Sebulan telah berlalu. Alya dan Nazrin telah selamat diijab kabul. Puan Hanim tersenyum lebar. Nampaknya termakbul juga doa untuk melihat anak perempuan tunggalnya itu berkahwin.
Majlis mereka biasa-biasa saja. Nazrin dan Alya setuju untuk mengadakan majlis itu secara sederhana. Cukup sekadar apa yang ada.
"Terima kasih untuk segalanya." kata Nazrin setelah semuanya selesai.
"Saya yang patut ucap terima kasih sebab sudi terima saya balik sedangkan saya dah banyak buat awak terluka." Alya mengenggam tangan Nazrin.
"Saya nak juga ucap terima kasih sebab jadikan saya pilihan hati awak yang tetap. Saya gembira sebab akhirnya awak milik saya secara sah."
Dahi Alya dikucup lembut. Mujur mereka dalam bilik. Kalau ada yang melihat pasti termuntah.
"So,what's next?" tanya Alya pura-pura tidak tahu.
"It's the most exciting part. Honeymoon!" Nazrin menjerit.
Alya menekup mulut Nazrin. Malu saja kalau orang lain dengar. Macam orang lain tidak pergi berbulan madu saja. Buat malu saja Nazrin ini.
"Awak tu buat-buat tak tahu."
"Hish...tak perlulah jerit-jerit. Kenapa tidak buat pengumuman saja tentang ni tadi?" perli Alya.
Nazrin tersengih nakal.
Nazhan dan Yana baru balik dari majlis Nazrin dan Alya. Mereka pulang ke rumah baru. Nazhan bersyukur Yana sudi kembali kepadanya.
"Yana, boleh duduk disini kejap?" Nazhan menepuk katil.
"Ada apa?" Yana yang baru membuka tudung mendekati Nazhan.
"Saya minta maaf tentang semuanya. Saya banyak buat salah pada awak."
"Apa awak ni? Kan saya dah maafkan awak. Sudahlah. Saya sayang awak. Awak pun sayang saya kan?"
Nazhan mengucup dahi Yana. Rambut Yana diusap lembut. Nazhan hanya tersenyum.
"Saya tanya ni. Kenapa diam?" Yana mengada.
"Saya sayang awak. Awak saja yang faham saya. Awak saja suka buat lawak walaupun saya tengah marah. Awak saja isteri yang sanggup bersabar dengan saya."
Yana tersenyum puas. Nazhan turut tersenyum. Yana tiba-tiba bangun. Dia mengambil sesuatu dari laci meja solek. Berkerut dahi Nazhan.
"Apa tu?"
"Flight ticket!"
"Nak pergi mana?"
"Honeymoon!"
"Honeymoon? Tapi, saya tak minta cuti lagi. Nanti kerja banyak."
"No excuse.Saya dah cakap dengan abah siap kenyit-kenyit mata pada abah. Abah benarkan kita pergi." jawab Yana selamba.
Nazhan hanya menggelengkan kepalanya. Tapi, seronok juga berbulan madu. Dia dan Yana dapat meluangkan lebih masa bersama. Mungkin kalau ada rezeki mereka dapat merasa timang anak.
'Pilihan hati itu kadang-kadang kita rasa pilihan salah. Tapi, tanpa kita sedar ia adalah pilihan yang paling tepat dalam hidup' - Alya Maisarah.
'Pilihan hati kita tak semestinya jodoh kita. Allah yang tentukan segalanya. Letakkan segala kepercayaan pada-Nya.' - Syed Nazrin
'Pilihan hati adalah adalah seseorang yang kita yakini akan menjadi pilihan yang tepat dalam hidup kita.' - Syed Nazhan
'Pilihan hati sesuatu yang sukar bagi sesetengah orang tapi sudah tetap pilihan hatinya, tiada siapa dapat menggantikan tempatnya walau beribu kali disakiti.' - Yana
--Tamat--
terima kasih bagi sesiapa yang membaca...Masih banyak cacat cela dalam penulisan dan masih belajar untuk membaikinya...In sha Allah...
YOU ARE READING
Pilihan Hati
RomanceSiapa kata cinta zaman sekolah itu cinta monyet yang tak akan kekal lama? Tapi, mungkin juga kata-kata itu ada betulnya. Lihat saja hubungan Nazhan dan Alya yang putus selepas memasuki zaman universiti. Tapi,cinta Alya pada Nazhan susah untuk dibuan...