Nazrin sibuk berbincang dengan Akmal, ketua projek di Terengganu tentang projek mereka. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Nama Adlina tertulis di skrin. Sedikit hampa kerana Nazrin mengharapkan Alya yang menelefonnya.
"Ya, Adlina ada apa?Saya masih ada kerja ni." kata Nazrin sambil melihat jam di tangannya.
"Ouh...maaf. Kalau masa lunch awak free tak?" tanya Adlina lagi.
"Kau free masa lunch tak?" Nazrin bertanya pada Akmal. Terkaku sebentar Akmal.
"Aku free tapi kenapa pula?"tanya Akmal kembali.
"Okay. Adlina, saya free tengah hari nanti. Awak set tempat nanti mesej saya ya." Nazrin terus menamatkan panggilan.
Nazrin tersenyum nakal ke arah Akmal. Risau pula Akmal melihatnya. Apa pula rancangan Nazrin kali ini.
Alya cuba menghubungi Nazrin. Tapi, semua panggilannya tidak diangkat. Mungkin Nazrin sibuk dengan kerjanya. Yalah, dia ke Terengganu bukan untuk bercuti. Alya duduk kebosanan di kaunter. Masih tiada yang datang atau menelefonnya untuk jawatan kosong yang ditawarkannya.Pintu butik dibuka.Alya terkejut saat melihat Nazhan yang datang. Sejak bila pula Nazhan tahu tentang butiknya. Takkan pula Nazhan beria-ria mencari butiknya.
"Akhirnya, saya jumpa pun butik awak. Saya selama ini mencari-cari. Yana pernah ke sini tapi saya tak mungkinlah nak tanya dia."
Alya masih terdiam. Tak sangka pula Nazhan memang mencari butiknya. Masin betul mulutnya.
"Awak okay tak? Kenapa diam? terkejut?" tanya Nazhan lagi.
"Okay saja. Awak nak apa sampai datang sini?"
"Saya nak bercakap dengan awak. Saya perlu bercakap dengan awak."
"Apa lagi? Tentang soalan itu saya minta maaf sebab saya tak boleh nak jawab." balas Alya. Dia cuba berlagak seolah-olah dia tidak panik.
"Kenapa? Saya rasa kalau awak yakin dengan jawapan awak, awak tak perlu nak risau pun kerana awak dah yakin. Tapi, bila awak ragu-ragu macam ini saya rasa saya tahu jawapannya." Nazhan tersenyum sinis.
"Awak tak ada hak untuk cakap macam tu. Awak tak tahu apa yang ada dalam hati saya pun."
"That's why I came here to know what's your heart want. Do your heart want me or Nazrin?" Lagi sekali Alya terdiam. Langsung tiada jawapan dari Alya.
Tiba-tiba seorang gadis dalam lingkungan umur 20-an masuk ke butik Alya. Alya bersyukur. Rasa seolah-olah dia baru diselamatkan.
"Tengok-tengoklah dahulu ya." kata Alya saat melihat gadis itu seperti meninjau sekeliling butik.
Nazhan terus keluar tanpa berkata apa. Alya menarik nafas lega. Kalau tidak, memang habislah dia di'psiko' Nazhan.
"Saya sebenarnya nak tanya tentang jawatan kosong itu." kata gadis itu. Dia kelihatan agak malu-malu.
"Jawatan itu masih ada kekosongan kalau awak nak." kata Alya sambil tersenyum.
"Ya, saya nak jawatan itu. Nama saya Sarah. Ini resume saya." Sarah mengeluarkan resumenya dan diletakkan di atas kaunter.
YOU ARE READING
Pilihan Hati
RomanceSiapa kata cinta zaman sekolah itu cinta monyet yang tak akan kekal lama? Tapi, mungkin juga kata-kata itu ada betulnya. Lihat saja hubungan Nazhan dan Alya yang putus selepas memasuki zaman universiti. Tapi,cinta Alya pada Nazhan susah untuk dibuan...