Chapter 10

4.2K 186 7
                                    

"Kau ni macam terdesak sangat nak kahwin aku tengok." Kata Ikram berterus terang. "Seminggu je tunang lepastu kahwin. Tak ke terdesak namanya tu." sambungnya lagi, kedua-dua tangannya kembali merapikan kolar pada baju melayunya.

"Macam tu lah yang bagus. Menghalalkan yang haram. Lepas ni tak payahlah aku tanggung dosa sebab jumpa dengan Diandra tanpa ikatan yang sah." Jawab Iryan tenang sambil mengemaskan lagi baju melayunya.

Ikram mengangkat tangannya sambil melagakkan gaya seorang peninju ke arah Iryan. "Nasib baik harini hari bahagia kau Yan. Kalau tak dah lama aku singgahkan kat muka kau penumbuk 'lapar' aku ni." Katanya sambil memberikan jelingan mautnya.

Iryan hanya ketawa sambil mengangkat kedua-dua tangannya tanda menyerah kalah. Iryan kembali mengingat perbincangannya dengan Diandra pada minggu lalu iaitu sehari selepas pertunangan mereka.

"Minggu depan kahwin?!" Tanya Iryan, terkejut dengan berita yang baru didengarinya.

"Yes." Jawab Diandra yakin.

"Cepat sangat tu." Kata Iryan. Suaranya cuba diperlahankan.

"Why? Can't we?" Soal Diandra. Dia memandang Iryan yang duduk berhadapan dengannya.

"Boleh tu boleh. Tapi sempat ke nak sediakan semua?" Soal Iryan. Dia mendapat panggilan daripada Diandra yang menjemputnya ke rumah mereka. Setelah menyapa mama dan papa Diandra, Diandra membawanya ke meja yang berhadapan dengan swimming pool.

Diandra melarikan pandangnya ke arah swimming pool mereka.
"Sempat. Papa dah bincang dengan ayah awak. Saya yang cadangkan." Suaranya direndahkan sedikit.
"Sehari selepas kita kahwin, saya akan bagi tahu awak kenapa saya nak cepatkan perkahwinan ni." Sambungnya lagi dengan nada yang hampir merayu. Diandra kembali memandang Iryan, Iryan mengganggukkan kepalanya tanda setujuh.

Diandra tersenyum kecil.

"Yan?.. Yan?!" Panggil Ikram.

Iryan memandang ke arah Ikram.

"Apa ni pengantin mengelamun panjang. Dah jom turun, majlis dah nak mula." Bebel Ikram. Iryan memilihnya sebagai pengapit lelaki kerana hanya Ikram kawan yang rapat dengannya.

"Baiklah 'papa'." Usik Iryan "Kau ni kalau tak membebel dalam sehari memang tak boleh kan. Aku doakan kau dapat isteri yang lagi 'power' dari kau, baru kau tau 'kesengsaraan' yang aku lalui selama ni sebab mulut kau yang kuat membebel ni." Sambung Iryan sambil menadahkan tangannya. Bibirnya menahan ketawa.

Ikram berpura-pura mencari 'senjata'yang boleh digunakan untuk menghukum Iryan.

Ketawa Iryan terkeluar melihat tingkah Ikram.

"Dah, baik kau ikut aku turun sekarang sebelum Diandra jadi balu 'tak sah'. Jom" Arah Ikram. Nadanya berbaur amaran.

Iryan melihat dirinya sekali lagi di dalam cermin ' good luck Iryan' bisik hatinya lalu melangkah keluar daripada bilik bersama Ikram.

Part ni saya bagi pendek je, sbb kelam-kabut mcam dikejar zombi.. Hehe..

Well keep voting and comments guyss..
#Bigheartforuallsss

My MR.CEOWhere stories live. Discover now