BAB 15

12 2 1
                                    

Pembedahan Pakcik Lee Yoo Jin berjalan dengan lancar. Katilnya diusung keluar dari dewan pembedahan untuk menuju ke wad rawatan. Makcik Hong Ran dan Won Young pula setia menunggu di ruangan menunggu. Di dalam hati, jangan cakapla , masih mengharap agar ketua keluarga mereka itu hidup sediakala seperti dulu. Figura Myung Eun muncul bersama senyuman di bibir. Dia lega. Ya, dia lega sebenarnya. Walaupun dia membantah kata2 senior untuk melakukan pembedahan tersebut, dia bersyukur kerana pembedahan itu berjaya dilaksanakannya. Walaupun , peluang untuk sembuh sepenuhnya amat tipis. Tapi sekurang2 nya , ia dapat mengurangkan kesakitan yg Pakcik Lee Yoo Jin alami.
"Suami makcik dah ada kat wad.Mari ikut saya", ujar Myung Eun. Makcik Hong Ran dan Won Young yg mendengarnya mula tersentak kegembiraan bersama air mata lalu mengikut Myung Eun dari belakang.

         INTENSIVE CARE WARD

Pakcik Lee Yoo Jin terbaring lesu di atas katil. Terbit rasa bahagia di hati Makcik Hong Ran tatkala melihat suaminya yg sudah bersama hampir 23 tahun itu sudah menunjukkan tanda-tanda positif. Won Young terdiam seketika. Dia kemudiannya mengerling ke arah Myung Eun yg berdiri setentang di hadapannya. Lelaki itu kelihatan gembira sekali. Wajah lelaki itu yg cukup gembira serta dihiasi 2 lesung pipit di pipi itulah yg menusuk hati kalbu perempuannya sejak kali pertama bertemu. Dia memang betul2 sudah jatuh cinta terhadap doktor itu. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Dia sendiri tak tahu.  "Saya tak pasti.Tapi,pakcik Lee Yoo Jin pasti akan sedar tak lama lagi".  Suara Myung Eun menghentikan lamunan Won Young. Ternyata Myung Eun dan ibunya sedang rancak berbual.  "Err..Nanti boleh la anak makcik jaga pakcik.Di sini,bukan boleh harap sangat nurse-nurse nya", ujar Myung Eun , gugup seketika. Dari tadi , Won Young tak habis2 memerhatikannya. Seperti dia pulak yg jadi penjenayah.  "Eh,boleh je! Dia ni duduk rumah,tidur saja.Sekali-sekala susah apa salahnya?Lagipun, ayah kamu jugak! ", ujar Makcik Hong Ran. Won Young sekadar mengangguk,malu.  "Saya faham makcik. Anak dara sekarang memang macam tu.Dulu, kakak saya pun macam tu jugak.Sekarang dah rajin sikit.Mungkin suaminya garang sangat ", kata Myung Eun lalu tersengih. Senang2 saja dia bukak tembelang kakaknya. Kedengaran Makcik Hong Ran dan Myung Eun ketawa. Won Young terkebil2 di sebelah katil ayahnya berseorangan. Dia mmg bukan jenis yg ramah sangat jadi dia tak tahu apa yg nak disembangkan. 

Jarum jam menunjukkan pukul 6 petang. Makcik Hong Ran dan Won Young ingin pulang dulu.  Maklumla , mereka ke hospital naik bas je. Ada kereta , tapi Won Young tak ada lesen la pulak. Umur sudah 22 tahun tapi pemalas nak ambil lesen memandu.  "Esok kamu jaga ayah kamu.Mak ada hal sikit", ujar Makcik Hong Ran memecahkan suasana. Won Young mengangguk. "Kamu ni dari tadi angguk2 mcm burung belatuk dah kenapa?".  "Eomma~".  "Apa?".  "Doktor tuuu..".  "Haa..kenapa?!", jerkah Makcik Hong Ran tiba2. Ayatnya sudah tergantung.  Won Young meneguk air liur. Takut pulak hendak bertanya.  "Hmm..doktor tu single lagi ke?".  "Haa?Kenapa kamu tanya?".  Won Young mula memuncung.  "Dia kata dia baru lepas putus tunang dulu.Sebab tunang dia ada teman lelaki lain", ujar Makcik Hong Ran.  Won Young terkesima. Ada teman lelaki lain? Butakah tunang dia itu? Baginya , Myung Eun sudah cukup sempurna di matanya. Kacak,tinggi,peramah,baik,kerja doktor lagi. Dia menggumam sendirian. Ish ish ish..memang bodoh betul tunang dia itu.  "Haa..yg kamu ni risau semacam ni dah kenapa?". Pelik pulak dia melihat reaksi anak perempuannya itu. Kalah org yg frust putus tunang tu. Haih ... Won Young terdiam. Masih ada peluang kah dia?

"Selamat pulang",ujar Myung Eun seraya mengeluarkan jarum dari tangan Seo Chan Joo. Chan Joo menjeling. Kenapa mamat ni? Suka ke kalau aku duduk hospital ni sorang2?  "Saya memang nak cepat keluar.Saya nak cari kerja". Laju saja mulut dia kata nak 'cari kerja' itu.  Seo Chan Joo mula resah. Rahsia dia balik semula ke Korea dgn tgn kosong hanya diri nya sorang yg tahu. Myung Eun memandang pelik ke arahnya.  "Cari kerja?". 
"Haa a--apa?", soal Chan Joo semula, berpura2 tak tahu.  "Tak..awak tu..Cari kerja buat apa?". Ketika ini, Myung Eun memandang tepat ke arahnya membuatkan dia gelisah.   "Part..haa. Part time! " . Chan Joo sudah tergagap2.  Myung Eun mula mengerutkan dahi lalu mengangguk perlahan2.  "Rajinnya..", dia menggumam perlahan.  "Yalah,bukan macam awak, pemalas!", selamba badak saja dia mengata lalu menjuihkan bibirnya. Tak sedar diri, dia yg takde kerja pandai2 kutuk orang. Myung Eun tersengih. Lepas habis syif ni , dia akan lepak di kedai makan bersama Minhyuk. Itulah kerja nya. Chan Joo bangun lalu mengemas semua barang2 yang hendak dibawa pulang. Haihh..terpaksa angkut semua ni naik bas.  Kelihatan Myung Eun turut membantunya mengemas barang. Terdetik perasaan bahagia melihat tingkah laku Myung Eun terhadapnya sejak kebelakangan ini. Myung Eun selalu mengambil berat terhadapnya. Dia tersenyum sendirian.   "Balik naik apa?" . Chan Joo sekadar menjongketkan bahunya. Dia pun tak tahu sebenarnya. Antara teksi atau bas..hmm..teksi ..bas..teksi..bas....teksi..bas...myung Eun..eh?  
"Nak malam ni.Saya hantar", ujar Myung Eun. Chan Joo terpegun seketika. Dia salah dengar kah? 
"Boleh ke?Awak tengah kerja kan..".  "Dah nak habis dah syif saya.Alang2 tu, saya hantar awak sekali".  Chan Joo tersenyum.
"Terima kasih" .   "My pleasure.Kemaslah dulu.Nanti saya datang balik", ujar Myung Eun lalu berjalan keluar. Chan Joo memandang langkah lelaki itu berjalan keluar. Senyuman bahagia mula terukir di bibirnya.

Myung Eun mengangkat barang2 Chan Joo lalu memasukkan ke dalam bonet kereta. Chan Joo pula sudah lebuh masuk dalam kereta. Macam kereta bapak dia pula. "Nak pergi mana2 tak lepas ni?", tanya Myung Eun seraya duduk di seat pemandu. Sebelahnya pula Seo Chan Joo.
Chan Joo menggeleng. Dia letih. Di matanya sekarang cuma ada katil di biliknya saja. Ahh! Rindunya dia pada katil king sizenya itu.  "Okey". Angan2 Chan Joo kian hilang apabila ternampak sekeping gambar yg berada di atas dashboard kereta. Laju saja tangan dia mengambil gambar itu. Kelihatan Myung Eun sedang bergambar mesra bersama seorang perempuan. Siapakah perempuan itu? Tak pernah nampak pun.  "Siapa ni?" , tanya Chan Joo. Tatkala hatinya menjerit sakit hati melihat gambar itu. Berkecai putik2 cintanya terhadap Myung Eun sebelum ini.  "Mana?"  "Ni..". Chan Joo mula melayang2 kan gambar itu.  "Ohh tu...itu junior kita waktu sekolah dulu.Dia adik Tae Woo. Saya terserempak dgn dia kat kedai buku. Dia yg tegur saya dulu", ujar Myung Eun lalu terkekeh-kekeh ketawa. Tak sangka masih ada junior2 sekolah dulu yg masih dpt cam mukanya. Yalah, waktu kat skolah dulu, dia cukup serabut dan tidak kemas. Apatah lagi dgn mulut becoknya cukup dibenci oleh para wanita hot stuff..haha. Dia ketawa lagi. Chan Joo yg mendengarnya menarik nafas lega..ingatkan girlfriend dia.. Mana tahu kan?  "Tae Woo? Yang mana?".  Yalah,,Tae Woo ada 2 kan..satu gay..satu anak makcik kantin dulu.. "Yang awak reject dia dulu", ujar Myung Eun masih tak berhenti lagi gelaknya. Ohh..jadi Tae Woo anak makcik kantin lah. Chan Joo mengangguk lalu meletakkan semula gambar itu ke dashboard kereta.  "Dia kerja mana sekarang?",tanya Chan Joo ,prihatin. Bukan dia tak kesian ketika dia menolak cinta Tae Woo dahulu. Tapi, dia terpaksa kerana cinta tak boleh dipaksa untuk menyukai seseorang itu.  "Dia dan adiknya kerja kedai buku", ujar Myung Eun lalu melepaskan tawa lagi. Haihh..mamat ni wayar putus betul.  "Kitaorang selalu lepak sama2 kalau free", sambungnya lagi.  "Ohh..", itu saja yg keluar dari mulut Chan Joo. Dia terkedu sebenarnya. Budak2 yg satu skolah dengannya dulu, tidak lah bekerja di tempat2 yg jauh rupanya. Chan Joo menguap beberapa kali sehingga dia sendiri tak tahu bila dia terlelap.

MARRY IS A CRAZY THINGWhere stories live. Discover now