Pagi hujung minggu yang indah. Sudah 2 hari Chan Joo menyewa di apartmen khas untuk org2 bekerja itu. Dia kemudiannya menggeliat lalu berjalan menuju ke dapur. Bekas cawan mug dan sekampit susu diambilnya. Minum susu panas pun jadilah sementara dia hendak keluar membeli barang nanti. Tangan sibuk mengacau susu yang telah dicampurkannya dgn air panas, tapi dalam otak masih ligat berfikir tentang hal lain. Sepanjang 2 hari yg bersamaan 48 jam dia duduk di sini, tidak ternampak pula dia kelibat Myung Eun dan Minhyuk. Betulkah mereka duduk di sini? Entah2 salah apartmen tak? Ishh! Merepek! Takkanlah Puan Jihye sengaja memberikannya alamat palsu. Tapi.. Dua org tu kan doktor. Tak mustahil la diorang tu balik lambat maybe sampai tgh malam. Waktu tu,kau dah lena tidur terkangkang atas katil.Alahai Chan Joo..asal lah kau bengap sangat? Otak letak kat mana? Belakang bontot ke bawah tapak kaki? Chan Joo ketawa sendirian. Dia kemudiannya menghirup susu dgn perlahan2. Dia perlu keluar hari ini. Ya , itu hajatnya hari ini.
Chan Joo berjalan keluar dari rumahnya selesai mengunci pintu rumah lalu menuju ke koridor yg ada lif untuk turun ke lobi yg menempatkan parkir kereta. "Hari ni,saya shift petang makcik. Pagi ni rehat dulu.Sakit dah urat2 sendi saya ni". Suara itu kemudiannya diselangi dgn ketawa. Chan Joo berhenti selepas mendengar suara itu lalu menyorok di sebalik tiang. Dia kenal suara lelaki itu. Ya! Itu suara Myung Eun! Chan Joo menjenguk kepalanya sedikit utk mengintai perbualan itu. Kelihatan Myung Eun sedang rancak bersembang dgn seorang perempuan tua yg membuka kedai daging di lobi itu. "Yalah, kamu tu doktor.Kalau doktor sakit, apatah lagi pesakit yg mmg dah lama sakit ", ujar perempuan tua itu. Kelihatan Myung Eun senang sekali berbual dgn perempuan tua itu. Tiada riak dingin di wajahnya .Perlukah dia muncul kan dirinya di depan lelaki itu? Chan Joo mula berkira2 di sebalik tiang. Tanpa berlengah dia terus memulakan langkah! Oppss! Bukan ke arah Myung Eun ya tapi ke keretanya. Dia perlu beli barang keperluan dan makanan dulu. Kalau tak, dia akan mati kelaparan di rumah!.
Chan Joo mengeluarkan berplastik2 barang dari bonet keretanya. Tak sangka sebanyak ini brg yg dibelinya.Waktu dalam troli,bukan main lagi rasa ringannya. Itu yg sumbat selagi mahu tu. Tapi bila dh sampai kaunter, baru dia sedar yg dia beli barang macam nak diletakkan dalam tempayan. Barang2 itu kemudiannya dijinjing dgn perlahan2. Sudahlah rumah apartmen,tingkat 4 pulak tu. Chan Joo mengeluh.
"Banyak beli barang cik adik?", tegur seseorang dari belakang. Chan Joo tersentak . Dgn sepantas kilat dia menoleh ke arah suara itu. Alangkah terkejut beruk dia melihat Myung Eun di hadapannya. Begitu juga reaksi Myung Eun terhadap nya .Myung Eun turut tergamam tanpa bicara apa2.Mulutnya bagaikan terkunci. Di dlm hatinya tertanya2, bagaimana Chan Joo boleh berpindah di sini? "Ya..ya ..banyak barang.Maklumlah baru pindah..", jawab Chan Joo berbasi-basa. Cuba utk memecahkan suasana yg semakin tegang. Myung Eun kemudiannya mengangguk perlahan dan segera mendekati Chan Joo. "Mari sini. Boleh koyak plastik ni kalau awak bawak macam ni". Myung Eun mengambil beberapa plastik barang dari tangan Chan Joo. Chan Joo pula sudah tergamam tak sudah. Biar betul Myung Eun sudah baik menegurnya?
"Terima kasih.Menyusahkan awak pulak", ujar Chan Joo selepas Myung Eun meletakkan semua barang nya di hadapan pintu rumahnya. Myung Eun hanya mengukir senyuman . Tetapi senyuman itu mampu meragut jiwa hati dan raga Chan Joo sebagai seorang perempuan. Dia leka seketika. Begini penampilan Myung Eun yg kini memakai baju kemeja lengan panjang berwarna biru tua dipadankan pula dengan seluar fit hitam serta tali pinggang benar2 menawan hati perempuannya. Bagaimanakah dia melakukan transformasi ini? Dulu bukan main cedoi lagi,mana tahu bergaya2 sakan ni. "Chan Joo , taknak belanja makan ke?",tanya Myung Eun menyedarkan Chan Joo yg mengelamun. Chan Joo tersedar lalu menoleh Myung Eun yg berdiri sambil menyandarkan tubuhnya di dinding. Myung Eun sedang tersengih memandangnya. "Haa?Sekarang ke?Awak tak sibuk ke?" "Taklah,saya kerja petang hari ni.Jomlah,dah lama tak makan dengan awak....", Myung Eun sengaja meleretkan suaranya. Chan Joo tersengih. Lelaki depannya ini masih belum berubah perangai lagi agaknya. Pujuk orang mintak belanja makan no 1! Tak berubah2. "Kat mana?" "Haa..Jom..Saya drive hari ni", kata Myung Eun seraya berjalan mendahului Chan Joo menuju ke lif utk turun ke lobi yg menempatkan parkir kereta.
Mereka berdua sampai di sebuah kedai selepas 15 minit Myung Eun drive. Myung Eun segera memilih meja makan yang kosong dan dgn selambanya terus duduk. Chan Joo yang terkulat2 terus mengikuti Myung Eun. Separuh hatinya mendengus geram melihat tingkah laku Myung Eun yg masih sama seperti 10 tahun yg lalu. Kalau bab makan ,mmg tak tahu malu.Ikut hati dan tengkolok perut dia saja. Tapi...separuh hatinya pula menjerit keriangan apabila Myung Eun masih mahu berbaik dengan nya. Chan Joo mengambil tempat di hadapan Myung Eun.
"Awak tak makan dari tadi ke?", tanya Chan Joo setelah selesai order makanan. Yalah,dia tengok Myung Eun order mcm org kebulur tak makan sehari semalam je. "Dah tapi makan sikit je.Itupun seketul ayam goreng pagi tadi", kata Myung Eun lalu tersengih. "Nak rasa awak belanja pulak", sambungnya lagi. Chan Joo mencebik. Itulah modalnya. Takde modal ayat lain. Dah boleh hafal dah. Kalau free mmg dia suka. "Saya tak percaya awak dah jadi doktor sekarang. Bukan awak dulu teater ke?Macam mana boleh masuk bidang perubatan? Jauh lari tu..", kata Chan Joo lalu ketawa. "Ibu yg paksa saya lah.Saya pun tak ingin jad doktor.Alah...jangan nak kata orang. Orang yg kata tu pun apa kurangnya. Kerja tinggi juga.Bukan dulu ahli teater jugak kan?", perli Myung Eun dgn keningnya terangkat2. Ketawa Chan Joo mati sendiri. Ish mamat ni! Kalau tak pulang paku dengan buah keras tak sah! "Susah belajar doktor?", laju Chan Joo mengalih topik perbicaraan sebelum mamat depan dia tu usik dia dgn lebih teruk lagi. "Sakit jiwa lah saya kalau cakap tak susah.Saya ambil masa 6 tahun semata2 belajar bidang ni," kata Myung Eun. Chan Joo mengangguk2. Mustahil kerja doktor itu senang. Pekerjaan yang bukan semua orang mampu kecapi. "Bila pindah sini?". Giliran Myung Eun pula menyoal siasat. "Baru 2 jari lepas." "Buat apa datang Seoul?Bukan awak sepatutnya kerja di New York ke...". Myung Eun mengecilkan matanya memandang Chan Joo. Yelah susah2 pindah New York untuk belajar tapi pengakhirannya balik semula ke tanah air utk mencari kerja. Chan Joo menekur lantai sehingga pelayan membawa makanan2 mereka berdua ke meja. Soalan Myung Eun dibiarkan dibawa angin berlalu. Perlukah dia menceritakan peristiwa pahit sebab dia pulang ke tanah air? Biarlah dia memendamnya dahulu.Bila tiba masa nya nanti,dia sendiri akan bagitahu Myung Eun sendiri.

YOU ARE READING
MARRY IS A CRAZY THING
RomanceChan Joo pulang ke Korea dan ingin berjumpa dengan sahabat2 yg dikenalinya sejak berumur 5 tahun lagi ketika zaman persekolahan dulu A.K.A kelab teater iaitu Myung Eun,Minhyuk, Bunny, Minkyung dan Yuki selepas dia menetap di New York selama 10 tahun...