BAB 6

17 3 0
                                    

"Terima kasih.Menyusahkan awak pulak", kata Joon Soo sebaik saja menerima secawan mocha dari Chan Joo. Petang itu, kelas mereka buat kelas tambahan pulak.Sudah tentulah balik lewat. Chan Joo sekadar tersengih. Tapi bila tengok Joon Soo turut melemparkan senyuman kepadanya, Oh my God...Chan Joo dah rasa pipi dia dah berbahang.Blushing gila muka dia. Apa nak buat ni?..
"Terima kasih". Joon Soo mengulangi ayat yang sama. Chan Joo pulak? Dia pulak dah rasa macam duduk atas awan dan ingin terbang bersama2 Joon Soo. Bila tengok Chan Joo diam sedemikian rupa, Joon Soo segera memegang tangannya dan menariknya untuk duduk bersama-samanya. " Penat berdiri.Duduk lah dulu", kata Joon Soo lalu tersenyum. Chan Joo di hadapannya dah macam org tak siuman lalu mengangguk perlahan2.

"Eh kat sini awak rupanya! Penat kitaorang cari". Chan Joo segera menoleh ke belakang. Aduhai. Kenapa la time dia nak syok2 dgn Joon Soo, mamat Myung Eun ni mesti ada? Haihh sabar je lah. Tak reti nak balik rumah ke? Dah tu, bawak pulak kaum kerabatnya datang sekali.
" Sorry.Saya ada tuisyen.Kenapa?",soal Chan Joo pulak.Kalau boleh, nak bagi diorang blah dulu. "Oh yeke?Kitaorg pun nak adakan mesyuarat untuk kelab teater sekejap lagi.Baru cadang nak lantik awak jadi naib pengerusi", kata Bunny pula. Chan Joo menepuk dahi.Aduhai...kenapalah diorang ni...kacau daun dan mood happy aku je lah. " Oh yeke?Sorry lah ya.Saya tak dapat datang."  "Eh, tak apalah!Kitaorg ok je.Selamat date ya! ", kata Myung Eun sebelum dia dan kaum kerabatnya tu menghilang.Chan Joo menghela nafas.Bila dipandangnya wajah Joon Soo yg sentiasa tersenyum , hati nya kian lega.Cair betul hati ni tengok senyumannya.

"Rapat gila Chan Joo dengan Joon Soo.Diorang kapel ke?", tanya Bunny selepas semuanya duduk berhimpun di dalam dewan teater itu. " Takkan cepat sangat?",celah Minhyuk pulak. Yelah..Joon Soo tu kan baru pindah,takkan disebabkan duduk sebelah-menyebelah dah boleh kapel.. "Takkan la..Joon Soo kan baru pindah.Diorang maybe kawan je tu". Kata2 Minkyung itu mula menyepikan suasana. " Kalau diorang bercinta macam mana?". Soalan cepu emas keluar dari mulut Bunny. Yuki sekadar angkat bahu. "Biarlah,Chan Joo kan dah lama single". Kata2 Myung Eun itu tiba2 mengundang rasa amarah Minkyung. " Kenapa awak cakap macam tu?Mustahil Joon Soo tu sukat dekat Chan Joo.Kita ni biasa2 je!". Minkyung dah melenting tanpa sebab. "Awak ni dah kenapa?!". Suara Myung Eun dah mula meninggi. Yang lain dah tutup mulut dah.  " Awak tu cakap main ikut mulut je.Joon Soo masih ada cita rasa yang lebih tinggi!"  "Kenapa?Chan Joo pun dah cukup perfect untuk dia.Salah ke?!".
" Salah!". Myung Eun tersenyum sinis.  "Kenapa?Awak suka dia?".  Minkyung yang wajahnya cemberut tadi mula menunduk dan dia segera berlari2 anak menuju ke bilik air di belakang dewan. Yang lain hanya menggeleng kan kepala. Ada aje budak berdua ni nak bertelagah. Sebab seorang lelaki je pun! Haihh, Joon Soo Joon Soo..Kenapa la kau ramai sgt girl crush kat kau? Huh..

Sampai ke petang, Minkyung dan Myung Eun masih tak berbaik.Apalah nasib..Bunny mengeluh. " Kenapa la bergaduh hanya sebab Joon Soo je.Pelik betul korang ni". Bunny dah mula berkata2. Myung Eun yang sedari tadi yg hanya mendiamkan diri hanya mengangkat bahu.Apa yg perlu dilakukannya? Betullah apa yg dia cakap tu. Minkyung cemburu bila dia cakap yg Chan Joo tu sesuai dgn Si Joon Soo tu sebab..Minkyung pun menyukai Joon Soo. Rasanya dia tak salah lagi buat fakta.  "Maafkan saya." Satu suara menerjah ke telinga Myung Eun. Minkyung yang berdiri di hadapannya hanya tersenyum tersipu2 malu. "Mengamuk tak sedar diri!", kata Myung Eun lalu tersengih.
" Cakap orang, dia pun sama.Melenting jugak!". Minkyung menjelirkan lidahnya.

Jarum jam menunjukkan pukul 12 pagi. Chan Joo masih tak tidur2. Dia masih setia leka chat online dgn Joon Soo.Beginikah perasaan apabila berbual mesra dengan lelaki yang kita crush? Chan Joo ketawa dan mengulum senyuman sendirian. Rasa bahagia mula terbit di dalam hatinya. Adakah ini dinamakan cinta? Dan..dalam bahasa inggris nya ialah Love? Oh Tuhan! Tolonglah! Aku betul-betul sukakannya! . ..

"Betul ke awak taknak ikut kitaorang ni?", tanya Myung Eun, inginkan kepastian. Ini kali pertama Chan Joo menolak ajakan mereka untuk membuat pementasan teater. Chan Joo menggeleng.  "Awak nak pergi mana?",tanya Bunny dengan muka yg jelas kehairanannya.
"Maaf la saya nak temankan Joon Soo petang ni", kata Chan Joo, bersahaja saja.Tiada riak di wajahnya. Tapi..orang di sekelilingnya yg menunjukkan riak yang melebih2. "Buat apa?!", tanya Minkyung yang terkejut beruk. Chan Joo tersengih. "Teman dia main basketball.Kenapa?" . Melopong mulut Minkyung mendengarnya. "Bukan awak tak suka tgk sukan ke?", duga Myung Eun pulak. "Apa salahnya sekali-sekala?" Chan Joo semakin lebar senyumannya manakala Minkyung di depannya dah berasap. "Yalah,awak sendiri cakap..tengok org main ibarat menunggu orang mati!",jerkah Myung Eun dengan suara naik seoktaf. Chan Joo segera menggeleng. "Itu dulu.Oklah.Goodluck awak semua.Pastikan kelab teater kita dapat pingat emas ok?Saya gerak dulu.Annyeong". Chan Joo meminta diri dan berjalan dgn tergesa2 menuju ke gelanggang bola keranjang.Nanti terlepas pulak game basketball petang itu. Myung Eun dan yang lainnya hanya berpandangan sesama sendiri selepas Chan Joo berlenggang meninggalkan mereka.

"Saya taknak!Saya taknak,taknak lah!Kenapa nak paksa saya?!", jerit Minkyung. "Shhh..boleh awak diam sikit boleh tak?", Yuki mula berang. Apa taknya,Minkyung selaku watak heroin watak Puteri Chowon ,tiba2 taknak berlakon pulak. Pementasan teater akan dilangsungkan dalam beberapa minit lagi. "Saya nak pergi tengok Joon Soo main basketball!", jerit Minkyung lagi. Hishh,tak tahu malu betul perempuan sorang ni. "Apa bising2 ni?". Myung Eun dah datang. Pelik juga dia apa yg bising2 dalam bilik persalinan pakaian wanita itu. "Tengok ni! Dia nak tengok basketball game tu.Habis tu, siapa nak ganti tempat dia?". Yuki sudah bercekak pinggang. Minkyung mendengus geram. "Awak jangan buat perangai boleh tak?", suara Myung Eun cuba dikawalnya. Taknaklah bising2.Sekejap lagi akan bermula pementasan teater diorang. "Perangai apanya?Please..kali ini je..",rengek Minkyung lalu menyusun sepuluh jari seperti mintak ampun dari tuan raja. Myung Eun pening kali ini lalu mengeluh perlahan..

MARRY IS A CRAZY THINGWhere stories live. Discover now