Chan Joo baring di atas katil biliknya. Walaupun hari ini merupakan hari yg sangat penat sebab belanja Myung Eun makan tadi tapi dia suka sebenarnya. Dia lega kerana hubungan nya dgn Myung Eun masih tidak retak dan masih utuh walaupun sudah 10 tahun tidak berjumpa.Selepas belanja Myung Eun aiskrim tadi , mereka terus bergerak pulang. Myung Eun nak masuk kerja katanya. Senyuman di bibir Chan Joo kian mati apabila teringatkan soalan yg diutarakan oleh Myung Eun kepadanya. Soalan itu masih kedengaran terngiang-ngiang di telinganya. Kenapa dan tujuan apa dia pulang semula ke Korea? Semuanya bermula disebabkan peristiwa pahit yang dia takkan lupakan sewaktu di New York dulu. Jika diingatkan semula, hatinya bagai disiat2 dgn hirisan pisau yg nipis bilahnya. Perlahan2 air mata menuruni lalu jatuh di atas tilam katil itu tatkala dia sedang baring. Sampai hati awak tipu saya, Joon Soo! Saya bencikan awak! Saya takkan maafkan awak seumur hidup saya!

YOU ARE READING
MARRY IS A CRAZY THING
RomanceChan Joo pulang ke Korea dan ingin berjumpa dengan sahabat2 yg dikenalinya sejak berumur 5 tahun lagi ketika zaman persekolahan dulu A.K.A kelab teater iaitu Myung Eun,Minhyuk, Bunny, Minkyung dan Yuki selepas dia menetap di New York selama 10 tahun...