BAB 14

7 2 0
                                        

"Ada orang di dalam?"
Chan Joo mengetuk2 pintu tandas itu dari luar. Sekali ketuk , senyap je. Dua kali ketuk, kedengaran air terbuka dari dalam. Huh , Chan Joo mendengus. Buat apa la orang dalam ni lama sangat? Dia nak mandi pun susah. Dia kemudiannya keluar untuk masuk semula ke wad.

Sesampainya di wad, semua kelengkapan barangnya termasuk kunci rumah dan telefonnya sudah ada di atas meja. Sudah tentulah Myung Eun yg membawanya. Boleh harap juga mamat tu. Chan Joo terduduk di atas katil. Ibunya tak tahu dia masuk hospital ni. Nak bagitahu ke tak ya..Hmmm.. "Chan Joo?". Pantas Chan Joo memandang ke atas. Kelihatan Myung Eun yg lengkap berpakaian doktor sudah ada di hadapannya bersama bungkusan makanan di tangannya. Syif pagi kah dia?  "Selamat pagi doktor",ujar Chan Joo lalu tersenyum. Myung Eun mencebik. "Nah makan dulu.Dari semalam awak tak makan". Myung Eun meletakkan bungkusan makanan itu di atas meja. "Hmm..Terima kasih".  
"Haa?Tak mandi lagi?Patutlah busuk!", kata Myung Eun seraya menutup hidungnya. Ish, mamat ni dah kenapa? Chan Joo menghidu bau badannya. Huhu~ mmg busuk pun. Sadisnya hidup. Dia lalu bangun untuk ke tandas semula. Dia tidak mahu jadi kambing pulak.

Myung Eun dan Minhyuk memandang pesakit yang bernama Lee Yoo Jin dengan pandangan kosong setelah mereka berdua bertungkus-lumus menyelamatkan kondisi pesakit Lee Yoo Jin di wad kecemasan tadi. Sekarang, pesakit Lee Yoo Jin itu sudah tak sedarkan diri.
"Pesakit Lee Yoo Jin berusia 52 tahun , mengalami kekoyakan di bahagian aorta.Tuan perlu lakukan pembedahan secepat mungkin untuk mengelakkan jangkitan kuman". Panjang lebar Minhyuk menerangkan kepada 2 doktor yang berjawatan besar di bawah Jabatan Pembedahan Am.
2 doktor di hadapan mereka iaitu Doktor Kim dan Doktor In Hak sibuk berpandangan sesama sendiri. "Kenapa pulak?Menurut imbasan CT yang kita jalankan tadi, walaupun melakukan pembedahan,peratusan untuk sembuh sangatlah rendah", ujar Doktor Kim. Myung Eun yang mendengarnya mula mengerutkan dahi tanda tak berpuas hati. "Tapi kita boleh memanjangkan jangka masa dia untuk bertahan", Myung Eun menyuarakan pendapatnya. 
"Kenapa awak berdua ni beria2 pula?", tanya Doktor In Hak lalu tersenyum sinis. Apa lagi..terkejut beruk la 2 doktor junior tu.  "Err..tapi keadaan pakcik Lee Yoo Jin betul2 terdesak takkan nak biarkan dia..".    "Awak tahu tak dia umur berapa? 52 kan? Dia amat berisiko untuk lakukan pembedahan ini", laju saja Doktor Kim memotong percakapan Minhyuk.  "Tapi,kalau kita lakukan pembedahan ini , kemungkinan boleh mengurangkan kesakitan pakcik Lee Yoo Jin. Selepas pembedahan , kita boleh bagi dia rawatan intensif pula",kata Myung Eun, taknak mengaku kalah.  "Huh,sejak bila awak berdua jadi begitu bijak pula ni?Apa2 pun, saya tak boleh sertai kerana saya banyak appoinment yang perlu dibuat", kata Doktor In Hak, acuh tak acuh.  "Saya juga", sampuk Doktor Kim pula.  Myung Eun dan Minhyuk pula sudah terlopong begitu. Aikk..takkan 2 doktor senior mereka ini hendak melarikan diri pula.   "Bagi saya keizinan buat pembedahan ni , sunbaenim". Myung Eun bersuara.  "Yah! Mentang2 pengarah selalu puji awak,awak nak tunjuk pandai pula?", Doktor Kim mula melenting.  "Saya bukannya nak tunjuk pandai tapi ini tugas sebagai doktor.Walau apapun terjadi, saya takkan biarkan pakcik Lee Yoo Jin mati dulu!", ujar Myung Eun dengan suara yang sudah mula meninggi. Dia sudah tak boleh bersabar dengan seniornya yang hanya buat endah tak endah saja. 
"Awak ingat pembedahan ini hanya 2 atau 3 jam saja? Dengan bakat yang awak ada , mampukah awak melakukannya?", sindir Doktor In Hak pula.  Myung Eun tersenyum sinis.  "Kalau begitu, izinkan saya buat pembedahan." 
"Huh,budak ini mahu tunjuk berlagak pula.In Hak izinkan saja kalau dia mahu sangat!". Doktor Kim sudah mula menayangkan riak menyampah. Myung Eun dan Minhyuk yang mendengarnya mula tersengih. Tak ada perasaan bersalah langsung melawan senior.

"Makcik sila sain di sini. Kami akan lakukan pembedahan suami makcik selepas makcik beri persetujuan", kata Myung Eun . Isteri Pakcik Lee Yoo Jin , Makcik Hong Ran mengangguk laju. "Saya izinkan doktor,saya izinkan",katanya lalu mengesat tubir matanya yg sudah mula basah. Dengan pantas , dia menandatangani surat persetujuan pembedahan suaminya.  "Eomma di sini rupanya" tiba2 muncul seorang perempuan datang ke bilik itu.
"Penat saya cari tau", kata perempuan itu lalu memuncung. "Kamu yang menghilang dulu.Baik eomma buat sorang je", kata Makcik Hong Ran sambil mencebik. Menunggu anak perempuannya,Won Young boleh buat dia mati dulu.  "Maafkan anak saya doktor.Dia memang kecoh sikit".  Won Young yg baru perasan kehadiran doktor di hadapannya mula tersentak. Matanya tak lepas memandang doktor tersebut. Wah, kacaknya! Entah kenapa bibirnya mula mengukir senyuman. Pantas Makcik Hong Ran menyikunya. Gatal betul anak daranya nak mengurat anak teruna org pula. Ish! Sempat lagi tu! Myung Eun hanya tersenyum mesra melihat anak-beranak di hadapannya itu.
"Err..terima kasih doktor", kata Won Young selepas mereka meminta diri untuk pulang. 
"Haa? Tak ada apalah. Selagi saya boleh buat, saya buat", ujar Myung Eun lalu tersenyum. Ahh!! Senyuman tu boleh meragut hati perempuannya. Okey Won Young ,rileks rileks. Jangan over sangat.  "Okay, saya balik dulu. Jumpa lagi", katanya sebagai kata2 akhir perjumpaan pertama mereka. Won Young berjalan dengan cepat lalu memegang dadanya. Kenapa berdebar lain macam ni? Ish , takkan dia sudah jatuh cinta pada pandangan pertama? Tapi sejujurnya , dia memang berkenan dengan doktor itu. Eommaaaa...~ tolong Won Young. Kalau eomma nya tahu dia menyukai doktor itu, sudah tentu eomma menyekeh kepalanya . "Gatal sangat kamu ni.Pantang nampak lelaki hensem sikit,dah sangkut" . Itu saja bebelan eomma nya kalau dia bagitahu setiap kali dia jumpa dengan lelaki kacak. Hmm...bujang lagikah doktor tu?

MARRY IS A CRAZY THINGTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang