Bab 3

96 4 0
                                    

           Alya masuk ke butik agak lewat hari ini. Mana tidaknya, pagi-pagi pun di tarbiah ibunya. Sengaja mahu mengungkit janji yang dia berikan semalam.

         "Dah kenapa dengan muka itu? Masam macam apa dah." Tegur Ain yang berada di kaunter.

         "Hmmm...macam masalah besar melanda saja. Ceritalah cepat. Nanti customer datang tak sempat pula aku nak dengar. " Sambung Tihah pula.

        "Aku rasa kalau aku ada kawan macam doraemon itu sudah lama aku minta alat untuk kembali ke masa lampau." kata Alya. Badannya dihempas ke atas kerusi.

          Ain dan Tihah saling berpandangan. Jelas sekali wajah mereka penuh dengan tanda tanya. Tihah terus mendekati Alya.

          "Tell me now ,what happen?" Tangan Tihah mencuit bahu Alya.

           "Aku terjanji dengan mak aku yang aku akan kahwin tahun ini juga. Tapi, aku terjanji faham tak? 'Ter' tu maksudnya bukan saja-saja janji."

            " Kau ni kan Alya perangai macam budak-budak. Mana ada 'ter ter' ni. Kalau dah janji maksudnya dah janji lah." Ain mula bersuara. Geram pula dengan sepupunya itu.
 
          "Manalah aku nak tahu yang benda macam ni nak jadi. Masalah sekarang ni ialah aku tak ada calon pun." kata Alya sambil mencebik.

           "Assalamualaikum."
 
           Semua memandang ke arah pemilik suara yang memberi salam.

           " Aku rasa itu jodoh kau." Kata Tihah sambil memuncungkan bibirnya ke arah .

            "Diamlah kau." Alya terus bangun dari kerusi dan berjalan ke arah Nazrin.

            " Jomlah pergi kafe depan tu. Duduk disini nanti ada yang bergosip bukan-bukan pula." Alya mengajak Nazrin.

           "Okaylah. Kami pergi dulu." Nazrin tersenyum ke arah Tihah dan Ain.

            "Kenapa kau datang? Kerja dekat pejabat itu dah habis?" Alya bertanya.

             " Kau kata semalam nak lepak tapi last-last aku yang tercongok seorang dekat kedai mamak tu" kata Nazrin sambil menguis makanannya.

           "Aku lupa! Mak aku datang semalam. Aku duduk rumah saja." Alya menepuk dahinya.

          "At least sms lah aku. Tak adalah aku seorang duduk menunggu kau lama-lama." balas Nazrin.

          Alya mula rimas. Pelik-pelik saja Nazrin ni sejak akhir-akhir ini. Suka betul mengada dan merajuk dengannya. Geli pun ada.

         "Aku tak minta kau tunggu pun. Tak payah tunggu-tunggu. Lagipun tak manis lah asyik keluar. Kita bukan ada ikatan pun." Alya membalas dengan selamba.

        "Kalau aku nak jadikan kau isteri aku kau nak tak?"

        Zup!

        Merah pipi Alya! Jantungnya juga berdegup laju.

        "Apa kau merepek?" Alya buat-buat tidak tahu.

         Cincin dikeluarkan dari poket baju Nazrin. Diletaknya cincin itu diatas meja dan ditolak ke arah Alya.

         Alya merenung lama. Teringat kembali kata-kata Tihah dan Ain dan janji antara dia dan ibunya.

        "Aku rasa ini bukan caranya. Kau lamar aku sedangkan nanti kau bukan saja bakal bersama dengan aku tapi ahli keluarga aku juga." Alya akhirnya meluahkan rasa yang terpendam.

          "Maksud kau, aku kena jumpa keluarga kau? Kau betul tak kesah?" Nazrin bertanya. Merenung Alya dengan penuh harapan.

          "Haah. Nanti aku bagitahu bila kau boleh jumpa keluarga aku." Balas Alya. Wajahnya serius.

           "Aku pergi dulu. Nanti apa-apa hal aku bagitahu kau."

           "Tunggu"

           Alya kembali fokus memandang Nazrin.

          "Boleh tak kita tukar panggilan?" Kita guna "saya awak"? Sebab aku rasa lebih baik." pinta Nazrin.

          "Okay. Saya pergi dulu." kata-kata Alya membuatkan Nazrin tersenyum.

         Akhirnya, Alya dan dia bakal disatukan. Bahagianya dia rasa sekarang. Tak sangka Alya akan bersetuju dengan begitu mudah. Diharapnya majlisnya nanti dipermudahkan juga.

          
          Alya mula memikirkan kembali kata-katanya tadi. Betulkah keputusan yang dibuatnya itu? Tidakkah masih terlalu awal?Tapi, dia langsung tak cinta akan Nazrin.

          "Best tak dating?" usik Ain.

          Alya menjeling. Ada saja yang mengacau. Baru dia hendak cuba berfikir tentang masa hadapannya.

        "Amboi, dia jeling je sis." Ain memberi isyarat kepada Tihah untuk menyakat Alya.

        "Haish, takkan tak tahu lagi. Diam tanda setuju. Bila jeling-jeling tu tandanya nak kahwin terus lah tu." kata Tihah.

         " Mana kau tahu?" Alya terkejut mendengar kata-kata Tihah.

          "Jadi, betullah nak kahwin?"
         
           "Cuba bagitahu apa jadi sebenarnya ni?"

           "Bau nasi minyak dah kuat ni"

            "Tema apa yang kau nak?"
 
             "Cepatnya pilih tema."

              Bergilir-gilir Ain dan Tihah bercakap. Pening pula kepala Alya. Aduh, kenapalah dia boleh terlepas cakap. Itulah kalau tak kalut bukan Alya Maisarah namanya.

            "Aku tak buat keputusan lagi. Jadi, berhenti bercerita tentang nasi minyak dan tema semua ni. Full stop." Alya memberi isyarat agar mereka berhenti bertanya.

         "Okay. Tapi,aku nak tanya satu soalan penting." Ain masih mahukan kepastian.

          "Apa lagi?"
   
          "Dia memang lamar kau kan?" Ain bertanya.

         "Haah, sebab itu aku cakap tak buat keputusan cuma aku minta jumpa mak aku." Alya cuba menerangkan hal sebenar.

             





           Pintu pejabat Nazrin diketuk. Nazrin kehairanan. Setahunya, Diana iaitu setiausahanya baru sahaja keluar. Takkan pula ada hal lain yang lupa Diana beritahu.

             "Masuk" arah Nazrin.

             Pintu dibuka perlahan. Nazhan masuk dengan senyuman yang terukir dibibirnya. Nazrin tersenyum kembali. Senyuman  yang diberikan kelihatan agak plastik.

            "Kau okay ke dengan jawatan kau sekarang? Kalau kau ada tak puas hati kau cakaplah. Aku tak naklah gaduh dengan kau lagi." kata Nazhan.

         Nazhan nyata mahu meminta maaf atas kesilapannya. Dia tahu dia terlalu mengikut perasaan sehingga sanggup bergaduh dengan saudara kembar sendiri.

          "Aku okay. Lagipun bukannya abah letak aku jadi tea lady ke apa. Aku jadi CAO kira okay apa." balas Nazrin. Sungguh Nazrin langsung tidak kesah dengan jawatannya malah dia bersyukur.

         "Aku bukan apa aku tengok kau macam tak suka aku saja dari masa dinner lagi. Aku tak naklah kau berdendam." balas Nazhan.

      "Kau jangan fikir bukan-bukan. Aku rasa kekok sikit saja. Yalah, kita dah lama tak jumpa. Last jumpa masa tengah perang dingin memang kekoklah masa jumpa balik." kata Nazrin. Kali ini dia ikhlas tersenyum.

          "Kalau macam itu lega sikit aku dengar. Kau tahu kan aku sayang kau weh." kata Nazhan.
  
           Nazrin tergelak besar. Aduh, terlampau sweet betul kembarnya itu. Geli pula dengar.

         "Dah dah...kau ini buat aku tak jadi buat kerja. Baik kau keluar nanti kerja aku tak siap kau juga yang tanya macam-macam." Nazrin masih tertawa.

        "Kau halau aku. Baiklah, kau buat kerja elok-elok. Jumpa dirumah nanti. Jangan tak balik pula." Kata Nazhan sebelum keluar dari bilik Nazrin.

        Nazrin masih tersenyum. Dia senang dilayan dengan baik oleh kembarnya itu. Lama tidak bergurau seperti tadi rindu rasanya.

Pilihan Hati Where stories live. Discover now