Chapter 6

8.1K 373 19
                                    

Fail di tangannya dibuka. Surat perjanjian itu di bacanya semula.

"Liz, jam berapa meeting hari ni?" Soalnya.

"Jam dua belas tengah hari," Jawab Liza setelah melihat jadual harian Diandra.

"Good, Tolong sediakan dokumen lembaga syarikat kita. Saya nak bentang waktu meeting nanti," Arahnya.

"Okay, macam mana dengan fail ni?" Liza menunjuk ke arah fail di tangan Diandra.

"I'ts okay, saya akan guna fail ni juga," Terang Diandra.

"Okay miss," Jawab Liza patuh.

Diandra berdiri dan melangkah keluar dari bilik pejabatnya. Dia menuju ke arah bilik mesyuarat.

"Today is the day." Katanya sewaktu tiba di hadapan pintu bilik mesyuarat.

Sebahagian daripada ahli lembaga syarikat itu telah ada di dalam bilik mesyuarat. Begitu juga dengan pengarah daripada syarikat pembekal lain, terutamanya Reza.

Diandra tidak melihat ke arah Reza. Dia segera duduk di hadapan meja mesyuarat itu. Ikutkan hatinya sekarang ingin saja dia campak muka tak malu Reza dengan fail di atas mejanya ini. Untung kesabarannya masih ada.

"Morning miss," Ucap para ahli lembaga.

"Good morning." Diandra membalas ramah. Dia berasa kekok apabila mereka memanggilnya seperti itu.

Sejak dia mengambil ahli jawatan ayahnya, banyak perkara baharu yang dia pelajari. Kini dia adalah pemilik syarikat besar ini.

Di Malaysia syarikat milik keluarganya cukup dikenali. Keluarganya memiliki 105 buah cawangan dan kebanyakannya berada di luar negara.

Semua ini adalah hasil daripada usaha keluarganya. Syarikat ini diusahakan sejak papa masih muda, yang banyak membantu papa ialah atok dan pak cik Muhkriz.

Kini, mereka mempunyai hotel yang menjadi pilihan orang-orang ternama. Mereka juga terkenal sebagai pembekal bagi bahan-bahan tempatan dan juga bahan-bahan tempahan.

'Hello Diandra Elisa, harta ni bukan milik kau, semua ni harta keluarga kau.' Dia berbisik pada dirinya. Dia sedar yang dia hanya mengendalikan tanggungjawabnya sebagai seorang anak.

"Semua ahli lembaga pun dah ada. Should we start now?" Soal Diandra.

"Sure," Jawab mereka.

Reza yang sejak tadi membisu turut menjawab.

"Siapa yang nak mulakan?" Soal Diandra.

Salah seorang daripada ahli lembaga syarikat itu mengangkat tangannya.

"Okay, good. Silakan" Kata Diandra.

"Ini adalah laporan tentang keuntungan cawangan hotel kita yang berada di luar negara." Kata En. Mahid.

"Mengikut statistik keuntungan Syarikat Global Holdings. Syarikat kita telah mengaut keuntungan sebanyak 35% daripada cawangan kita yang berada di China, 40% di Brunei dan 45% di Dubai." Katanya. "Sebahagian daripada keuntungan ini akan digunakan untuk membiayai pembinaan hotel baharu di New Zealand. Manakala sebahagian lagi akan kita salurkan ke kewangan syarikat untuk persediaan bagi sebarang masalah yang akan berlaku." Terangnya dengan jelas.

"Macam mana dengan cawangan yang lain?" Soal Diandra.

"Laporan bagi cawangan yang lain masih di kemaskini untuk pembaharuan, tapi yang pasti syarikat kita tidak mengalami sebarang kerugian besar." Jawab En. Mahid semula.

"Okay, Thank you En. Mahid," Ucap Diandra setelah mendengar penjelasan En. Mahid.

En. Mahid adalah orang yang dipercayai oleh papanya. Pengalamannya dalam mengatur kewangan syarikat amat luas sehingga dia di beri pangkat 'pengerusi kewangan' bagi syarikat mereka. En. Mahid juga banyak berjasa kepada syarikat dalam menyelesaikan masalah kewangan syarikat.

"En. Bahrul, apa perkembangan bahan-bahan yang kita terima dan bahan-bahan yang kita keluarkan?" Diandra kembali menyoal.

"Setakat ni belum ada laporan tentang kesulitan untuk memasarkan bahan-bahan yang kita keluarkan. Cuma kita mengalami sedikit kesukaran untuk menerima bahan daripada Syarikat Reza Holding." Saat nama syarikat miliknya disebut Reza segera mengangkat wajahnya.

"Bahan-bahan yang sepatutnya kita terima daripada Reza Holding pada waktu yang ditetapkan tidak di bekalkan tepat pada waktunya. Akibatnya kita kekurangan bahan untuk menghasilkan barangan tempahan, sedangkan proses pemasaran bagi barangan itu sepatutnya dilakukan pada tarikh yang telah ditetapkan tetapi, terpaksa ditunda kerana bahan yang diperlukan tidak mencukupi." Jelas En. Bahrul.

"Sejak bila lagi syarikat kita tidak menerima bekalan daripada Reza Holding?" Soal Diandra kepada En. Bahrul.

"Sejak dua bulan lalu." Jawab En. Bahrul.

Diandra memandang ke arah Reza. "Mr. Reza, do you have anything to say?" Soalnya sambil melihat tepat ke anak mata jejaka berketurunan melayu-arab itu.

"Saya minta maaf atas kesilapan daripada syarikat saya. Kami mengalami sedikit masalah untuk menghasilkan bahan tempahan." Terangnya. Sebenarnya dia sengaja menangguh tarikh penghantaran tapi itu berlaku sewaktu dia masih bertunang dengan Diandra. Kini, segalanya berubah. Rancangannya akan musnah jika Diandra menamatkan perjanjian mereka.

"Really? So, syarikat you masih boleh salurkan bekalan atau tak?" Soalnya lagi.

"Kalau tak boleh, I akan cari pembekal baru. I boleh batalkan perjanjian kita," Bicaranya sinis.

Muka Reza bertukar menjadi pucat. Darahnya terasa seperti tidak mengalir. Jika perjanjian mereka terbatal dia akan mengalami kerugian besar. Mereka telah lama bekerjasama, syarikatnya juga terkenal kerana hubungan perniagaan yang terjalin antara dia dan syarikat besar ini. Lebih tepat lagi syarikat milik keluarga Diandra.
Dia akan kehilangan sokongan daripada pengarah yang lain jika perjanjian mereka dibatalkan.

"You should know miss, you can't cancel the contract, dalam perjanjian tu ada tertulis yang you tak boleh batalkan perjanjian sesuka hati." Katanya. Reza tersenyum bangga apabila matanya bertembung dengan mata Diandra.

Diandra membuka fail perjanjian antara syarikat mereka.

"Well, di sini juga tertulis 'jika syarikat pembekal gagal menyalurkan bahan pada masa yang ditetapkan syarikat penerima boleh membatalkan perjanjian yang telah dilakukan dengan serta merta!.' Is it clear encik Reza?" para ahli lembaga hanya melihat situasi di hadapan mereka ini.

Diandra kelihatan lebih tegas daripada sebelumnya. 'Tolonglah, you tak kenal lagi I ni siapa Reza.' Diandra menghadiahkan senyuman sinisnya kepada Reza.

Reza terkejut dengan kata-kata Diandra itu. Dia tidak menyangka Diandra akan mengugutnya seperti ini.
"Baiklah. I janji dalam masa terdekat ni semua bahan bekalan yang tertangguh akan di sediakan dan dibekalkan pada masa penghantaran bagi tarikh seterusnya." Reza terpaksa merendahkan egonya, walau bagaimanapun dia tidak boleh kehilangan kerjasama ini.

Diandra menutup fail di tangannya. "Baiklah, I bagi You satu lagi peluang. Kalau you tak boleh tepati janji you, our deal is over!" Katanya. Terlalu awal untuk menyingkirkan Reza dia ingin menjatuhkannya secara perlahan sehingga jejaka iu melutut di hadapannya.

Reza melihat tepat ke dalam anak mata Diandra 'Apa rancangan you sebenarnya..' Bisiknya. "Thank you Dian." Ucapnya.

Keputusan Diandra membuat para ahli lembaga bingung.

Diandra mempunyai kuasa untuk membatalkan perjanjian tersebut tapi, kenapa dia masih mahu meneruskan perjanjian itu?

'Be patient. Hasilnya akan lebih baik kalau kau bersabar.' Bisikannya itu sudah mampu untuk menenangkannya.

My MR.CEOWhere stories live. Discover now