☆8

2.3K 250 2
                                        

Intro For This Part 👆💜

Park Saera_

" Jomlah , Aku nak balik ." Ujar jungkook dan mula berdiri . Aku turut mengangguk lalu mengambil beg tanganku dan menggalasnya .

" Kau balik naik apa ? Nak aku hantarkan ?" Soalnya , Aku tersenyum simpul . " Takpelah , Saya boleh balik naik teksi sahaja . Lagipon tadi saya dah naik tek—"

" Okay then aku hantarkan kau . Bahayalah naik teksi—Lagipon dah nak malam ." Dia terus menarik lengan aku lembut . Aku terus mengetap bibir .

" Tak—Awak , Saya boleh balik naik teksi . Awak jangan risaulah saya okay sahaja . Lagipon saya nak singgah office sekejap . Saya ada tertinggal fail dekat office ." Ujarku sambil cuba menepis tangannya .

" Habis macam mana kau nak balik appartment kau semula ? Siapa nak hantarkan , Takpayah takpayah biar aku je hantarkan kau ." Dia menarik tangan aku sehingga kekereta miliknya .

" Jeon Jungkook , Saya kata tak apa . Dekat sana ada kawan saya Min Yoongi , Dia duduk dekat appartment yang sama dengan saya . Jadi dia boleh hantarkan saya . Awak takperlulah risau ." Kataku sambil tersenyum kecil . Jungkook terus memandang aku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan .

" Kalau aku taknak ?" Soal Jungkook sambil mengangkat kening , Aku terus mengeluh .

" Fine , Awak hantarkan saya pergi office je , Balik saya balik naik tek—"

" Aku hantar kau balik ."

Haih jungkook . jungkook .

...

" Okay Yoongi , Nanti kalau ada apa apa kau call je aku , Kena gerak dulu ! bye !" Aku terus melambaikan tangan kepada yoongi yang sedang memandang Kaca PCnya sambil meneguk air kopi . Dia hanya mengangguk .

" Dah ?" Soal Jungkook , Aku tersenyum lalu mengangguk . Dia terus menggengam tangan aku .

" Mama aku baru call , Dia suruh aku tinggal mana mana dulu . Bolehtak kalau aku stay rumah kau satu malam ?" Soalan yang diberi jungkook membuatkan aku tersentak , Kepalaku mula teringat tentang fail - Fail yang berselerak diatas meja dapur . Sudahlah semuanya tentang diri dia .

" Okay then , Tapi awak kena tunggu dekat bawah dulu okay ? Saya kena kemas rumah saya dulu ."

" Okay ."

...

Dengan pantas aku menekan password rumahku lalu pintu rumah aku tutup dan kunci , Rumahku yang berselerak aku cepat cepat kemaskan .

Fail - Fail yang berterabur aku masukkan kedalam laci yang berada di dalam bilik kerjaku . Mataku cekap sahaja memandang sekelilinh rumah untuk memastikan tiada apa apa fail yang berkenaan tentangnya . Usai sahaja mengemas , Aku terus mengunci pintu bilik kerjaku . Kunci pendua aku ambil dan simpan didalam poket .

Aku mengeluh berat lalu mula keluar dari appartment . Kepalaku , Aku jenguk dari tangga yang memaparkan kereta milik jungkook . Dia terus memandang kearah aku lalu keningnya terangkat .

Aku terus menganggukan kepala , Dia tersenyum lalu mula membuka langkah untuk menaiki lif . Sementara aku sudah berdebar debar menunggu dihadapan pintu rumah , Pintu lif mula berbunyi menandakan dia sudah sampai . Aku terus tersenyum kekok .

" Kau kekok ?" Soal daripadanya membuatkan aku pantas mengangguk .

" S—Sebab awak lelaki pertama yang tidur dirumah saya—Kejap ," Mataku terus tertancap pada matanya yang bergerak gerak memandang anak mata kiri dan kananku .

" Rumah saya bilik ada dua sahaja , Awak nak tidur dimana ?" Soalku .

" Takpelah , Aku tengok dulu ruangan rumah kau macam mana—Kalau tak lawa dan menyeramkan aku nak tidur sekali dengan kau ."

" Tch , Mengada ."

....

" Nah Selimut dengan bantal , Betul awak nak tidur atas lantai ?" Soalku lembut , Jungkook terus mengangguk lalu membetulkan bantalnya .

" Iyelah , Kalau aku Sakit badan aku naik jelah atas katil kau apa susah ?" Jungkook berkata selamba sambil menepuk nepuk bantal itu .

Aku mula mencebik , " Awak jangan nak buat kerja gila eh . Saya ni Ada teknik teknik patahkan badan orang ." Kataku sambil memandangnya dengan tajam . Iyelah Gangster macam dia ini bukannya boleh dipercayai .

" Iya , Aku tahu . Aku tak gila lagi nak kerjakan anak dara orang ." Jungkook terus menyepak nyepak selimut yang tersemat diatas badannya .

Aku tergelak kecil lalu mula menutup suis lampu . Kakiku perlahan menuju kearah katil .

" Jalja ."

" Hmm ,"

Aku terus menyelimuti diriku sambil cuba untuk melelapkan mata . Terdengar dengkuran kecil milik jungkook membuatkan aku tersentak , Senyuman pantas sahaja timbul dibibir .

Aku mula baring menghadapnya . Pipinya yang jatuh kebawah membuatkan aku tergelak kecil , Tapi bila memikirkan yang dia mungkin akan sakit badan membuatkan aku rasa serbasalah .

Aku terus mengeluh kecil lalu bantalku ditolak ketepi untuk memberit ruang jungkook tidur disebelahku , Nak taknak terpaksa .

Aku mula turun dari katil dan membuat streching dihadapan cermin . Pinggangku diketuk-ketuk . Lantas sahaja aku berjalan menuju kearahnya .

Tanganku dilambai lambai dihadapan mukanya , Aku tersenyum lagi dan mula memeluk lehernya . Lehernya aku angkat lembut dan mula menariknya naik keatas katil .

Kedengaran dia merengek kecil aku terus menepuk nepuk pelvisnya . Dia terus berhenti merengek dan berdengkur seperti biasa .

Aku mengeluh berat dan mula berbaring menghadapnya . Tangan aku mula naik mengelus rambutnya lembut .

" S-saya betul betul dah sayangkan awak jeon jungkook . Patut tak saya buang perasaan ni ?" Melihat muka jungkook yang tiada reaksi membuatkan aku mengeluh sekali lagi . Aku mula melelapkan mata .

Sebaik sahaja aku terlelap jungkook mula membuka matanya perlahan lahan tanpa aku sedar .

" No need to throw your feeling away , Just keep it in your heart cause i had the same feeling just like you ."

Secret Agent .
Jeon Jungkook .



















[C] SECRET AGENTTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang