Chapter 1

10.6K 395 14
                                    

PANG!! Tangannya mendarat tepat pada pipi jejaka yang berada di hadapannya Sekarang.

"Oops sorry. Sakit ke? Ke tak cukup kuat lagi penampar I? Kalau you nak, I boleh ulang semula." Ikutkan hatinya bukan setakat penampar diberikan malah, ingin saja dia membunuh jejaka di hadapannya ini.

"Sial! Tak guna. Baik you berhambus dari sini,sebelum I arahkan security untuk halau you, faham!" Suaranya ditinggikan untuk menggertak wanita di hadapannya. Sekarang temberangnya sudah diketahui, setelah ini dia pasti Diandra akan meninggalkannya.

"Why? You takut ke?Sebab I dah tau hubungan you dengan perempuan ni?" Dia membalas sinis. Baginya jejaka serta wanita di hadapannya ini tidak jauh beza seperti sampah pada matanya.

"From now on,we're over." Keputusan sudah dibuat.Kini,dia tidak mempunyai sebarang hubungan bersama Reza.

"Kalau dah tau tu, sedarlah diri sikit. Dah kena halau kan, so get lost. Kalau Dah habis cakap, you boleh keluar dari sini. Sebab I tak suka nak hadap muka you lama-lama, menyampah." Bidas Riana. Sejak tadi dia hanya menjadi pemerhati bagi pergaduhan yang berlaku di hadapannya.

Diandra melihat tepat ke anak mata Riana. "So, you rupanya perosak hubungan I dan Reza.I see, you ni taklah cantik sangat, but, just a 'Cheap woman' that I saw everywhere." Diandra melihat Riana sambil tersenyum sinis.

"What? Cheap?" Hatinya menjadi panas tatkala mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut Diandra.

"Yes, Cheap. You're just a cheap woman. You nak sangat lelaki ni kan, then, take him. I pun tak ingin nak berebut dengan perempuan cheap macam you." Diandra tersenyum sinis, melihat Riana yang sedang menahan amarahnya.

Belum sempat Riana membalas kata-kata Diandra. Tangan kasar Reza sudah pun mendarat, di pipi gebuh milik Diandra.

"Didn't I told you to get out of my office!" Tengkingan Reza memenuhi setiap sudut bilik pejabatnya. Dadanya turun naik menahan marah.

"Well done Rez. Akhirnya you tunjukkan sisi sebenar you. I sepatutnya sedar yang you tak pernah cintakan I selama ni." Diandra menahan air matanya daripada jatuh. Dia tidak menyangka jejaka di hadapannya ini berani menamparnya. Hatinya hancur, dirinya dikhianat oleh insan yang dicintainya.

Riana tersenyum bangga tatkala melihat Diandra ditampar oleh Reza. 'Dasar bodoh, Reza tak pernah cintakan you pun selama ni. Perempuan yang ada di hati Reza hanyalah I.' Dia berbicara di dalam hatinya. Dia bangga, Reza lebih memilihnya berbanding Diandra.

"I tabik dengan kehebatan you berlakon Rez. But now, you should've know that, you're messing with a wrong person. I'll make sure you pay for what you did to me!" Diandra tekad untuk membalas dendam. Dia akan pastikan jejaka yang menamparnya ini, melutut Di hadapannya suatu hari nanti.

"Dipersilakan miss Dian. Do it, I nak tengok sejauh mana you boleh buat." Balasnya. Resah di sebalik suaranya disembunyikan.

Dia tahu status sebenar Diandra. Dia juga tahu gadis di hadapannya ini tidak akan membiarkan peristiwa ini berlalu begitu sahaja. Mencari masalah dengan gadis ini bermaksud menggali kuburnya sendiri. Namun, dia juga tidak menyangka yang dirinya akan tertangkap seperti ini.

Diandra segera keluar daripada ruang pejabat itu. Tatkala dia tiba di tingkat bawah syarikat, air matanya gugur perlahan-lahan.

Baginya penghinaan ini akan 'dibayar' oleh Reza suatu hari nanti. ''I'll never forget this day! I swear. "


•••

Setelah kelibat Diandra menghilang,Riana kembali dekat dengan Reza.
"Pipi you okey tak? Tak guna punya perempuan, berani betul dia tampar you." Katanya sambil mengusap pipi Reza yang merah akibat ditampar oleh Diandra.

"I'ts okay baby, I don't feel it."
Tangannya merangkul pinggang ramping Riana. "Sayang, sekarang ni you balik dulu okey? I ada meeting yang perlu I handle. Malam ni I pergi rumah you." Pintanya, sebenarnya ia hanyalah alasan untuk dia bersendirian. Dia harus menenangkan fikirannya. Kehadiran Riana hanya menambahkan pening di kepalanya.

Riana mendekatkan bibirnya pada cuping telinga Reza. "Okey boleh, tapi malam ni you kena datang tau. I akan layan you dengan baik malam ni." Bisiknya nakal.

"Sure, I promise." balas Reza.

Riana melepaskan rangkulannya dan mengucup pipi Reza sebelum berlalu pergi.

Setelah Riana menghilang dari pandangannya. Reza kembali mengingati kata-kata terakhir Diandra sebelum melangkah keluar dari pejabatnya.
"I akan pastikan you menyesal dengan perbuatan you." Kata-kata Diandra itu masih terngiang-ngiang di kepalanya.

Kini dia berdepan dengan masalah besar.

My MR.CEOWhere stories live. Discover now