Berita tentang persiapan perkahwinannya bersama Iryan sudah mendapat perhatian daripada pihak media.
Untung saja selama ini pertunangannya bersama Reza dirahsiakan, jika tidak pasti sekarang dirinya sudah dihujani pelbagai soalan daripada wartawan.
Diandra ingin berita ini sampai ke pengetahuan Reza.
"Just wait. This is just the beginning, I'd prepared a good game for you Rez." Diandra tersenyum sinis.
Dia mencapai telefonnya dan mendail nombor seseorang.
"Liz, I nak you sediakan semua dokumen kerjasama kita dengan Reza holdings selama ni. You letak ja dokumen tu atas meja I. I'll be there in twenty minutes." Kata Diandra."Baik cik," Balas Liza pendek.
Diandra memutuskan talian. Dia turun ke tingkat bawah banglo itu.
"Good morning ma and good morning pa," kata Diandra sambil menghampiri meja makan.
"Morning too," Sahut Dato Muhkriz dan Puan Maria.
"Dian nak pergi mana ni?,"Soal Puan Maria.
"Nak pergi office," Pendek saja jawapannya.
"Wow, unexpected. Selalunya nak mama kejutkan dulu baru nak berganjak dari katil tu," Puan Maria sengaja mengusik anaknya itu. Jika hari-hari sebelumnya, jangankan jenguk nak lihat muka anaknya ini di office memang mustahil.
"Dian akan mula kerja hari ni." Jawapan yang diberikannya itu sudah cukup untuk mengejutkan Dato Muhkriz dan Puan Maria.
"Hampir tersembur kopi dalam mulut papa ni tau," Dato Muhkriz berseloroh. "Kenapa papa tak tahu yang Dian nak mula kerja hari ni?" Soalnya.
"Sekarang papa tau dah kan," Diandra mengeluarkan senyum sumbingnya.
"Amboi. Maria tengok anak awak ni, nasib tak sakit jantung saya tadi." Dato Muhkriz bergurau dengan isterinya. Sungguh anaknya tunggalnya ini sukar untuk dijangka.
"Apa abang ni, Dian ni ikut awaklah suka buat surprise."Kata Puan Maria, kini dia mengusik suaminya semula.
"Eheh, jangan gaduh. Meh sini Dian bahagikan. Muka Dian yang comel dan cantik ni Dian dapat dari mama. Otak Dian yang bijak pandai ni Dian dapat dari papa. Selesai." Katanya membuat spekulasi.
Dato muhkriz dan isterinya ketawa setelah mendengar hujah bijak anaknya itu.
"Dah la tu, mari sarapan. Kalau dilayan kamu berdua ni sampai besok tak makan." Kata Puan Maria.
Diandra dan Dato Muhkriz hanya menurut.
•••••
"Kau rasa betul tak keputusan aku ni?" Soal Iryan.
"Kalau akulah, aku rasa ini adalah keputusan paling terbaik kau pernah buat." Jawab Ikram bergurau.
"Aku serius ni." Iryan tidak puas hati dengan jawapan dari sepupunya itu.
"okay. sorry," Ikram tersenyum sumbing setelah melihat muka masam mencuka Iryan.
"Kau tanya aku pula?" Jawab Ikram. "Sepatutnya kau tanya diri kau sendiri Iryan. Kalau kau tanya aku, baik aku yang kahwin." Ikram menjawab tenang.
"Aku.. Aku.. Aku pun tengah pening." Iryan melepaskan keluhannya.
"Kau redha jelah Iryan. Sentiasa ada sebab untuk semua yang berlaku." Ikram cuba menenangkannya.
'Betul.. There must be a reason behind all of this.' Iryan mencuba mengawal emosinya.
"Jangan sesekali menyesali perkara yang sudah berlaku ingat tu." Kata Ikram sambil menepuk bahu Iryan.
"Thanks bro," Ucap Iryan. "Bila kalau kau nak kahwin, kau datang je kat aku.. Nanti aku bagi balik ayat-ayat syahdu kau tadi..," Guraunya.
Ikram ketawa kecil setelah mendengar cadangan Iryan itu.
"Tak payalah, anggap je aku sedekahkan kat kau. Kau simpanlah baik-baik ye." Balas Ikram.
Iryan tersenyum mendengar kata-kata sepupunya itu.
Kalau bab-bab 'mengayat' ni memang Ikramlah pemenangnya.
"Ayat-ayat kau ni, boleh buat ais kat peti ais rumah aku cair," Kata Iryan. Pujiannya itu sudah cukup untuk membuatkan Ikram kembang hidung.
Ikram menyiku lengan Iryan. "Kau jangan nak mengada. Dah kau nak ikut aku atau tak? Aku nak pergi lunch ni." Pelawanya.
"Jomlah, aku pun dah lapar dah ni." Iryan mencapai telefon bimbit miliknya yang berada di atas meja lalu berjalan menuju ke pintu.
Ikram segera bangun dan berlalu pergi bersama Iryan.
Author note:
Hello guyss 😊 author mintak maaf sangat2 sebab lambat update untuk part2 seterusnya.🙏Author juga nak minta maaf sekrnya bnyk keslhan ttbhasa dan ejaan(typo)🙏.Author akan siapkan crita ni dulu lepas tu barulah author akan perbaiki semula kslhan2 sblum ni ok.. 👌keep enjoying my story 😄
YOU ARE READING
My MR.CEO
Romance"Awak tak perlu takut dengan saya.Setahu saya belum pernah ada report, yang mengatakan saya ni makan orang."-Akmal Iryan. "Eh, ada saya tanya awak makan orang atau tak? Tak kan."-Diandra Elisa. Ini adalah sebahagian daripada sinopsis crita...