Chapter 8

7.8K 298 20
                                    


tangannya dibuang ke sisi katil. Punggungnya dilabuhkan ke hujung katil.
"It's okay Dian, be patient." Dia cuba menenangkan dirinya. Sekarang dia hanya perlu bersabar.

Dia cuba mengimbas kembali saat dia memberikan kad undangan pernikahannya kepada Reza. Lelaki itu kelihatan tenang sahaja. Dia tahu Reza terkejut tapi lelaki itu bijak mengawal emosinya. "Of course he is. Reza, Reza.. Perempuan yang you gunakan ni, adalah perempuan yang akan buat you hilang semua yang you ada sekarang."

Beg tangannya dicapai, telefon bimbitnya dicapai. Diandra segera mendail nombor seseorang.
"Hello Liz?"

"Ya puan.?" Jawab Liza.

"Besok saya tak masuk office, kalau ada fail yang perlu saya tandatangan, just put it on my desk." Arahnya tegas. Besok dia perlu berjumpa dengan Iryan untuk perancangan perkhawinan mereka.

"As you said miss." balasnya patuh..

"Good." Talian dimatikan, 'now, i need to rest for tomorrow.'

•••••

Iryan mengambil tempat di sebelah Ikram. "Yang kau ni dah kenapa tiba-tiba ajak aku keluar? " soalnya pelik.

"Amboi kau Yan, mentang-mentang tak lama lagi nak bergelar suami terus tak nak keluar dengan aku lah? " nadanya direndahkan seperti nada orang merajuk.

"Eh, jangan nak mengada kat sini aku simbah kau guna milo ais aku ni kau nak?" tangannya diangkat seakan ingin menyimbah muka sahabatnya Ikram.

"Hehehe, alah,chill bro aku gurau je," ujarnya cemas, takut disimbah dengan milo ais Iryan. Bahaya kalau bergurau dengan Iryan, nak ditendang keluar dari kedai makan ni kalau buat-buat comel depan dia,. Bahaya,sungguh bahaya..

"Tau takut, buat muka macam tu lagi... Aku tinggal kau sorang kat sini." Katanya bergurau.

"Alah kau ni, aku gurau je." Balasnya, sambil mencapai teh ais di hadapannya.

"Aku pun gurau je lah, yang kau seram sejuk ni apasal, sebelum ni okay je," Mau saja Iryan ketawa melihat muka sahabatnya ini nasib sekarang mereka berada di tempat awam. 'Nasib kau Ikram.' Sambil tersenyum sendiri.

"Besok kau ada 'date' dengan Diandra kan?" soalnya sambil terseyum.

"Date? It's not a date ik. Diandra nak jumpa aku sebab nak bincang pasal perkahwinan kitorang." Terangnya, Iryan tidak mahu sahabatnya ini mula membuat jawapan peliknya.

"Bincang? Wedding is around the corner bro. Nak bincang apa lagi, kan korang dah settlekan semua." Soalnya lagi.

"Entahlah, Diandra cuma cakap tu je." Jawab Iryan pendek.

"Mungkinnn..." Sambung Ikram, belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Iryan sudah terlebih dahulu memintasnya.

"Ah apa? Tak payah nak buat spekulasi pelik kau ek." Sambung Iryan.

"Pelik kau cakap, spekulasi ni lah yang bantu kau harungi saat-saat genting di dalam kesukar...." Ujarnya, tetapi berhenti setelah melihat Iryan mengangkat gelasnya.

"Ikram,.." panggilnya lembut. "Kau nak rasa mandi milo sejuk ke?" katanya sambil mengeluarkan 'senyuman manisnya'.

"Yan, bawa bersabar, mengucap.. Ingat public ni public." Gurau Ikram mengingatkan Iryan.

"Public ke tak public ke, kau keluarkan hujah tak berasas kau sekali lagi aku simbah kau dengan milo aku. Boleh?" Katanya lembut.

Ikram berpura-pura memeluk bahunya, membuat aksi mempertahankan diri. Iryan ketawa melihat reaksi sahabatnya itu.

Beberapa minit kemudian makanan yang dipesan oleh mereka akhirnya tiba, Iryan mencapai nasi goreng kampung yang dipesannya itu, manakala Ikram mengambil mee goreng ayamnya.

Iryan kembali berfikir, bagaimana kehidupannya selepas berkhawin dengan Diandra nanti

Iryan inginkan keluarga yang bahagia dengan 'anak-anak' tetapi dengan perkhawinan yang dirancang, sanggupkah Diandra hidup bersamanya. 'Shut it Iryan, kau perlu wujudkan keluarga yang bahagia,.. Kau perlu cuba untuk pikat hati Diandra. Well, usaha tangga kejayaan bukan? So, kalau kau nak dia suka kau, kau perlu belajar untuk sayang dia sebagai isteri kau dan pastikan dia percaya yang kau akan jaga dia dengan baik bukan sebab kau nak selamatkan syarikat ayah, tapi sebab dia tu isteri kau dan tanggungjawab kau.' Bisiknya, memberi semangat kepada dirinya sendiri

'Tanggungjawab kau!' Bisiknya lagi.

My MR.CEOWhere stories live. Discover now