"Assalamualaikum." Nazrin sudah berada di rumah Alya seperti yang dijanjikan. Walaupun, ketika itu dia sedang marah.
Dia dan Alya langsung tidak bertegur selepas malam itu. Sms,panggilan suara mahupun Whatsapp semuanya tidak. Masing-masing diamkan diri.
"Waalaikumussalam.Nazrin ya?" kata Puan Hanim.
"Iya mak cik. Alya cakap hari ini saya boleh berjumpa dengan mak cik dan along." kata Nazrin. Dia kemudiannya bersalam dengan Puan Hanim.
"Tapi, Alya cakap tak jadi pula. Jadi, along dia pun tak datanglah." balas Puan Hanim yang kehairanan.
Nazrin terdiam sebentar. Alya batalkan? Bukankah dia sudah membalas pertanyaan Alya?
"Tapi, dia tak cakap apa-apa pun mak cik." Nazrin betul-betul keliru.
"Tak tahu pula saya kalau balas 'hmm' tu maksudnya 'ya'." Alya yang sudah bersiap ke butik keluar dari pintu rumah.
"Tak apalah. Marilah masuk." Jemput Puan Hanim.
"Tak payahlah mak. Kami bukan nak kahwin pun. Semua itu tak jadi." Balas Alya selamba.
"Sudah. Dua-dua masuk sekarang. Bincang di dalam. Cepat" Arah Puan Hanim tegas.
Alya pada awalnya masih berdegil namun akhirnya dia mengalah.
"Sekarang ini kamu berdua bincang mak nak ke dapur buat air." kata Puan Hanim.
Kedua-duanya diam. Alya sudah sibuk menghantar pesanan ringkas kepada Ain untuk menyatakan dia akan lewat ke butik.
"Saya nak penjelasan." Nazrin memecahkan kesunyian.
"Apa lagi nak jelaskan? Awak yang suruh lupakan semua ini. Awak yang bagi respons entah apa-apa bila saya tanya pasal hari ini. Apa lagi awak nak tahu?" jawapan sarkastik yang Alya berikan.
"Baiklah. Saya minta maaf. Saya tahu saya salah. Tapi, tolonglah jangan batalkan semuanya." pinta Nazrin.
"Habis kalau awak hanya dapat jasad sahaja macam mana?" Alya memerli. Matanya langsung tidak memandang Nazrin.
"Okay. Saya tahu saya salah. Tapi, tolonglah jangan batalkan semuanya. Saya sebenarnya dah lama suka awak." Nazrin meluahkan perasaannya.Alya diam. Terkelu seketika.
"Kalau dah lama suka buat apa lama-lama. Langsungkan saja." Puan Hanim tiba-tiba menyampuk.
"Ermm...niat saya begitulah. Tapi, Lia macam tak nak saja. Saya tak mahulah kalau saya seorang saja yang bersungguh." kata Nazrin.
"Dia nak tu. Dia malu nak cakap saja. Nanti ajak keluarga kamu datang kita buat ikut adat." Puan Hanim memberikan kata muktamad.
Alya tersentak. Memandai pula ibunya memberikan keputusan. Dia tak tahu sama ada nak gembira atau sedih. Tapi, dia patutnya gembira. Ya, gembira!
"Lia, aku rasa kau patut cari pekerja barulah." kata Ain saat Alya baru sampai ke butiknya."Kenapa? Kau nak berhenti? Tihah pun?" Tanya Alya. Risau pula dia. Sudahlah butik ini baru 3 tahun dibuka.
"Aku tak adalah nak berhenti. Tihah itu. Sudah duduk berangan nak jadi suri rumah. Aku pula sekarang kadang-kadang sibuk dengan anak. Kau pula bila dah kahwin nanti sudh tentu nak jaga keluarga kau macam aku juga" balas Ain.
Sudah lama Ain ingin meluahkan pendapatnya tapi asyik tidak berkesempatan. Dia bukan tidak mahu bekerja lagi cuma kadang- kadang anak-anaknya lebih memerlukan dirinya. Tambah-tambah bila kini dia sudah beranak dua.
YOU ARE READING
Pilihan Hati
RomanceSiapa kata cinta zaman sekolah itu cinta monyet yang tak akan kekal lama? Tapi, mungkin juga kata-kata itu ada betulnya. Lihat saja hubungan Nazhan dan Alya yang putus selepas memasuki zaman universiti. Tapi,cinta Alya pada Nazhan susah untuk dibuan...