Chapter 11

5.8K 215 20
                                    

"Taniah Yan." Ucap Ikram sambil menepuk baru kiri Iryan.

Iryan menepuk tangan Ikram d bahunya. "Kau ni dari pagi sampai ke malam masih nak ucap taniah." Katanya sambil terseyum, menampakkan barisan gigi putihnya.
"Anyway, thanks bro." Sambungnya lagi.

Ikram tersenyum sambil menganggukkan kepalanya.

Iryan melabuhkan punggungnya di salah satu kerusi kosong di sebelahnya. "Fuhh!! Penat." Keluh Iryan setelah mendapatkan posisi duduk yang selesa.

Ikram turut sama melabuhkan punggungnya pada kerusi kosong bersebelahan dengan Iryan. "Menyesal aku setujuh jadi pengapit kau Yan. Gila aku dibuatnya." Kata Ikram sambil menghembuskan nafas.

Iryan tersenyum sambil menepuk bahu Ikram. "Habis tu siapa nak jadi pengapit aku kalau bukan kau. Kau kan sahabat sehidup semati aku, takkanlah kau nak kecewakan aku kat hari bahagia aku ni. " Katanya sambil menayangkan muka kesiannya. Motifnya adalah untuk lari daripada bebelan Iryan.

"Kau jangan harap nak lari dari mulut aku Yan. Taktik 'busuk' kau tu dah tak boleh pakai.Kata Ikram sambil memberikan jelingan 'manjanya' kepada Iryan.

Iryan menarik semula tangannya apabila mengetahui maksud jelingan Ikram. 'Huii, bahaya ni.. Bom nak meletus.' Bisik Iryan.

"Mengada kau tadi kan. Suruh ambilkan kipas lah, air lah. Kaki aku ni dah menahan keinginan nak sepak kau dari pagi tadi lagi Yan." Bebel Ikram, dia melipat lengan baju melayunya sampai ke paras siku.
"Ni bibir ni." Kata Ikram sambil menunjuk bibirnya. "Habis cramp sebab senyum berjam-jam tau." Sambyngnya. "Kalau aku tak ingat hari ni kau jadi raja dah lama aku umban kau kat swimming pool kat depan tu." Katanya sambil mengingat kembali 'kegilaan' Iryan pagi tadi. Ikram terpaksa menahan laparnya kerana menemani Iryan di atas pelamin. Iryan pula hanya menayangkan 'senyuman' maafnya.

Iryan ketawa mendengar rungutan Ikram. "Yelah, tulah tugas pengapit. Alah, kau anggap jelah ni pengalaman untuk kau. Boleh kau gunakan masa kau nak kahwin nanti." Kata Iryan sambil menahan ketawanya.

Ikram membulatkan matanya mulutnya ingin menyambung bebelannya tetapi dipotong oleh Iryan. "Amboiiii kauu.... "

"Aku naik dulu nak tukar baju. Kau bolehlah kenyangkan perut kau dulu. Kejap lagi aku turun, lepastu aku temankan kau okay." Terang Iryan sambil membuka langkah menuju ke bilik 'mereka' sebelum Ikram meneruskan bebelannya.

Ikram hanya menggelengkan kepalanya setelah melihat Iryan melangkah pergi. Dia tersenyum, hafal dengan sifat Iryan yang sentiasa bijak mencari jalan, untuk lari daripada bebelnnya. Ikram turut gembira melihat wajah gembira Iryan baginya, dengan cara ini Iryan tidak akan terus menyalahkan dirinya sendiri tentang kematian arwah abangnya.

•••••

"Dian?" Panggil puan Maria lembut.

Diandra memalingkan kepalanya mencari punca suara tersebut. Dian tersenyum setelah melihat puan Maria berjalan ke arahnya. "Ya ma, kenapa cari Dian ni?" Soalnya penuh sopan-santun.

"Kamu tak nak tukar baju ke?" Soal puan Maria.

"Eh, ahalah.. Dian lupa hehe." Katanya sambil tersenyum manja ke arah puan Maria.

Puan Maria menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. "Pergilah tukar baju dulu, mama nampak Iryan naik tadi tu. Mungkin Iryan pun tengah tukar baju sekarang tu." Kata puan Maria.

Diandra menganggukkan kepalanya. "Okay mum. Dian naik dulu." Kata Diandra.

"Okay darling."Jawab puan Maria.

Diandra melangkah ke bilik mereka. Jantungnya berdetak laju apabila jaraknya dengan bilik 'mereka' semakin hampir.

Akhirnya Diandra tiba di hadapan pintu bilik mereka.
Diandra hanya berdiri di hadapan pintu bilik tersebut untuk seketika, sambil mencari nafasnya yang lebih stabil.

Jeng, jeng, jeng!
Akhirnya, Diandra dan Iryan dah sah jadi suami isteri.
So everyone, as always saya nak mintak maaf kalau penggunaan tatabahasa saya banyak sangat errors.. Maklum la hanya manusia biasa,.. Cewahh emo la pulak..
Letsbacktothestory, harap smua suka kat cerita saya.
N dont forget to vote n comments all.. Muahhhhh

#loveneverend.

My MR.CEOWhere stories live. Discover now