Tok! Tok!
"Siapa?" Soal Iryan dari dalam bilik."Dian ni." Sahut Diandra.
"Masuklah, pintu tak kunci." Kata Iryan sambil membetulkan kolar bajunya.
Diandra memulas tombol pintu lalu melangkah masuk ke dalam bilik mereka. Langkah kakinya ditujukan ke arah Iryan.
"Ermm.. Saya nak mandi ni, boleh tak awak tunggu kat luar?"
Iryan memalingkan kepalanya ke arah Diandra.
"Awak mandi la, saya pergi temankan family kat bawah." Katanya lalu melangkah keluar daripada bilik.Diandra menghembuskan nafas lega setelah pintu tertutup rapat. Tuala yang bersidai kemas di capainya, setelah melepas barang kemasnya Diandra bergegas ke bilik mandi.
••••••
"Iryan." Panggil Dato Mukhriz lembut sambil menepuk perlahan bahu Iryan yang sedang leka melayan rakan-rakannya.
"Iya Dato?" Soal Iryan.
"Jangan la panggil Dato lagi, panggil papa. Kamu sekarang ni dah jadi anak papa." Ujarn Dato Mukhriz lalu tersenyum kecil.
"Baik Dat.." Kata Iryan tapi segera berhenti. "Maksud Iryan, baik papa." Sambungnya tergelak kecil.
Dato Mukhriz tersenyum melihat tingkah Iryan. Dia mengajak Iryan duduk di sofa berdekatan mereka.
"Harap Iryan dapat terima segala kekurangan Dian. Dian tu ada masanya degil sampai papa pun boleh pening." Jelas Dato Mukhriz, senyumannya melebar teringat kelakuan anak kesayangannya.
"Tapi Dian tu baik, tak boleh tengok orang ditindas, Dian tahu kalau seseorang tu ada masalah." Sambungnya lagi masih mengekalkan senyumannya.Iryan hanya memandang wajah tua milik Dato Mukhriz yang asyik menceritakan perangai Diandra.
"Papa percaya Iryan boleh bimbing Dian. Papa harap Iryan boleh bersabar dengan Diandra. Papa tahu kamu berdua tak kenal satu sama lain. Tak cinta dengan satu sama lain. Tapi percaya cakap papa, cinta selepas nikah tu Indah." Kata Dato Mukhriz, kali ini dia menatap Iryan.
Iryan tersenyum menampakkan barisan gigi putihnya yang sempurna.
"Iryan akan usaha pa, mulai sekarang Diandra adalah tanggungjawab Iryan. Kalau mampu, Iryan tak akan biarkan walau setitis air mata Dian jatuh sebab Iryan." Jawabnya perlahan tetapi tegas. Mukanya menunjukkan kesungguhan.Dato Mukhriz tersenyum mendengar jawapan Iryan. Dia berasa lega kerana lelaki yang dipilihnya adalah lelaki yang tepat buat anaknya.
"Iryan nak minta pertolongan papa untuk rahsiakan sebab sebenar kenapa Iryan kahwin dengan Diandra. Iryan tak nak Dian kecewa." Pinta Iryan tulus.
" Papa janji takkan bagi tahu." Balas Dato Mukhriz berjanji.
Iryan dan Dato Mukhriz kemudiannya menyambung cerita mereka.
"Dian, mari sayang." Panggil Dato Mukhriz setelah melihat kelibat anaknya menuruni tangga.
Diandra menghampiri papanya dan Iryan.
Iryan menatap Diandra yang berjalan ke arah mereka tangan keringnya tiba-tiba terasa berpeluh.
Diandra kelihatan anggun ketika mengenakan slack hitam dan blouse putih. 'Alah Iryan ni, kenapa pandang macam tu. Hodoh ke baju aku?' gumam Diandra sambil melajukan langkahnya.
"Yes papa?" Tanya Diandra setelah melabuhkan punggungnya di sebelah Dato Mukhriz.
"Papa ada nak cakap sikit ni. Sekarang dah jadi isteri orang dah tak boleh dah degil-degil. Dengar cakal Iryan, nak jalan, nak buat apa-apa yang penting bagi tahu Iryan, okay? Dah tak boleh nak buat keputusan sendiri. Mesti patuh dengan suami." Jelasnya lembut.
"Baik pa. Diandra janji tak nakal-nakal." Balas Diandra sambil tersenyum ke arah papanya.
Iryan hanya mendengar perbualan mereka selanjutnya.
Setelah jarum jam melepasi angka sepuluh, kedua keluarga pengantin memberi salam antara satu sama lain untuk pulang.
Iryan dan Diandra menghantar mereka sehingga ke pintu utama.
Setelah kelibat kereta mereka hilang, Iryan dan Diandra kembali ke ruang tamu dengan suasana yang sunyi.Iryan menggaru belakang kepalanya.
"Ermm awak tidur kat bilik kita, saya tidur kat bilik tetamu. Saya takut awak tak selesa." Jelas Iryan, lalu mula melangkah tetapi terhenti apabila merasa sesuatu sedang menarik hujung bajunya."Kita tidur sebilik, saya okay." Balas Diandra laju lalu berlari kecil menuju ke bilik mereka.
Iryan yang tidak sempat berpaling, berdiri sambil memikirkan kembali kata-kata Diandra. Dia kebingungan. 'Iryan, dia cuma kata tidur sebilik jangan pikir lebih-lebih, dosa tu dosa.' bisiknya di dalam hati sambil menggelengkan kepalanya. Kakinya menukar arah lalu berjalan ke bilik mereka.
Finally new update 🎉
Sorry sangat-sangat sebab update yang tersangat lah lambat🙏
Mudah-mudahan mulai sekarang, saya akan update selalu🥰
YOU ARE READING
My MR.CEO
Romance"Awak tak perlu takut dengan saya.Setahu saya belum pernah ada report, yang mengatakan saya ni makan orang."-Akmal Iryan. "Eh, ada saya tanya awak makan orang atau tak? Tak kan."-Diandra Elisa. Ini adalah sebahagian daripada sinopsis crita...