Semua ahli kelab teater keluar dengan muka yang cemberut. Apa taknya, kelab teater Sekolah Tinggi Honggik kali ini telah mencipta rekod baru mendapat tempat terakhir dalam pementasan teater. Ini disebabkan watak protagonis iaitu Puteri Chowon telah lenyap pada saat2 akhir.Akhirnya habis tunggang langgang prolog and epilog persembahan.Skrip sudah melayang kemana, plot sudah lesap entah mana pergi. Masing2 mengeluh perlahan. Myung Eun melangkah terlebih dahulu keluar dari dewan itu.Mencari ketenangan untuk mengubat hatinya yang berasap mcm larva gunung berapi agaknya. Dia sungguh begitu marah melihat sikap Minkyung yang senang2 ikut kata hati sendiri pergi meninggalkan mereka semata2 nak tengok Joon Soo tu main basketball! Buat mcm kelab ni bapak dia punya pulak. Mangsanya,dia selaku ketua pengubah persembahan teater serta ahli2 teater yang memegang watak cerita itu terpaksa menanggung malu yang amat sangat. Akibat dan padahnya, mereka telah kalah.Inilah kali pertama tahu tak!
"Terima kasih temankan saya hari ni.Menyusahkan awak pulak", ujar Joon Soo setelah selesai bermain basketball. "Eh tak apa.Saya suka," ujar Chan Joo lalu tersenyum hambar.Apa taknya, hakikatnya dia amat membenci melihat org lain bersukan.Mmg mcm menunggu org mati pun. Joon Soo yang melihat muka Chan Joo yang berubah riak , segera mengambil sehelai sapu tangan miliknya lalu mengesat peluh di dahi Chan Joo yang mengalir perlahan2. Chan Joo tersentak lalu mengukir senyuman suka.Dalam hati tak usah cakaplah.Sudah berpesta keriangan agaknya. "Kesian awak.Tunggu saya 2jam lebih kat sini sorang2.Peluh-peluh ni haa", kata Joon Soo.Tangannya masih ralit mengesat peluh di muka Chan Joo. Chan Joo pula hanya merelakan tanda dia begitu syok..
Bunny meletakkan sepotong kek yang dibuatnya sendiri di atas sepiring pinggan leper.Dia mmg pandai membuat kek dan bercita2 ingin membuka kedai kek sendiri bila bekerja nanti. Pinggan itu kemudiannya dihulurkan kepada Myung Eun yang memang senyap sejak balik sekolah tadi. Belum sempat piring kek itu diberikan kepada Myung Eun, Minhyuk sudah terlebih dahulu menyambarnya. "Sorry saya lapar", ujar Minhyuk lalu mengangkat dua jari,tanda peace.Ingat comel la tu? Myung Eun menjeling kegeraman. "Laa..saya ingatkan awak marah sampai tak ingat makan dah", perli Minhyuk lalu mengerling Myung Eun yang duduk di hadapannya. Myung Eun bangun lalu mangambil sepiring pinggan lalu memberinya kepada Bunny. "Saya masih ada perut.Bunny,letak dua", arah Myung Eun. Wajahnya masih menunjukkan muka serius,tiada tanda2 yg dia sedang bergurau. Bunny menurut. "Saya peliklah." Kata2 Bunny itu mengundang tanda tanya yang ada disitu. "Apa yang pelik?", tanya Minhyuk kehairanan. "Chan Joo tu nak keluar dari kelab ini ke?Asyik nak mengelak dari kita je". Bunny menggumam.Itulah apa yang dia rasakan sekarang.Chan Joo asyik tiada masa untuk bersama diorang.Tengoklah,waktu birthday dia dulu pun Chan Joo tak datang juga.Semua yang ada di situ hanya terkebil-kebil. Ada benarnya juga kata Bunny itu. Yuki sekadar angkat bahu.Dia sebenarnya tak faham juga mood Chan Joo sebenarnya.
Petang selepas lepak daripada rumah Bunny, Myung Eun pulang ke rumah sendirian.Minhyuk ajak dia main basketball di padang.Tapi,bila teringat kan basketball,hatinya sakit gila! Mcm disiat2. Disebabkan itu, maruah kelab teater sudah tercalar.Hilang terus mood dia nak bermain.
Myung Eun hanya pulang berjalan kaki.Selepas itu, dia singgah sekejap ke Kedai Makcik Bong A.K.A Makcik Singa Betina.Cadangnya nak minta kerja part time kat situ. Dari hari tu pujuk,tak dapat2! "Kamu ni,makcik rela bagi kamu makan percuma kat sini,daripada kamu kerja di sini!", Makcik Bong membebel2 sambil membasuh pinggan mangkuk di singki. Myung Eun mengeluh. "Please makcik. Saya nak menabung ni" "Baru sekarang kamu nak menabung?Dah besar2 alam ni pun kamu baru nak fikir nak menabung.Haihh, tunggu habis belajar ,kerja kan bagus.Simpan duit,beli barang apa yang kamu nak" . Makcik Bong membebel bagai nak rak di dapur. Dia bukannya kedekut tak bagi budak tu kerja kat sini,cuma bila Si budak Myung Eun tu kerja kat sini,boleh terabai pelajarannya nanti bila asyik busy kerja je.Better habis belajar ,barulah fikir cari kerja part time. Makcik Bong berpusing ke belakang dan dia hampir terkejut jatuh tergolek bila Myung Eun berdiri tegak di hadapannya sambil memegang sekuntum bunga. Bilalah budak ni masuk dapur?Dah tu bawak bunga?untuk apa lah..Buang tabiat ke apa. "Hissh kamu ni kenapa?Layan kamu ni sampai esok tak habis!" "Takpelah kalau makcik tak bagi.Saya nak balik.Nah,ni untuk makcik.Saya baru petik kat depan kedai ni". Myung Eun menghulurkan bunga itu kepada Makcik Bong dan dengan perasaan teragak2 org tua tu mengambilnya. Makcik Bong merenung bunga tu lama.Macam kenal je bunga ni...Sekejap.....Ehh....Kejap..Ni kan...Ni..kan.....Ehh?! Ni kan pokok bunga yang aku tanam 3 bulan lepas.Baru tumbuh sekuntum bunga.Punya lah susah dia menjaga bunga tu. Tak pernah skip bagi air dan ganti baja. Makcik Bong mengerling Myung Eun yang tersengih di hadapannya. "Sini kamu!!", jerit Mak Cik Bong lalu mengejar Myung Eun yang sudah melarikan diri dari kedainya dengan sebelah tangan kirinya memegang senduk untuk ketuk sekali kepala budak tu.Myung Eun tercungap2 selepas dikejar oleh Makcik Singa Betina tadi.Dia ketawa sendirian.Dia pun tak tahu sebenarnya itu pokok bunga kepunyaan Makcik Bong. Dia pakai main petik je.Ingatkan bunga rumput! Cadangnya mahu membodek Mak Cik Bong dengan bunga tu, tapi lain pulak jadinya. Dia ketawa lagi. Namun ketawa nya mati apabila tertangkap sebuah kereta yang dipandu begitu perlahan dari arah yang tidak begitu jauh darinya. Dia memerhatikan kereta itu lama..dan ya...pemandu kereta itu ialah Joon Soo dan perempuan di sebelahnya pula ialah...sekejap...dia memerhati lagi.. Ya Tuhan! Myung Eun menekup mulutnya seakan2 tidak percaya apa yg dia lihat sekejap tadi. Minkyung? Apa yg Joon Soo dan Minkyung buat pada petang2 hampir senja ketika ini? Dan mereka terlihat begitu mesra sekali. Bukankah sekarang Joon Soo itu sedang hampir melayari percintaan bersama-sama Chan Joo? Sekali lagi Myung Eun terkebil-kebil berseorangan disitu melihat kereta itu menderum perlahan meninggalkannya.
YOU ARE READING
MARRY IS A CRAZY THING
RomantiekChan Joo pulang ke Korea dan ingin berjumpa dengan sahabat2 yg dikenalinya sejak berumur 5 tahun lagi ketika zaman persekolahan dulu A.K.A kelab teater iaitu Myung Eun,Minhyuk, Bunny, Minkyung dan Yuki selepas dia menetap di New York selama 10 tahun...