Chan Joo meraung. Tapi cuma di dalam hati saja. Pintu dikuak dari luar . Terkejut beruk dibuatnya. Myung Eun datang dengan pakaian doktornya. Dia syif malam la kot sebab dah nak pukul 10:00 malam ni. Senyuman dihadiahkan buat Chan Joo. Terpegun sebentar Chan Joo.
"Dah makan?", tanya Myung Eun lalu duduk di birai katil. Chan Joo menggeleng. Dia terlelap selepas kena cucuk jarum tadi sampailah sekarang baru bangun. Mmg tak sempat nak hadam apa2 makanan lagi.
"Awak pengsan petang tadi.Jadi,saya terus bawa awak ke sini", ujarnya lagi. Chan Joo termenung lalu mengangguk perlahan. "Terima kasih banyak2", Chan Joo bersuara. Sekejap...naik apa dia datang sini..maksudnya..mcm mana..
"Err..naik apa....".   Pipinya mula rasa membahang . Aduh , kau ni Chan Joo ..orang dah tolong , kau banyak songeh pulak.  "Awak pengsan, takkanlah saya nak suruh kambing Makcik Kedai Bawah tu bawak awak pulak?", kedengaran Myung Eun ketawa. Chan Joo mengetap bibir. Pipinya mula berona merah. Jadi, Myung Eun mendukungnya.Tiba2...
Dup Dap..

Dap Dup...

Dup Dap...

Eh ,kenapa dia berdebar ni. Dikerling lelaki di sebelahnya itu. Ya Tuhan , malunya! Ish kenapa dengan aku ni? Jangan kata aku sudah jatuh cinta dengan...Ish Chan Joo sedar diri sikit! Org tu baru dukung kau , kau dah jatuh cinta.Gatal! Wuu bestnya kena dukung..Dia dah boleh bayangkan.. Chan Joo diam tanpa kata. Dia sibuk melayani perasaannya. Tiba2 Myung Eun menadah tangan di hadapanya. Bertaut kening Chan Joo bila melihat tingkah laku pelik Myung Eun itu.  "Nak apa ni? Upah ke?". "Upah apa pulak makcik oii..Saya ikhlas dukung awak tadi", ujar Myung Eun lali tersenyum ke arahnya. Chan Joo segera memandang lelaki di sebelahnya itu. Tersentak dibuatnya apabila Myung Eun mengenyit mata ke arahnya. Ish! Mamat ni dah kenapa? Wayar putus lagi ke ni? Ataupun mood 'miang' dah datang.  Myung Eun geli hati apabila melihat Chan Joo yg sudah tidak keruan itu.
"Kunci rumah lah", kata Myung Eun.  "Haa?Buat apa?!", separuh jerit Chan Joo bertanya. Buat apa nak kunci rumahnya? Doktor kot, takkan nak merompak rumah org pulak.  "Perlahan la sikit suara tu.Org lain nak tidur juga."  Chan Joo menekup mulutnya . "Buat apa?", sambungnya lagi, separuh berbisik.  "Kemas baju awak lah. Awak nak tidur wad kan.Taknak bawak barang2 berharga awak ke?". Myung Eun berdiri sambil bercekak pinggang. Chan Joo meraba2 poket seluarnya. Haa,mmg ada kunci rumah didalamnya. Peliknya~mcm mana boleh ada dlm poketnya pulak?  "Saya yang taruh", Myung Eun bersuara tiba2 dengan menunjukkan riak bosannya. Eh, ahli nujum pak belalang ke kau ni? Chan Joo segera memberi kunci rumahnya kepada Eun.
"Esok saya bawak.Awak rehat dulu.Jangan merayau pulak.Sini banyak hantu ", pesan Myung Eun lalu tersenyum sinis.  "Eh, apa hantu2 ni? Takutlah! Jangan lah mention!", Chan Joo mula mencebik. Dia cukup anti dengan perkataan 'hantu' , mmg dia takkan tidur malam kalau ingat benda alah tu.   "Okeylah, saya balik dulu. Ingat pesan saya. " 
Myung Eun berjalan perlahan menuju ke pintu lalu menutupnya. Chan Joo mula terkebil2 di atas katil sendirian. Apa aku nak buat ni? Haihh..tidur jelah..ahh!!! Kenapa mamat tu mention 'hantu'?!!! Why???!! Why???!! Huhu..

MARRY IS A CRAZY THINGWhere stories live. Discover now