Bab 31

113 1 0
                                    

                Dato Syed Zahari dan Nazrin bergegas ke hospital. Dilihat hanya Nazhan sedang duduk terdiam. Datin Sharifah Zarina kelihatan resah.

               "Apa jadi?" tanya Dato Syed Zahari.

              "Saya tak tahu. Tapi, yang saya tahu Yana jatuh lepas tu habis berdarah-darah." jawab Datin Sharifah Zarina.

              Nazhan masih diam. Dia terkejut dengan apa yang berlaku. Peristiwa tadi membuatkan dia teringat akan peristiwa yang berlaku semasa mereka di Melbourne.

            Nazhan risau. Risau...yang Yana keguguran lagi. Ini semua salahnya. Kalau dia jaga hati Yana. Jaga kelakuannya, Yana takkan jadi begini. Semua ini salahnya. Air mata Nazhan mengalir deras. Hatinya terasa sebak.

          "Han, dah telefon mak mertua kamu?" tanya Dato Syed Zahari.

           Tiada jawapan dari Nazhan. Nazhan hanya menggeleng lemah. Dato Syed Zahari terus mengeluarkan telefonnya. Dia tahu Nazhan mungkin masih terkejut dengan apa yang berlaku.

             "Kau buat apa pada Yana?" Nazrin separuh berbisik.

             Nazhan hanya menggeleng dan menangis. Sungguh perasaannya bercampur baur. Sedih.Marah. Semuanya ada. Dia menyalahkan dirinya.

            Tidak lama kemudian,seorang doktor yang memakai tag nama 'Rizal'  keluar. Nazhan berjalan ke arah doktor tersebut.

           "Doktor,macam mana keadaan isteri saya?"

          "Puan Abyana mengalami keguguran."

            Terus terduduk Nazhan. Nazrin terus mendekati mereka. Nazrin turut terkejut selepas mendengar penjelasan dari Dr.Rizal.

           "Kenapa Naz?" Tanya Datin Sharifah Zarina.

            "Yana keguguran. Dia hilang banyak darah tapi keadaan dia stabil." jawab Nazrin. Nazhan sudah bergegas masuk ke wad dimana Yana ditempatkan.

    

              Nazhan memegang tangan Yana erat. Wajah pucat Yana ditenung lama. Sedih melihat isterinya begini. Yana masih tidak sedarkan diri.

            "Sabarlah Han. Ini semua ujian Allah untuk Han. Ummi dengan abah balik dahulu ya nak masak untuk Yana." Datin Sharifah Zarina menepuk bahu Nazhan dan berlalu pergi bersama suaminya.

           Nazhan mengangguk. Dia menatap isterinya itu. Lagi sekali,air mata mengalir. Yana perlahan-lahan membuka mata. Lama dia merenung siling. Bahagian bawah abdomennya.

        "Kenapa saya di sini?" tanya Yana lemah.

         "Sayang, awak jatuh tadi."

        "Lepas tu?" Yana sudah dapat meneka apa yang jadi tapi dia takut untuk menjawab sendiri. Mana tahu dia salah. Air matanya sudah bergenang.
 
         Nazhan hanya tersenyum lemah. Kepala Yana cuba untuk diusap tapi Yana mengelak.

        "Jawablah. Apa jadi?"

        "Sa...sayang keguguran. Tapi, tak apa mungkin belum rezeki kita kan."

         "Ini semua salah awak! Dulu pun salah awak!" Yana menjerit. Sedih mendengar khabar buruk itu.

        "Sayang, saya minta maaf sangat-sangat. Tolong jangan macam ni ya"

          Bahu Yana cuba disentuh tapi Yana menepis kasar.Benci pula Yana melihat wajah Nazhan.

          "Keluar."

          "Sayang, tolong jangan macam ni"

          "Keluar!" Yana menjerit lagi.

          "Yana,anak mama." Datin Sharifah Salina masuk tergesa-gesa selepas mendengar jeritan Yana dari luar.

          Yana terus memeluk ibunya itu. Dia menangis semahu-mahunya. Yazid,abang Yana turut ada disitu. Yazid memandang Nazhan tajam dan memberi isyarat kepada Nazhan untuk bercakap di luar.

           "Yana, saya keluar sekejap ya." Nazhan masih bercakap dengan lembut walaupun Yana telah memarahinya.

              "Abang seorang saja? Kak Tasya dengan anak-anak tak balik?" Nazhan cuba memulakan bicara.

              "Aku seorang sajalah. Anak bini ada di rumah mama. Sudahlah, jangan ubah topik. Aku nak kau terus terang sajalah." Yazid kelihatan serius.

             "Maksud abang?"

             "Maksud aku, ceraikan Yana. Mama dah cerita semua. Kau bukan sayangkan adik aku pun."

             Nazhan berkerut.

             "Kau ni. Aku cakap elok-elok ni. Bila Yana dah discharge dia akan balik rumah mama."

            "Abang, saya sayangkan Yana itu isteri saya."

           "Sayang apa kalau dari luar wad lagi kami boleh dengar dia jerit. Sudahlah. Aku tak suka marah orang. Aku pun kenal kau dah lama."

           "Abang, tolonglah bagi saya peluang. Saya sayangkan Yana. Saya tak hidup tanpa dia." pinta Nazhan.

            Yazid mengeluh.

            "Macam inilah,kami memang akan bawa Yana balik. Kau pandai-pandai pujuk.Kalau dia dengan rela hati nak balik pada kau kami tak paksa."

           "Terima kasih abang."

 

Pilihan Hati Where stories live. Discover now