Intro For This part 👆💜
Park Saera_
Aku terus membuka mata apabila terasa seperti ada tangan yang memeluk pinggangku erat . Aku hanya diam mengelamun sambil memandang cermin , Tangan lelaki yang sedikit dihiasi tattoo membuatkan aku tersedar.
Mataku kian membulat , Aku terus menolak tangan tersebut dan lantas bangun dari katil . Jungkook yang baru membuka mata mula memandang aku dengan kening yang terjungkit .
" Uhh wae ?" Soalnya dengan suara yang serak . Dia mula menyelesakan dirinya dan kembali menutup mata . Aku menggigit bibir .
" Macam mana—Eh semalam aku yang angkat dia en ." Aku terus mengumam kecil . Jungkook yang tengah mengggaru pipi aku pandang dengan mata yang mengecil . Lantas aku menghampirinya dan bahunya aku tampar lembut .
" Jungkook , Sekarang dah pukul 8.30 Pergilah siap mandi ke apa nanti lambat pulak awak nak balik rumah omma awak ." Aku terus mengejutkannya dengan lembut . Dia mendengus kecil dan mula duduk .
" Aku balik malam nanti . Sekarang aku nak tidur , Lagipon aku letih sebab semalam bertumbuk—Ergh papejela ."
Jungkook mula berbaring semula dan kembali tidur . Aku menjelingnya . Dan baru aku perasan yang tangannya sedikit luka dan membiru . Aku terus menggelengkan kepala .
Denga pantas aku keluar dari bilik dan masuk kedapur . Kain basah aku baluti bersama ais dan mula masuk kedalam bilik .
Tangan jungkook aku ambil dan mula tuam tuala tersebut di tangannya . Dia mula mengerutkan dahi . Matanya terbuka dan lantas bertembung dengan aku .
Aku mula mengalihkan pandangan , Sekali sekala aku menjelingnya yang hanya merenung muka aku .
" Apa tenung tenung ? Tampar nak ?!" Aku mula meninggikan suara dan memandang matanya . Tetapi dia lebih cepat mengalihkan padangan matanya kearah almari yang berada dibelakangku. Aku menjelingnya sambil membuat muka .
" Tch , Dah kantoi tu kantoilah ." Aku mula meletakkan tuala tersebut kedalam bekas dan memandangnya . Jungkook terus membuat muka selamba .
" Apa apa ? Aku tengok kau ? eh Sorry . Aku perhati Almari kau yang terbuka tu ok ." Jawapan darinya membuatkan aku tersentak . Keningku terjungkit lantas aku memalingkan kepala memandang almariku yang terbuka .
Mataku membulat . Lantas aku menoleh memandangnya semula apabila dia berdehem .
" Erm , i saw something—Black ." Jungkook tersenyum lagi . Pipiku mula membahang . Dengan pantas aku berdiri belum sempat aku hendak menutup almari jungkook terlebih dahulu menahan tanganku .
" Jangan risaulah , Itu baju hoodie kau ." Jungkook terus bangun dan keluar dari bilik . Tanganku ditarik membuatkan aku terdorong kehadapan .
" Buatkan aku breakfast—I'm Baegoppaa ." Jungkook terus mengusap perutnya . Aku terus menggaru kepala . Dengan pantas aku masuk kedalam dapur dan membakar roti .
....
" So how ? Aku dengar dari yoongi kau tidur sekali dengan jungkook . Ada apa apa jadi tak ?" Hoseok mula menyoal . Tangannya sibuk menyelak rambutku , Ingin melihat leherku tetapi aku memakai Turtle neck .
" Woih ! Gila kau ada apa apa nak jadi ? Segangster gangster jungkook tu . Dia masih waras ." Aku mula menggulingkan biji mata dan sambung menyemak fail fail tentang pekerja pekerja bawahan jungkook .
" Eo ?" Aku terus mengangkat kening . Mataku mula merenung gambar lelaki yang memakai tattoo dibahagian leher .
" I—Ini Bukan mangsa yoongi ?" Aku terus menunjuk muka lelaki tersebut kepada hoseok . Dia terus memandang aku sekilas lalu matanya jatuh pada gambar lelaki tersebut .
Kelihatan mata Hoseok membulat . Dia terus mengangkat punggungnya dari meja aku dan lantas berlari ke pintu bilik kerjaku . Aku terus bangun dari kerusi dan mengikut langkahnya .
" Weyh , Kita kena Bagitahu yoongi tentang ni ! Aku takut yoongi tak siasat then terus berjumpa !" Hoseok mula berlari meninggalkan aku .
" Seok ! Nanti—"
" Kau bagitahu taehyung !" Hoseok terus mengetap bibir menunggu lif dihadapannya . Kedengaran dia mendengus lalu mula berlari turun kearah tangga.
Aku menggigit bibir dan mula berlari masuk kedalam lif yang sudah terbuka . punat bernombor 5 aku tekan dan mula menghentak hentak kakiku .
Sebaik sahaja aku ingin keluar dari lif dahiku mula terlanggar dengan dada seseorang . Aku mendongak dan ia Taehyung . Terus aku menolak badannya keluar dari lif .
Taehyung kelihatan terkejut . Aku terus menutup pintu biliknya dan menyebak rambutku kebelakang .
" W—Wait wait , Apahal kau ni ? Nak mati ke ?" Taehyung terus menyoal tegas . Aku meneguk air liur .
" Kim Taehyung—Kau dah tersalah pilih orang untuk dijadikan mangsa yoongi ." Kataku sambil bercekak pinggang dengan nafas yang tersekat sekat .
Taehyung kaku . Dia mula mengerutkan dahinya dan berjalan menghampiri aku . Aku mendongak memandangnya .
" Apa maksud kau ?"
" Yoongi—Dia ada dimana ?" Aku terus menyoal taehyung yang memasang wajah ingin tahu .
" Dia—Dia bagitahu aku yang dia nak jalankan misi dia dengan lelaki yang aku suruh ." Jawab taehyung dengan perlahan . Aku menutup mata dan menarik nafas sedalam yang mungkin .
" Kau—Dah salah buat pilihan . Lelaki yang Kau suruh yoongi jalankan misi itu Adalah lelaki bawahan jeon jungkook . Yoongi jenis tidak siasat dulu biodata siapa siapa dan hanya terus membuat . Macam mana kalau dia bagitahu apa kerja dia dan rakan sekerja dia ?" Aku terus menanya dengan senafas . Taehyung terus terundur kebelakang . Rambutnya dikusutkan .
" Call Him , Or i'll kill you all—"
Secret Agent .
Jeon Jungkook .

ANDA SEDANG MEMBACA
[C] SECRET AGENT
Nouvelles" Selesaikan misi kau , Semuanya akan jadi seperti biasa ." [ COMPLETE ] [ 1st OCTOBER 2018 ] Cover made by ; @Taegi_s