Nazrin bersyukur juga dapat pergi ke Terengganu. Selain bekerja dapat juga dia berehat. Dia sudah memaklumkan kepada ayahnya agar nanti tidaklah timbul masalah.
Nazrin memilih untuk menginap di sebuah hotel lima bintang di Kuala Terengganu. Esok baru dia akan memantau projek pembinaan mereka.
"Nazrin?Awak buat apa disini?" Tegur Adlina.
Nazrin yang baru hendak mencari pantai yang berdekatan menggunakan aplikasi google terus memalingkan kepalanya ke arah Adlina.
"Hai, saya ada kerja sikit tapi esok baru saya pergi ke tapak projek. Awak buat apa? Lama tak nampak?" kata Nazrin sambil tersenyum.
"Come, I'll take you to somewhere and I'm sure you gonna like it."Ajak Adlina. Nazrin setuju memandangkan dia juga tiada hala tuju ketika itu.
Rupanya, Adlina membawa Nazrin ke Pantai Batu Buruk yang berdekatan dengan bandar Kuala Terengganu. Nazrin kelihatan agak gembira apabila Adlina membawanya ke situ.
"You like it?" Tanya Adlina sambil tersenyum.
Nazrin yang baru lepas bermain kenderaan bermotor ATV itu mengangguk laju. Dia tersenyum kembali. Tak sangka, antara dirinya dan Adlina langsung tidak kekok.
"Saya nak tanya sesuatu." kata Nazrin.
Adlina memandang Nazrin.
"Kenapa awak hilangkan diri lepas kita jumpa hari tu? Awak marah?" tanya Nazrin
"Siapa saja yang tak kecewa bila orang yang dia sayang dah ada pilihan hati sendiri?" Adlina memandang Nazrin serius.
"Saya minta maaf tapi saya memang tak boleh paksa perasaan saya."
"Saya tahu. Saya bukan untuk awak. Saya bawa diri untuk lupakan semua ini. Saya tak nak jadi perampas awak pun tahu saya macam mana." kata Adlina. Dia memang sayangkan Nazrin tapi dia tak suka memaksa.
"Thanks.Saya rasa kita lagi baik jadi kawan kan?" tanya Nazrin sambil tersenyum. Senyuman itu. Senyuman yang membuatkan Adlina turut tersenyum tanpa sedar. Adlina mengangguk lemah.
"Kalau itu yang terbaik saya terima. Awak jangan risau saya tak akan jadi watak antagonis yang akan musnahkan hubungan kau orang." Adlina tersenyum.
Nazrin ketawa kecil.
YOU ARE READING
Pilihan Hati
RomanceSiapa kata cinta zaman sekolah itu cinta monyet yang tak akan kekal lama? Tapi, mungkin juga kata-kata itu ada betulnya. Lihat saja hubungan Nazhan dan Alya yang putus selepas memasuki zaman universiti. Tapi,cinta Alya pada Nazhan susah untuk dibuan...