Chapter 4

7.7K 396 8
                                    

Iryan susah untuk mengalihkan pandangannya daripada pintu masuk cafe ini.

Dia melihat jam tangannya, 'Lah, patutlah baru 8:40am,' Kepala yang tidak gatal digarunya.

Beberapa minit kemudian, seorang wanita menghampirinya.

"Akmal Iryan ke?" Wanita itu meminta kepastian.

Iryan melihat ke arah empunya suara yang bertanya kepadanya itu. "Ya, saya," Jawabnya.

"Awak Diandra Elisa? "Soalnya.

"Ya," Diandra menjawab tenang. Jejaka yang berada di hadapannya kini, direnungnya.

Iryan berasa kurang selesa apabila dirinya ditenung seperti itu.

"Silakan duduk," Iryan mempelawa Diandra duduk.

"Terima kasih," Diandra segera duduk setelah dipelawa oleh Iryan.

"Dah lama awak sampai?" Tanya Diandra.

"Tak juga, lebih kurang lima minit lalu," Dia berbohong, kalaulah wanita di hadapannya tahu dia sudah sampai lebih awal, dia pasti ditertawakan fikirnya.

"Maaf, jalan sesak tadi," Diandra memberitahu punca sebenar yang menyebabkannya lewat.

"Tak apa," Balas Iryan tenang. Jika diperhatikan wanita di hadapannya ini, dia kelihatan lebih tenang dari sangkaannya.

"Ermm, saya rasa awak dah tahu tujuan saya nak jumpa dengan awak bukan?" Tanya Iryan.

"Yupp," Jawab Diandra.

"Boleh saya tahu keputusan awak?" Iryan berterus terang, kalau boleh dia tidak mahu lama-lama di situ.

"Saya setujuh." Jawabnya tenang. Diandra melihat Iryan. Dia terasa seperti pernah bertemu dengan jejaka yang duduk berdepan dengannya kini.

Iryan melihat tepat ke anak mata milik Diandra. "Awak tak takut ke dengan saya?" Soal Iryan semula. Wanita cantik di hadapannya ini sungguh pelik. Dia bersetujuh untuk berkahwin dengannya, walaupun tidak pernah mengenali dirinya.

"Nak takut apa? Awak pembunuh ke? Tak kan, habis tu?" Diandra membalas semula pertanyaan Iryan dengan lawak tidak menjadinya.

'Amboi, boleh tahan bisa mulut dia ni,' Bisik Iryan di hatinya.

"Tak lah, awak tak kenal pun saya, tapi awak setujuh nak kahwin dengan saya. Tak takut ke kalau saya jual awak?" Dia menerangkan pertanyaannya yang tergantung tadi.

"Pilihan mama dan papa saya tak pernah silap. Kalau mereka dah pilih awak, maksudnya mereka percayakan awak." Terang Diandra. "Maksudnya, mereka percaya yang awak boleh jaga saya. Walaupun saya tak kenal awak, tapi saya tau awak baik." Diandra berterus terang dengan Iryan.

Iryan tersentuh dengan kata-kata Diandra. Tidak seperti wanita lain, dia mula berasa selesa berbual dengan wanita di hadapannya ini.

"Baiklah, awak pun dah setujuh kan? Insya-Allah dalam minggu depan saya hantar rombongan meminang, Boleh?" Jelasnya.

"Sure. Tapi saya cuma nak awak tahu, walaupun kita kahwin ni bukannya sebab cinta. Saya tetap akan jalankan tanggungjawab saya sebagai isteri. Dan saya harap awak tak akan abaikan saya. Boleh?" Sekali lagi Diandra mengeluarkan segala perkara yang bermain di kepalanya.

Iryan terdiam sebentar, matanya bertemu dengan mata milik Diandra.
"Baiklah, saya janji." Balasnya.

"I hope you mean it." Ujar Diandra serius. Dia tidak mahu kecewa buat kali kedua, oleh itu dia membina benteng teguh di sekeliling hatinya. Selagi Reza tidak melutut meminta maaf kepadanya, dia akan pastikan lelaki itu jatuh bersama syarikatnya.

"I mean it." Iryan menjawab tenang.

"Good. Dah selesaikan, boleh saya pergi? Saya ada meeting lepas ni." Pinta Diandra. Dia perlu menghadiri meeting ini, untuk pastikan rancangannya berjlan lancar.

"Oh, okay boleh. thank you for your time. It's nice to have a talk with you.." Kata Iryan.

Diandra hanya tersenyum Dan berlalu pergi.

Mata Iryan menemani Diandra hingga ke pintu cafe tersebut.

•••••

Fail di atas mejanya ditenung seketika. Dia masih terbayang pertemuannya dengan Diandra pada pagi tadi.

"Issh, yang aku terfikir pasal dia ni kenapa pulak? Gila, gila.. "Dia menampar lembut pipinya. Untuk menyedarkan dirinya daripada lamunan.

Entah kenapa, dia berasa gembira tatkala wajah Diandra lalu dibenaknya.
"Iryan, cukup.. Kau nak ke orang cakap kau gila.. Wahai bibir berhentilah senyum, wahai otak berhentilah fikir pasal dia.. " Dia bagai orang kebingungan,..Timbul perasaan yang sukar untuk dia tafsir. Semua yang dikatakan oleh Fiandra tadi masih segar di ingatannya.

Dia kembali menyedarkan dirinya. Dia tidak mahu menaruh harapan pada Diandra.
Dia sedar,dia bukan siapa-siapa pada wanita itu.

•••••

Author note.

Hello gais, Author nak ucapkan terima kasih sebab sudi baca n support untuk crita ni 😄.. Author minta maaf sangat kalau author lambat update chapter2 seterusnya 🙏 sorry untuk semua kesalahan yng ade.. Author akan perbaiki semua tu lepas author habiskan crita ni ok👌Once again, thnk u for your vote n support 😄😄 keep reading my story n enjoy it.

My MR.CEOWhere stories live. Discover now