"Awak masuklah dulu. Saya tertinggal telefon dalam kereta pula." kata Nazrin yang perasan telefon tertinggal di dalam kereta saat mereka beberapa langkah saja lagi untuk masuk ke dalam restoran.
"Tapi,saya mana tahu macam nak order makanan semua itu."Alya nyata agak kekok untuk makan di restoran mewah itu.
"Saya dah tempah meja atas nama saya. Menu semua saya dah pilih. Awak masuklah dulu." balas Nazrin yang kemudiannya tergesa-gesa untuk ke kereta.
Alya mengeluh.Baru sahaja dia hendak menolak pintu, ada tangan yang sudah memegang pintu restoran itu. Alya memandang pemilik tangan itu.
"Lia,makan disini juga?" tegur Nazhan sambil tersenyum ke arahnya.
Malu pula Alya dibuatnya. Dia hanya mengangguk. Nazrin turut ajak Nazhan makan bersama mereka? Pelik. Katanya mahu date buat pertama kali. Tapi, ajak kembar sendiri pula.
"Lama tak jumpa kan? Awak sihat? Saya..."
"Awak apa?" belum sempat Nazhan menghabiskan ayatnya Yana sudah berada disebelahnya sambil memegang erat lengan Nazhan.
"Siapa itu Nazhan?" Tanya ibu mertuanya pula.
Alya pula serba salah. Aduhai, mana pula Nazrin. Ambil telefon macam buat telefon saja. Alya sudah gelisah.
"Yana! Aunty! apa khabar?" tegur Nazrin yang cepat-cepat berdiri disebelah Alya.
"Kami sihat saja. Siapa itu?" jawab Datin Sharifah Salina.
"Bakal isteri saya. Tapi, belum bawa jumpa ummi dengan abah lagi."
"Ouh...ini datang nak dating lah ni. " usik Yana.
"Lebih kurang begitulah."balas Nazrin malu-malu.
Mata Nazhan tidak habis-habis memandang Alya yang hanya duduk beberapa meja darinya. Entah mengapa rindu yang dia rasakan lebih dari rindu seorang sahabat.
"Awak okay duduk disini? Kalau nak tukar meja boleh. Atau nak tukar tempat duduk dengan saya?" soal Nazrin saat melihat Alya seperti selesa.
"Tak payah. Saya okay saja. Makanlah" balas Yana sambil tersenyum. Padahal dia memang rasa tak selesa. Dia boleh nampak dengan jelas Nazhan asyik memandangnya.
"Awak dah bincang dengan mak awak tentang kita?" tanya Nazrin.
Alya diam. Matanya juga sedang memandang Nazhan. Alya tiba-tiba cemburu melihat Yana yang mengada disebelah Nazhan.
"Kita tukar meja sekarang."
Alya terus kembali fokus. Nazrin sudah bangun. Lekas Alya menarik lengan baju Nazrin.
"Saya okay. Tak perlu tukar." pinta Alya.
"Saya yang rasa tak okay." balas Nazrin. Alya meminta Nazrin untuk duduk. Nazrin menurut.
"Maaf. Pasal hal itu saya dah bincang dengan mak. Hari sabtu ini awak boleh datang sebab along pun ada bersama." kata Alya.
Nazhan memandang Alya apabila melihat Nazrin bangun sebentar tadi. Dia ingin tahu apa yang terjadi antara mereka. Selama ini dia tidak tahu pula Alya bersama Nazrin.
"Do you still love him?" tanya Nazrin tiba-tiba.
Alya mula rasa tidak selesa. Tolonglah. Dia tidak mahu bergaduh disini.
YOU ARE READING
Pilihan Hati
RomanceSiapa kata cinta zaman sekolah itu cinta monyet yang tak akan kekal lama? Tapi, mungkin juga kata-kata itu ada betulnya. Lihat saja hubungan Nazhan dan Alya yang putus selepas memasuki zaman universiti. Tapi,cinta Alya pada Nazhan susah untuk dibuan...