[FLASHBACK/ 4 BULAN YG LALU]
Lincoln Center For The Performing Arts , BroadWay New York City
Angin sepoi-sepoi bahasa menerjah lembut tubuh Chan Joo yang berdiri sambil menghadap bangunan yang cukup indah di matanya. Bangunan yang dipenuhi kebudayaan teater itu sungguh berkerlipan dan meriah pada waktu yang hampir menjelang malam itu. Alangkah indahnya jika dia membawa Myung Eun, Bunny,Yuki,Minkyung dan Minhyuk sekali tengok teater di sini. Sudah tentu mereka suka. Chan Joo menghela nafas perlahan. Apa agaknya kawan2 dia lakukan sekarang ya? Kerja apa sekarang? Ataupun masih jadi ahli teater lagi? Chan Joo ketawa sendirian. Kelakar rasanya apabila mengingatkan kawan2nya yg begitu taksub dgn teater. Sudah hampir 10 tahun dia duduk di bumi asing ini. Tapi, dia masih sedar diri bahawa dia masih orang Asia.
"Chan Joo!". Kedengaran jeritan suara lelaki yang memanggilnya. Ya, dia cukup kenal dengan pemilik suara itu. Dia segera menoleh. Kelihatan Joon Soo sedang berlari2 anak ke arahnya. Bibir Chan Joo automatik bertukar mengorak senyuman manis buat teman lelakinya itu. Sudah hampir 10 tahun juga mereka bercinta. Rasanya dari 17 tahun lagi. Haha! "Apa?", tanya Chan Joo apabila melihat Joon Soo sudah hampir dgnnya.
"Awak sorang je ni?" . Terpancar riak risau di wajah Joon Soo. Chan Joo ketawa kecil. "Ada nampak saya berdua ke?" . Joon Soo menggeleng. "Nak apa sebenarnya ni?", tanya Chan Joo lagi terus kepada point .Apa yg teman lelakinya itu nak? Takkan panggil jerit macam beruk tu sekadar nak tanya itu je? "Jom dinner dengan saya malam ni", kata Joon Soo sambil membetulkan rambutnya yang menutupi dahi lalu berdiri mendekati Chan Joo. "Saya belanja", bisiknya lagi lalu tersenyum."Nah ini untuk awak", kata Joon Soo lalu menghulurkan sekotak cincin kepada Chan Joo. Chan Joo yang melihatnya sudah tergamam seribu. Kenapa pula ni? "Terima la. Saya ikhlas ni.Saya janji habis je awak study,saya akan melamar awak", ujar Joon Soo dengan yakin. Mata Chan Joo sudah berkaca2. Inilah impiannya menjadi wanita yang layak dan sah buat Joon Soo. Dengan tidak semena-mena Chan Joo segera memeluk tubuh lampai Joon Soo. Pelukan dibalas semula oleh Joon Soo. Air mata Chan Joo mula mencurah sehingga terkena jaket yang dipakai oleh Joon Soo. Air mata jernih diseka perlahan oleh Joon Soo. Dengan tindakan spontannya dia mencium dahi Chan Joo. "Awak janji?Kahwin dengan saya?", tanya Chan Joo dgn nada suara yang tersekat2, inginkan kepastian lagi sekali. Joon Soo mengangguk laju. "Ya,saya janji chagiya". Mereka berbalas pelukan. Ramai mata memandang mereka di taman reaksi itu. Lantaklah mereka nak kata mereka berdua sedang syuting drama Korea ke apa. Hanya berbuktikan langit malam dan bintang saja yang menunjukkan kejatian cinta mereka.
"Sorry , saya tak dapat nak temankan awak dinner malam ni.Saya ada event dengan kawan ni". Kedengaran suara Joon Sok yang kelihatan tergesa2 di corong telefon. Chan Joo mengeluh. Hmmm... "Janganlah marah ya sayang? Saya janji akan jumpa terus awak esok lepas event malam ni.Event ni penting", katanya lagi. "Yalah.Take care.Jangan lupa kan teman wanita awak ni". "Ish ada pula cakap macam tu.Tentulah tak..", kedengaran lembut saja suara Joon Soo menyapa halwa telinga Chan Joo. Lega hatinya mendengar suara Joon Soo yg seakan2 memujuknya. Chan Joo mematikan talian selepas berbicara dgn bf nya itu. Dia mula berfikir sesuatu. Hari ini ialah hari jadi Joon Soo.Takkan empunya badan lupa kot? Hmmm .biasalah org busy, semua perkara boleh lupa. Dia baru saja ingin buat surprise untuk Joon Soo. Jambangan coklat khas yg digubah sendiri olehnya sudah sedia menunggu di bilik. Tinggal masa untuk hantar je. Kalau hantar esok, tak best pulak. Baik dia letak jambangan coklat tu depan dorm bilik Joon Soo malam ni disertakan dgn selitan surat "From ur future wife". Wah! Mesti lebih romantik! Chan Joo tersengih sendirian. Ya..Nanti bila Joon Soo balik,mesti dia happy dan tahu punyalah siapa yg bagi tu..Haha! Bijak betul dia. Jadi, dia perlu pergi ke dorm bilik Joon Soo dalam pukul 9 keatas. Selepas semuanya pergi ke event penting diorang tu.
Jarum jam sudahpun menunjukan pukul 10:30 malam.Chan Joo yang terlelap di sofa terus terjaga dari tidurnya. Oh my god! Macam mana la dia boleh terlelap pulak? Aduhh sofa ni berlemak betul, sedap pulak tidurnya. Chan Joo tergesa2 mengambil jambangan coklat dan terus keluar dari biliknya. Dia perlu laksanakan misinya cepat sebelum semua lelaki balik dari event tu.
Suasana di dorm bilik lelaki memang menyeramkan walaupun lampu sudah terpasang. Dia mengaturkan langkah laju menuju ke bilik Joon Soo. Dalam hati jangan cakaplah,berdebar dari tadi lagi. Apalah reaksi Joon Soo terima bunga coklat ini ya?Chan Joo tersengih. Maklumlah ini first time dia buat kejutan macam ni kat org lain. Namun,sengihannya terus hilang apabila terdengar suara perempuan ketawa betul2 di dalam bilik Joon Soo. Takkan ini bilik perempuan pula? Tapi betullah ini bilik bf nya. Takde apa yg perlu dinafikan lagi. Tapi takkan lah dah tukar owner bilik pulak? Kalau ya, mesti bf nya bagitahu. Chan Joo mendekatkan lagi telinga nya ke pintu. Darahnya berderau. Bukan saja suara perempuan malah ada suara lelaki! Apa yg mereka buat? Chan Joo mendengar lagi. Chan Joo menekup mulutnya. Kedengaran mereka sedang diulit kemesraan. Chan Joo pantas menegakkan badannya lalu mengetuk pintu berkali2. Dia sudah tak puas hati . mesti ini perangai kawan Joon Soo! Senang saja guna bilik orang! . "Sekejap." kedengaran suara lelaki menyahut dari dalam lalu membuka pintu dengan sedikit. Alangkah terkejut beruk Chan Joo melihat Joon Soo yang hanya memakai tuala paras pinggang membuka pintu. Mereka berdua saling berpandangan dan tergamam. Akibat terlalu terkejut,jambangan coklat yang dipegang oleh Chan Joo jatuh ke lantai. Dia sudah tidak berdaya untuk berdiri. Mindanya kelihatan gelap dan dari samar2 cahaya dia dapat melihat wanita yang ditiduri oleh bf nya itu. Haa?!!! Lagi terkejut ala beruk dua kali ganda dari tadi. Mustahil! Minkyung?! Apa dia buat kat sini?! "Please,Chan Joo.Dengar dulu apa yg saya nak cakap ni", desak Joon Soo lalu menarik tgn Chan Joo. "Lepaslah lelaki tak guna!Saya jijik tengok awak! Mulai hari ni, kita dah tiada apa2 hubungan! Jangan muncul lagi diri awak depan saya lelaki tak guna! Penipu!". Chan Joo bagaikan histeria lalu membaling cincin yg baru dibeli
oleh Joon Soo beberapa hari lepas. Chan Joo segera meninggalkan tempat itu dgn parut luka yg kian membengkak di dalam hati yg sukar utk sembuh selamanya dan curahan air mata yang tak ternilai berapa tan yg keluar. Lamar konon! Penipu! Huh ,dah lama lelaki, sama saja perangai lelaki itu! Tak hilang kemana pun!
YOU ARE READING
MARRY IS A CRAZY THING
RomantikChan Joo pulang ke Korea dan ingin berjumpa dengan sahabat2 yg dikenalinya sejak berumur 5 tahun lagi ketika zaman persekolahan dulu A.K.A kelab teater iaitu Myung Eun,Minhyuk, Bunny, Minkyung dan Yuki selepas dia menetap di New York selama 10 tahun...