"Dian?" Panggil Puan Maria, dia menjengukkan kepalanya di sebalik pintu bilik Diandra.
Sejak anaknya pulang daripada berjumpa dengan tunangnya, anak daranya itu hanya berbincang sedikit bersama suaminya selesai saja berbincang dia langsung masuk ke biliknya.
Apabila ditanya kenapa tidak duduk bersama, penat katanya.
"Eh, mama. Terkejut Dian," Dia tersenyum ke arah Puan Maria.
"Boleh mama masuk?" Pintanya. Tujuannya hanya untuk mengetahui masalah puterinya. Melalui air muka anaknya itu, dia tahu, ada sesuatu yang disembunyikan oleh Diandra.
"Oh,.. Masuklah,.. Mari duduk sebelah Dian," Pelawanya.
Jika orang lain yang meminta untuk bersamanya kini, pasti sudah lama di halaunya. Nasib saja mamanya yang bertanya.
Puan Maria melabuhkan punggung di sisi anaknya. "Dian okay tak?" soalnya.
"Dian okey ma." Dia cuba menyembunyikan rasa sedihnya.
"Anak mama ni kan always okay. Mama tak payah risau okey? Kalau Dian ada masalah nanti Dian meluah, kat mama Dian yang cantik ni hehehe, " Diandra tersenyum sumbing kepada Puan Maria."Eh eh, perli mama ke tu?" Puan Maria sengaja mengusik anak itu.
"Betullah, mana ada Dian perli. Dian gurau je.. Hehehe," Dia mengenakan mamanya semula.
"Amboi, kat sini rupanya diorang ni.."
Puan Maria dan dirinya terjerit kecil tatkala melihat Dato muhkriz yang sedang bertenggek di sisi pintu biliknya. Entah bila pula papanya ini muncul, dia langsung tidak menyedarinya.
"Ish awak ni, kalau iya pun bagilah salam ke? Ni tak, terus menyampuk. Nasib saya tak pengsan tadi kalau tak awak juga yang susahkan. " Bebel Puan Maria.
"Yang awak tinggal saya sorang-sorang kat bawah kenapa? Kalau saya yang sakit jantung sebab kesunyian macam mana? " Dato muhkriz membalas dalam nada sedikit merajuk yang dibuat-buatnya.
"Ma, pa, kalau nak bermesra sila bermesra kat bawah ya. Dian tak selera nak tengok," Diandra mula mengusik mama dan papanya.
Dia bahagia di luar, namun siapa tahu di dalam hatinya. Biarlah dia pendam rasa ini,. Bila dia sudah tenang sepenuhnya, dia pasti akan menceritakan segala masalahnya ini.
"Dian? " Panggil Dato Muhkriz perlahan.
"yes pa? "
"Betulkah besok kamu akan berjumpa dengan anak kawan papa? " Soalnya ingin tahu.
Puan Maria hanya mendengar perbicaraan di antara anaknya serta suaminya.
"Yes,. Dian dah sedia. Dian akan putuskan pertunangan Dian dengan Reza," suaranya kedengaran sayu.
"Sayang, kamu tak perlu paksa diri kamu kalau kamu belum sedia," Puan Maria mencuba menenangkan Diandra.
"It's okay mum, I'm ready. Dian tak nak tunggu lama-lama takut nanti Dian tak boleh nak tolak Reza bila dia datang pada Dian semula," Katanya, sebenarnya dia sudah merancang untuk meruntuhkan Reza bersama syarikat milik Reza. Syarikat yang meluas kerana pertolongannya itu.
Dato Muhkriz tahu, anaknya ini masih menyayangi tunangnya itu. Dia juga terkejut saat Diandra memberitahunya dia ingin memutuskan pertunangan mereka.
Doanya bagai termakbul. Dulu dia menentang habis-habisan keputusan anaknya, apabila dia mnang membuat untuk bertunang dengan lelaki itu.
Bukan dia tidak tahu sifat sebenar Reza. Sehingga kini dia masih tidak menyukai lelaki itu. Malah, dia sungguh bersyukur apabila anaknya ingin memutuskan pertunangan mereka.
"Baguslah, papa sokong sangat keputusan kamu," Ujar Dato Muhkriz.
"Thank you pa, thank you ma," Diandra memeluk erat kedua-dua orang tuanya.
Jika dahulu dia mengikuti kata-kata papanya pasti kini dia tidak kecewa seperti sekarang.
Selesai berbicara Dato Muhkriz dan isterinya keluar daripada bilik Diandra.
Diandra menutup pintu biliknya. Dia mengubah posisi duduknya, mesej yang barusan diterimanya dilihat semula.
+Tomorrow at Seri cafe. 9:00am. Please don't be late miss ☺. - Unknown.
Andai saja jejaka ini tahu tujuan sebenarnya, dia pasti tidak bersetujuh untuk bertemu dengannya. "Hmm," Dia mengeluh kecil.
YOU ARE READING
My MR.CEO
Romance"Awak tak perlu takut dengan saya.Setahu saya belum pernah ada report, yang mengatakan saya ni makan orang."-Akmal Iryan. "Eh, ada saya tanya awak makan orang atau tak? Tak kan."-Diandra Elisa. Ini adalah sebahagian daripada sinopsis crita...