Chapter 2

8.6K 344 9
                                    

Dirinya terasa diperbodohkan, rupanya selama ini dia hanya bertepuk sebelah tangan. Stereng kereta digenggamnya erat.

Hatinya terasa bagai dicarik-carik.

Dia sepatutnya sudah dapat menduga, hubungan yang terjalin di antara Reza dan Riana ketika melihat pertemuan pertama mereka. Kini, segala persoalannya telah dijawab. Riana telah lebih dahulu memiliki Reza.

Diandra mencapai telefonnya lalu mendail nombor seseorang.

Tatkala panggilannya dijawab, laju saja bibirnya menuturkan kata. "Hello pa. Dian dah sedia," Keretanya meluncur laju di jalan itu.


••••••••

"What? Dad you can't do this to me," Bentaknya.

"Yes, I can. Kalau angah masih nak jadi CEO untuk Hirham Holdings, angah harus berkahwin dengan anak Dato mukhriz," Katanya tegas.

"Sanggup ayah belakangkan keputusan angah. Ini soal kahwin ayah, dan sebagai anak, angah ada hak untuk pilih pasangan hidup angah sendiri," Balasnya sayu. Dia kecewa. Ini soal kehidupannya, jangankan rupa, bahkan nama wanita yang disebut ayahnya tadi, juga tidak pernah didengarinya.

"Ayah bukannya belakangkan kamu.Tapi, ini adalah satu-satunya cara untuk ayah selamatkan syarikat keluarga kita." Sebenarnya dia juga bingung, mengapa mukhriz meletakkan syarat seperti itu.

"Lagipun, gadis inilah yang telah menyelamatkan kita sekeluarga, ketika kita kemalangan dahulu," Perlahan saja bicaranya. Namun masih boleh didengari oleh Iryan.

Dirinya dihuni rada bersalah. "Maafkan angah ayah," Iryan kesal dengan dirinya, jika dia tidak terus bertanya pasti ayahnya tidak akan terkenang pada peristiwa itu.

Sehingga kini peristiwa itu masih segar di ingatannya.

Peristiwa inilah yang telah meragut nyawa insan tersayangnya dan peristiwa ini jugalah yang telah meninggalkan parut yang mendalam di hati mereka sekeluarga.

" Sudahlah, tak perlu minta maaf, itu bukannya salah kamu. Allah lebih sayangkan along daripada kita semua," Ujarnya, Dato Hirham mencoba menenangkan perasaannya.

"Ayah mohon dengan kamu, tolong ikut cakap ayah kali ni. Hanya ini yang ayah mampu untuk membalas budi gadis itu," Rayunya, Dato Iryan dan keluarganya terhutang budi kepada gadis tersebut. Jika tidak kerana pertolongan gadis itu, pasti dia dan keluarganya yang lain juga turut terkorban.

Iryan tidak dapat mengingat wajah wanita yang telah membantu keluarganya dulu. Setahunya kejadian itu sudah empat tahun berlalu.

Dan sudah empat tahun juga arwah khalis meninggalkan mereka. Hatinya pedih tatkala dia terkenang semula peristiwa itu.

"Ayah bagi masa untuk angah fikir, boleh?" Pintanya, sejujurnya dia belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita inikan pula berkahwin.

"Baiklah," Dia akur dengan permintaan anaknya. "Ayah harap kamu tak ambil masa yang panjang untuk buat keputusan," Kata Dato Hirham sambil menepuk bahu Iryan.

"Thanks dad," Balasnya perlahan, timbul rasa bersalah di dalam dirinya.

Perlukah dia bertemu dengan calon pilihan orang tuanya ini? Sungguh dia bingung.

Selesai berbicara, Iryan berlalu pergi ke bilik tidurnya, badannya dihempaskan ke katil sambil matanya merenung kosong siling biliknya.

Fikirannya melayang, mindanya kembali memutarkan perbincangannya bersama ayahnya sebentar tadi.

Dia memutuskan untuk berjumpa dengan wanita yang disebut oleh ayahnya. 'Aku harap pertemuan yang akan berlaku ini, berakhir dengan baik,' Iryan bermonolog di dalam dirinya.

My MR.CEOWhere stories live. Discover now